Zeid Ra'ad al Hussein
Zeid Ra'ad al Hussein
GENEVA - SWITZERLAND . Suspek jenayah perang di Syria akan diheret ke muka pengadilan kerana melakukan perlanggaran kasar ke atas orang awam selepas kesemua bukti perbuatan kejam tersebut berjaya dikumpulkan, menurut Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin.

Zeid Ra'ad al Hussein berkata, mereka sudah mempunyai sejumlah bukti dan senarai nama dalang di sebalik krisis yang berlarutan di Damsyik.

"Keadilan akan ditegakkan walaupun bukan dalam masa terdekat dan tiada pihak yang bakal terlepas daripada hukuman ini. Saya yakin bukti ini dapat mengheret dalang bertanggungjawab ke muka pengadilan," tegasnya ketika berucap menjelang ulang tahun keempat konflik di Syria.

Difahamkan, laporan Suruhanjaya Siasatan PBB diketuai diplomat Brazil, Paulo Pinheiro dijangka dibentangkan di Majlis Hak Asasi Manusia, Selasa ini.

Sehingga kini, Majlis Keselamatan PBB masih gagal untuk mengambil sebarang tindakan bagi menghentikan konflik yang telah meragut lebih 200,000 nyawa di Damsyik. - Reuters