Monday 16 December 2013

Semoga Allah memberi kekuatan Kepada untuk menghadapi musim sejuk ini.

 

Dijaga anaknya bagai menatang minyak yang penuh sejak kecil. Apakan daya, kekejaman Assad telah memisahkan mereka berdua

SYRIA: SERANGAN MUSIM SEJUK



Saat rakyat Syria sedang berhadapan dengan ancaman MAUT HYPOTHERMIA yang yang telah menyebabkan puluhan orang telah menemui ajal, semalam 15/12/13 regim Basyar menambahkan lagi kesengsaraan rakyat Syria dengan menjatuhkan BOM BARREL (tong drum yang diisi penuh dengan bahan letupan) dari pesawat-pesawat udara di wilayah Aleppo, Syria.

Rakaman video KESAN SERANGAN:
http://www.youtube.com/watch?v=VlXSlMq4Pjc

Keadaan di kem perlarian syria,penuh dengan timbunan salji..

 

Sampai bila negara Islam akan membisu?

Maaf, gambar sangat menggerikan.

Tetapi inilah yang dihadapi oleh anak-anak kita di Syria setiap hari.

Sampai bila negara Islam akan membisu?
 

syria berdarah

Berapa ramai lagi kanak-kanak yg perlu melupakan zaman kanak-kanak mereka?

Hasbunallah wa ni'mal wakiil. 

Lapangkanlah sedikit harta kita utk membantu mereka di Syria.

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan:
http://form.jotformpro.com/form/33257849419971

Resit pengecualian cukai disediakan.

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke:

MAYBANK GABUNGAN SALAM SYRIA
MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Terima kasih

Senjata kimia Syria lupus


16 Disember 2013


COPENHAGEN - DENMARK. Kapal ditugaskan membawa bekalan senjata kimia Syria untuk dimusnahkan sudah berlabuh di Cyprus, kelmarin bagi melaksanakan proses pelupusan peringkat pertama.

Komander pasukan khas, Laksamana Pertama Torben Mikkelsen memaklumkan, Denmark dan Norway merancang menggunakan dua kapal kargo bagi membawa keluar bekalan senjata kimia itu dari pelabuhan bandar Latakia.

"Kami sentiasa bersedia menjayakan pelan pemusnahan senjata terbabit memandangkan ia perlu dilupuskan sebelum akhir bulan ini," katanya.  

Menurut Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), sebanyak 1,290 tan bahan kimia dan toksik perlu dimusnahkan mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama kerajaan Syria dipetik AFP.

Dalam satu kenyataan lain, Menteri Luar Perancis Laurent Fabius menegaskan, penangguhan rundingan damai bagi tempoh lama sebenarnya merumitkan lagi usaha menamatkan krisis di negara terbabit.

Selain itu, beliau turut menzahirkan keraguan terhadap prospek rundingan Geneva 2 yang dijadualkan 22 Januari di Switzerland.

Mereka diuji setiap hari tanpa mengira musim dan masa!

Berita Hari Ini:



"Aleppo"
Lebih 90 penduduk awam telah terbunuh selepas pesawat tentera rejim Assad membedil bandar Al Hamra.

Mujahideen FSA menyerang bandar Nobol dan Al Zahra yang kedua-duanya di anggap bandar puak shabiha dan berjaya membunuh ramai shabiha di sana.

Mujahideen FSA meletupkan sebuah bangunan berhampiran Ketua Jeneral 80 dan 10 mafia-mafia terbunuh dalam letupan itu.

"Damaskus"
"Bashar canoons" membedil bandar Al Domet dan Yabrouk dan kedua-dua bandar ini sedang dikepung rejim.

"Hama"
4 orang penduduk awam telah ditahan mafia-mafia Bashar selepas kempen penahanan yangs edang dilaksanakan rejim.



LINK ASAL : http://aljazeera.net/news/pages/0f0d5aa1-1176-41f7-b662-02b95b07cd42
 

Bantu kami utk membantu anak-anak Syria yg sedang dlm kesejukan.



Di kala anak-anak Syria perlukan pelukan kehangatan ayah mereka di musim sejuk sebegini, anak ini perku akur utk mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya. 

Ya Allah.  

Bantu kami utk membantu anak-anak Syria yg sedang dlm kesejukan.

Lapangkanlah sedikit harta kita utk membantu mereka di Syria.

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan:
http://form.jotformpro.com/form/33257849419971

Resit pengecualian cukai disediakan.

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke:

MAYBANK GABUNGAN SALAM SYRIA
MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Terima kasih

Ketua penentang rejim Bashar mati kesejukan


Beirut: Seorang ketua penentang rejim Syria ditemui mati kesejukan akibat ribut salji tebal yang melanda negara itu.

“Lelaki itu dalam perjalanan dari Idlib ke Homs,“ lapor Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.


Pengarahnya Rami Abdel Rahman berkata, mayat yang identitinya tidak didedahkan itu beku dan tidak menunjukkan kesan tembakan atau kecederaan.



Katanya, mangsa yang berusia 40-an adaah anggota briged Suqur al-Sham.


Selain itu, mayat dua lelaki berusia 30-an turut ditemui di wilayah Homs.


Bagaimanapun, identiti mereka tidak dapat dikenal pasti.

Syria dilanda ribut salji teruk sejak Rabu lalu malah turut dirasai di negara lain di rantau itu. - AFP

Suriah, Aleppo, 15 Desember 2013. Lebih dari 112 warga sipil tewas dalam beberapa jam oleh tentara rezim syi'ah Assad dengan penembakan brutal terhadap warga sipil.

syria

More than 125 martyrs in Aleppo alone today as the regime bombarded it with bombs and over 25 TNT barrelled bombs. Dozens of children and women are among the victims. Elsewhere in Syria over 50 have been martyred.

Had the world imposed a no fly zone or given the FSA anti aircraft weapons, the regime would not have been able to cause such atrocities and massacres. Ask yourselves why Syrians have been failed?!

Kanak-kanak Syria diancam kematian


Beberapa orang kanak-kanak Syria berdiri di luar khemah pelarian di bandar Aarsal di timur Bekaa, Lebanon, kelmarin. Beratus ribu kanak-kanak pelarian Syria diancam kematian akibat cuaca sejuk yang melanda timur Mediterranean minggu ini. - REUTERS
GENEVA 15 Dis. - Beratus-ratus ribu pelarian kanak-kanak Syria akibat perang saudara berdepan ancaman penyakit dan kematian ekoran ribut salji yang melanda kem-kem pelarian di Asia Barat.
Jurucakap agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Roberta Russo memberi amaran, kebanyakan golongan itu hanya berbekalkan selipar dan baju T berdepan ancaman ribut Alexa di rantau itu yang membawa ancaman angin kuat, ribut salji dan suhu sejuk melampau.
Russo berkata, ribut tersebut merupakan yang terburuk dalam tempoh beberapa dekad dan mengancam berjuta-juta pelarian Syria yang kini hanya berlindung di khemah-khemah dan tempat perlindungan buatan sendiri.
Jelasnya, golongan kanak-kanak paling berisiko menghidap penyakit pneumonia atau jangkitan paru-paru dan penyakit pernafasan yang boleh membawa maut.
"Kami sangat bimbang dengan kesan cuaca sejuk yang boleh meragut nyawa pelarian kanak-kanak Syria.
"Kami sedang bekerjasama dengan pihak hospital dan klinik bagi menghadapi persediaan peningkatan penyakit maut di kem-kem pelarian," katanya.
Menurut laporan aktivis tempatan, sebanyak 13 pelarian kanak-kanak di Syria maut akibat cuaca sejuk.
Kebanyakan keluarga yang tinggal di bandar Homs terpaksa bergantung kepada haba pembakaran sampah kerana tidak mempunyai bekalan elektrik, alat pemanas atau makanan panas.
Russo berkata, agensi bantuan berusaha keras memastikan nasib yang sama tidak berlaku di kem-kem pelarian Syria di Lebanon dan Jordan yang mempunyai lebih dua juta pelarian.
Ujarnya, di Lebanon sahaja, pihak agensi menyalurkan 255,000 selimut dan minyak serta arang batu kepada pelarian di sana.
"Namun, jumlah berkenaan masih tidak mencukupi kerana jumlah pelarian yang semakin bertambah, terutamanya di Lebanon dengan peningkatan daripada 100,000 orang pada 2012 kepada hampir sejuta orang pada bulan ini.
"Kami juga memberi peruntukan kepada 200,000 pelarian untuk membeli dapur bagi memasak makanan panas serta memanaskan tempat perlindungan mereka," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131216/lu_02/Kanak-kanak-Syria-diancam-kematian#ixzz2nd2GG61B
© Utusan Melayu (M) Bhd 

syria

Apabila wira-wira pejuang menyerang kem tentera Shabiha, mereka akan jadikannya sisa-sisa cebisan.



LINK : https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=aYaqFKqh9PI

Sumbangan Anda Amanah Kami

Seorang lelaki di Turki bertindak berpakaian seperti para pelarian Syria sebagai simbol solidariti bersama warga Syria yang kini diancam kesejukan yang melampau dan sebahagian daripadanya, khususnya di kem-kem pelarian Syria telah meninggal dunia akibat kesejukan melampau ditambah dengan kekurangan pakaian asas untuk menempuhi musim sejuk ini. 

Mungkin kita boleh turut sama membantu mereka dengan menyumbang RM20 ke dalam Tabung Mangsa Kezaliman Rejim Syiah Assad.

Kecil jumlahnya bagi kita, tetapi besar nilainya bagi mereka.

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)

No.38B, jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Kami mempunyai tabung khas untuk Syria :-

Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Akaun Maybank: 562106630487
PayPal: AlEhsidek@gmail.com
Bank swift Code : mbbemykl

Sumbangan Anda Amanah Kami
 

syria

Berita Hari Ini:

"Aleppo"
Lebih 90 penduduk awam telah terbunuh selepas pesawat tentera rejim Assad membedil bandar Al Hamra.

Mujahideen FSA menyerang bandar Nobol dan Al Zahra yang kedua-duanya di anggap bandar puak shabiha dan berjaya membunuh ramai shabiha di sana.

Mujahideen FSA meletupkan sebuah bangunan berhampiran Ketua Jeneral 80 dan 10 mafia-mafia terbunuh dalam letupan itu.

"Damaskus"
"Bashar canoons" membedil bandar Al Domet dan Yabrouk dan kedua-dua bandar ini sedang dikepung rejim.

"Hama"
4 orang penduduk awam telah ditahan mafia-mafia Bashar selepas kempen penahanan yangs edang dilaksanakan rejim.



LINK ASAL : http://aljazeera.net/news/pages/0f0d5aa1-1176-41f7-b662-02b95b07cd42