Saturday 27 August 2016

US, Russia hampiri persetujuan gencatan senjata di Syria

DUNIA SABTU, 27 OGOS 2016 @ 8:14 AM

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat, John Kerry, dan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov (kanan) ketika sidang media selepas mesyuarat di Geneva, Switzerland, semalam. - Foto EPA

 GENEVA: Washington dan Moscow membuat beberapa langkah penting ke arah persetujuan gencatan senjata baharu di Syria tetapi perjanjian akhir masih belum dicapai, kata Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, dan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov. Kerry dan Lavrov membuat kenyataan itu selepas rundingan maraton di hotel mewah di Lake Geneva. "Hari ini, saya boleh katakan kami mencapai kesepakatan dalam laluan ke arah menamatkan permusuhan.

"Majoriti besar halangan teknikal sudah dipersetujui tetapi beberapa isu masih belum diselesaikan," kata Kerry. Lavrov turut bersetuju dengan rakan sejawatannya dari Amerika itu, memberitahu wartawan bahawa langkah paling penting dibuat berhubung perjanjian itu untuk menamatkan keganasan.

Kerry menjelaskan pakar kedua-dua negara akan terus bertemu di Geneva dalam masa beberapa hari ini untuk berbincang mengenai isu tidak dapat diselesaikan dengan harapan dapat melanjutkan perjanjian itu. Beliau menegaskan tiada pihak bersedia membuat pengumuman yang diramalkan dengan kegagalan dan mereka tidak mahu sekadar membuat perjanjian tanpa hasil.

Gencatan senjata yang dipersetujui awal tahun ini gagal, dan Kerry mengakui pencabulan perjanjian itu menjadi biasa berbanding jangkaan.

 Moscow dan Washington, masing-masing menyokong pihak berbeza dalam konflik di Syria yang meletus pada Mac 2011 selepas Presiden Bashar al-Assad mengenakan tindakan keras untuk menghapuskan kebangkitan prodemokrasi. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187101

15 maut, 2 bom tong digugur di Aleppo

DUNIA SABTU, 27 OGOS 2016 @ 11:38 PM

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 15 maut dalam serangan bom tong di daerah ditawan pemberontak di bandar Aleppo, Syria hari ini. Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di Britain berkata, pesawat tentera rejim menggugurkan dua bom tong selang beberapa minit di daerah Maadi, timur Aleppo. Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman, berkata serangan berlaku berhampiran khemah di daerah Bab al-Nayrab ketika orang ramai mengucapkan takziah kepada mangsa yang terkorban pada minggu ini. "Ketika bom tong pertama meletup, orang ramai bergegas berkumpul dan ambulans tiba, secara tiba-tiba satu lagi bom tong meletup, lebih ramai yang terkorban. Sebuah ambulans musnah," kata seorang wartawan AFP memetik unit pertahanan awam tempatan sebagai berkata. Sementara itu, SOHR menyatakan berpuluh mangsa lain cedera dalam dua serangan itu dan angka korban dijangka meningkat. Serangan maut hari ini berlaku selepas 15 orang dengan 11 daripadanya kanak-kanak maut dalam serangan bom tong di Bab a--Nayrab, Khamis lalu. - AFP


 Seorang lelaki membawa seorang kanak-kanak yang cedera selepas serangan bom tong di Bab a--Nayrab, Aleppo, Syria Khamis lalu. - Foto REUTERS  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187343