Thursday 6 October 2016

20 pemberontak Syria maut akibat letupan

KHAMIS, 6 OKTOBER 2016 @ 4:09 PM

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 20 pemberontak Syria maut dalam satu letupan dekat sempadan lintasan Turki hari ini, kata pemerhati Hak Asasi Manusia Syria. Kumpulan pemerhati yang berpangkalan di Britain itu berkata masih tidak jelas punca sebenar letupan dekat lintasan antara Turki dengan utara wilayah Idlib, di Syria itu. Katanya kira-kira 20 orang dipercayai turut cedera dalam kejadian itu. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/199483

Daesh penggal anggota FSA


6 OKTOBER 2016
Daesh penggal anggota FSA

Daesh penggal anggota FSA Rakaman berdurasi 19 minit itu memaparkan kepala beberapa anggota FSA dipenggal tanpa perikemanusiaan.
DAMSYIK - SYRIA . Kumpulan militan Daesh, kelmarin, mengeluarkan rakaman video baharu memaparkan anggota mereka memenggal kepala Tentera Pembebasan Syria (FSA) yang ditawan selepas pertempuran berhampiran al-Bukamal di sempadan Syria-Iraq.

Rakaman video propaganda berdurasi 19 minit itu, menunjukkan anggota Daesh yang bertopeng mengancam melakukan 'hukuman' sama ke atas mana-mana individu yang mahu menyertai kumpulan disokong Amerika Syarikat untuk menggulingkan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Difahamkan, video tersebut telah dikeluarkan kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Wilayat al-Furat yang telah menzahirkan taat setiap kepada Daesh. - al-Arabiya

125,000 penduduk utara Aleppo mahu bebas


REUTERS  |  06 Oktober 2016 2:20 AM



GENEVA 6 Okt. - Separuh daripada kira-kira 275,000 penduduk awam Syria yang terperangkap di utara Aleppo, mahu keluar dari bandar tersebut setelah bekalan makanan mula tidak mencukupi serta orang ramai terpaksa membakar plastik bagi mendapatkan minyak.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, harga makanan meningkat dan bekalan telah kehabisan, selain ibu bapa terpaksa mengikat perut serta minum kuantiti air yang banyak bagi mengurangkan rasa lapar demi anak-anak mereka.
“50 peratus penduduk di situ meluahkan hasrat mahu meninggalkan kota berkenaan jika boleh,” kata PBB.
Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain menyalahkan Moscow dan Damsyik kerana mencetuskan jenayah perang yang menyasarkan penduduk awam, hospital serta bantuan kemanusiaan untuk lebih 250,000 orang yang terperangkap di Aleppo. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/125-000-penduduk-utara-aleppo-mahu-bebas-1.391251#sthash.2Axv0ukN.dpuf

Rempuhan maut




Keadaan di tempat kejadian lelaki berusia 67 tahun maut dirempuh pacuan empat roda ketika tidur di rumahnya di Jalan Sungai Dua, Permatang Pasir, malam tadi. FOTO Amir Irsyad Omar


Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my



Permatang Pauh: Lelaki berusia 67 tahun maut selepas pacuan empat roda merempuh rumahnya ketika dia tidur di atas sofa di Jalan Sungai Dua, Permatang Pasir, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10.45 malam itu, Mat Rasid Mat Shariff, 67, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Sumber berkata, mangsa yang masih bujang itu tidur di atas sofa ruang tamu rumah sebelum pacuan empat roda dipandu seorang lelaki mabuk merempuh dinding kediamannya.

Katanya, mangsa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan kejadian dan kemalangan  disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Oktober 2016 @ 1:19 AM