Monday 30 December 2013

517 korban serangan udara di Wilayah Aleppo


DAMSYIK 30 Dis. - Serangan tentera udara di utara wilayah Aleppo mengorbankan sekurang-kurangnya 517 orang, termasuk 151 kanak-kanak sejak 15 Disember lalu, menurut laporan pemerhati semalam.
Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria melaporkan, serangan yang menggunakan tong-tong berisi bahan letupan itu turut menyebabkan 46 wanita terbunuh.
Sekurang-kurangnya, 46 penentang kerajaan turut terkorban dalam serangan tersebut, walau bagaimanapun kebanyakan mangsa merupakan orang awam. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131230/lu_01/517-korban-serangan-udara-di-Wilayah-Aleppo#ixzz2p414MDQ7
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ciuman terakhir tanda perpisahan kepada adik kesayangannya.

syria berdarah

Si isteri menjadi balu, anak-anak menangis kesedihan. Setiap hari situasi yang sama berlaku di Syria, malangnya masih ada saudara seagama yang masih tidak mempedulikan segala kesedihan, kepayahan, penderitaan saudara mereka sendiri, memandang tangisan hanya dengan jelingan, memekakkan telinga.

Umat Islam adalah bersaudara, jika salah seorang dari kita sakit, maka kita juga patut merasakannya, jika salah seorang dari kita sedih, maka kita juga patut merasakannya.
 

"Aku akan ceritakan kepada Allah atas segala perbuatan zalim terhadapku" Kata-kata terakhir anak kecil berusia 3 tahun sebelum kematiannya.

"ALHAMDULILLAH..

"ALHAMDULILLAH... Ini semua cukup buatku, mungkin kamu melihat aku tidak berkasut di musim yang dingin ini, tetapi aku masih punya secebis roti untuk dimakan, sehelai baju dan seluar comot yang membaluti tubuhku. Kamu boleh tenang-tenang disana, bergembiralah bersama keluargamu, bersenang-senanglah"

syria berdarah

Dalam keadaan cuaca sejuk melampau, si ibu dan anak hanya mampu hidup dijalanan.

Si ibu yang cuba memberikan segala yang terbaik buat anaknya walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Ibunya ratu hatinya

syria berdarah

 Dia adalah satu-satunya mangsa yang terselamat, seluruh ahli keluarganya telah menjadi korban pengeboman berskala besar tentera rejim di Aleppo tempoh hari... Menjadi yatim piatu

"Saya akan beritahu Allah segala-galanya"..

Kanak-kanak ini berumur 3 tahun. Mungkin sebaya adik-adik atau anak-anak kita. Dia telah pergi menemui Penciptanya...dengan misi untuk mengadu kepada Allah tentang apa yang telah terjadi...

"Saya akan beritahu Allah segala-galanya"...katanya sebelum meninggal dunia.
 

25 maut serangan baharu di Aleppo



Seorang kanak-kanak diselamatkan daripada runtuhan sebuah bangunan yang berpunca daripada bedilan tentera kerajaan di kawasan perumahan Maysar, Aleppo, Syria, kelmarin. - REUTERS
BEIRUT 29 Dis. - Tentera Syria melancarkan dua serangan udara ke atas sebuah pasar dan hospital di utara bandar Aleppo semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang termasuk kanak-kanak.
Sepanjang dua minggu lalu, jet pejuang dan helikopter tentera memperhebatkan serangan di kawasan dikuasai penentang kerajaan itu dengan kumpulan aktivis menganggarkan, sebanyak 517 orang telah terbunuh sejak kempen tersebut bermula 15 Disember lalu.
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria dalam kenyataannya menjelaskan, mereka yang terbunuh termasuk dua wanita, empat kanak-kanak, seorang remaja dan seorang aktivis media.
"Jumlah itu dijangka terus meningkat kerana beberapa orang lagi yang cedera berada dalam keadaan kritikal,'' kata kumpulan tersebut yang beribu pejabat di Britain.
Seorang aktivis dari Pusat Media Aleppo, Hassoun Abu Faisal berkata, serangan udara itu berlaku kira-kira pukul 10 pagi waktu tempatan di pasar yang penuh sesak di kawasan perumahan Tariq al-Bab.
"Banyak kereta musnah, serpihan dan runtuhan bangunan terdapat di mana-mana.
"Kebanyakan yang cedera kehilangan anggota badan mereka,'' katanya menerusi laman sosial Skype. - AFP/AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131230/lu_03/25-maut-serangan-baharu-di-Aleppo#ixzz2overpq7s
© Utusan Melayu (M) Bhd 

WANTED!!! Assault with a deadly weapon

Benghazi bukan perbuatan Al-Qaeda


New York: Al-Qaeda tidak memainkan peranan secara langsung dalam serangan terhadap misi Amerika Syarikat (AS) di Benghazi yang melihat empat warga AS maut pada 11 September tahun lalu, lapor akhbar The New York Times, kelmarin.

Dalam siasatan yang disiarkan di laman webnya berdasarkan liputan meluas yang dilakukan di bandar Libya itu, akhbar berkenaan mendakwa pembunuhan duta AS Chris Stevens dan tiga rakannya didalangi pejuang tempatan.


Laporan itu dilihat mampu mengakibatkan kontroversi di Washington berikutan pentadbiran Obama berkali-kali dituduh menyembunyikan kebenaran di sebalik kejadian di Benghazi itu tuduhan yang dinafikan sekeras-kerasnya.



Akhbar itu turut mendakwa serangan mungkin disebabkan kemarahan akibat video anti-Islam yang disiarkan di rangkaian televisyen tempatan.


Berdasarkan temuramah dengan rakyat tempatan Benghazi yang didakwa mempunyai maklumat langsung berhubung kejadian itu, akhbar berkenaan berpendapat “tiada bukti Al-Qaeda atau mana-mana kumpulan antarabangsa ada memainkan sebarang peranan.” “Sebaliknya, serangan diketuai pejuang yang meraih keuntungan daripada kekuatan tentera udara dan logistik NATO yang meluas ketika pemberontakan terhadap bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang mati dibunuh pada Oktober 2011,” kata akhbar itu.


Menurut laporan itu, berdasarkan keterangan diperoleh daripada pegawai AS, seorang pemimpin pemberontak tempatan bernama Ahmed Abu Khattala dipercayai suspek utama dalang di sebalik kejadian di Benghazi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

Ikrar bebaskan Lubnan daripada senjata Hizbullah


Beirut: Sebuah pakatan Lubnan yang menentang pergerakan Hizbullah semalam berkata, negara itu patut bebas daripada senjata kumpulan berkenaan.

“Kami memutuskan untuk membebaskan negara ini daripada pemilikan senjata yang tidak sah bagi mengekalkan kebebasan, kedaulatan dan keamanan,” kata anggota pakatan 14 Mac, Fuad Siniora.


Bekas perdana menteri itu berucap pada majlis pengebumian rakannya Mohammad Chatah, seorang lagi anggota kumpulan itu yang vokal menentang dan mengkritik rejim Syria itu.



Chatah maut bersama enam lain dalam serangan bom di Beirut, Jumaat lalu.


Kumpulan 14 Mac menuduh serangan berkenaan di dalangi Hizbullah dan Syria.


“Kami mahu mengajak rakyat Lubnan menentang keganasan Hizbullan secara aman dan beradab,” katanya.

Beliau menambah ‘perang secara aman’ itu akan diadakan tidak lama lagi.


Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut.

“Kami mahukan kebebasan dan keadilan. Kami tidak akan mengalah, kami tidak takut. Kami akan melindungi Lubnan - negara berdaulat yang aman,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/30

KETIKA SYRIA AMAN DIBAWAH DAULAH ISLAM UTHMANIAH



Halab (Aleppo), Syria, 1903
"Ekspo Pertanian dan Industri Aleppo 1903"