Friday 3 July 2015

Pemimpin kanan IS maut dalam serangan udara di Syria - Pentagon

JUMAAT, 3 JULAI 2015 @ 10:26 AM

WASHINGTON: Seorang pemimpin kanan IS yang mengatur serangan nekad dan mendapatkan dana serta merekrut pejuang, terbunuh dalam serangan udara negara pakatan di Syria, menurut Pentagon. Jurucakap Pentagon, Kapten Jeff Davis, berkata Tariq Tahar al-Awni al-Harzi, 33, terbunuh di bandar Shaddadi di utara Syria pada 16 Jun lalu. Saudara beliau, Ali, individu yang terbabit dalam serangan di Benghazi pada 2012, terbunuh dalam serangan udara di Iraq sehari sebelum itu. Washington menawarkan wang tunai AS$3 juta ke atas Harzi, seorang warga Tunisia, dan menyifatkan beliau sebagai 'raja pengebom nekad'. Menurut Pentagon, kematian Harzi menjejaskan keupayaan kumpulan IS. "Kematian beliau akan memberi kesan kepada keupayaan IS membawa pengganas asing dalam pertempuran di Syria dan Iraq serta menggerakkan anggota dan senjata merentas sempadan Syria dan Iraq," katanya. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65352