Sunday 17 January 2016

Bandar Jerman larang pendatang lelaki masuk kolam renang

BERLIN: Sebuah bandar di barat Jerman melarang pendatang lelaki memasuki kolam renang awam selepas menerima aduan beberapa pengunjung wanita dan petugas.
Ia adalah petunjuk terbaharu ketegangan sosial berkaitan ketibaan 1.1 juta pendatang tahun lalu di Jerman, diikuti dengan serangan seksual ke atas beberapa wanita oleh pendatang lelaki ketika sambutan tahun baharu di Cologne.
Timbalan Datuk Bandar Bornheim, bandar yang mempunyai 48,000 penduduk terletak 30 kilometer ke selatan Cologne, berkata keputusan sukar itu diambil untuk memberi mesej jelas kepada pendatang supaya tidak melanggar sempadan dengan mencabuli budaya Jerman.
"Ada beberapa aduan mengenai gangguan seksual di kolam renang oleh sekumpulan lelaki dan ia memaksa pengunjung wanita meninggalkan premis itu.
"Keadaan ini memaksa saya membuat keputusan melarang pendatang lelaki dewasa memasuki kolam renang sehingga diberitahu," kata Markus Schnapka. - Agensi
Kolam renang awam. - Gambar hiasan

Turki benar pelarian 
perolehi permit kerja


17 Januari 2016 12:19 AM


ISTANBUL 16 Jan. - Turki semalam meluluskan peraturan yang membolehkan pelarian Syria memperolehi permit pekerjaan di negara ini, sebahagian daripada ketetapan di bawah perjanjian bernilai AS$3.2 bilion (RM14.16 bilion) yang dicapai pada tahun lalu antara Eropah dan Ankara bagi memperlahankan aliran kema­sukan pelarian ke rantau berkenaan.

Di bawah peraturan baharu yang ditandatangani Presiden, Recep Tayyip Erdogan itu, mana-mana pelarian Syria yang mendaftar dan menetap di negara ini sekurang-kurangnya selama enam bulan dibenarkan untuk bekerja secara sah.

Bilangan pekerja Syria yang boleh diupah oleh majikan Turki adalah 10 peratus daripada jumlah tenaga kerja yang mereka miliki, namun pegawai berkata, ketetapan tersebut boleh diubah mengikut keadaan dan keperluan.

Menteri Hal Ehwal Eropah Turki, Volkan Bozkir berkata, peraturan baharu itu dikuatkuasakan bagi me­ngurangkan hasrat pelarian untuk meneruskan perjalanan ke Eropah.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 800,000 pela­rian menuju ke Greece melalui Laut Aegean dari Turki sepanjang tahun lalu.

Awal minggu ini, Organisasi Antarabangsa Untuk Migrasi (IOM) meng­alu-alukan pengumuman pemberian permit kerja oleh Turki kepada pela­rian Syria yang berada di Turki.

“Ini adalah langkah baik bagi mewujudkan perpaduan,” kata IOM dalam status yang dimuat naik di laman sosial Twitternya.

Pada November lalu, Kesatuan Eropah (EU) mencapai kata sepakat dengan Turki untuk menyalurkan dana berjumlah AS$3.2 bilion (RM14.16 bilion) dalam bentuk bantuan perubatan jika Ankara berjaya membantu mengurangkan kemasukan pelarian ke rantau berkenaan. – DPA

Iran Menipu dan Merampas Bantuan Turki Ke Syria


Syria Care - Malaysia's photo.

Menurut sebuah akhbar Turki, Iran telah merampas bantuan kemanusiaan Turki yang dihantar untuk membantu pelarian Syria di Lubnan.

Mereka mengoyakkan poster Bulan Sabit Merah Turki dan menggantikan dengan poster Iran untuk membantu pelarian Syria. Selain itu, mereka cuba untuk memalsukan kebenaran dan menggunakan langkah ini untuk menaikkan imej Iran di rantau ini.

Akhbar itu juga menyatakan bahawa tujuan Iran adalah untuk menunjukkan keperihatinan mereka terhadap nasib rakyat Syria dan juga menyakinkan bahawa Iran bukanlah salah satu badan yang berkomplot dengan bashaar al-Assad.

Bukan sesuatu yang mudah untuk mengatasi apabila kejahatan menguasai nafsu manusia.

13/01/2016

Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.

*sumber https://peribadirasulullah.wordpress.com/