Saturday 24 September 2016

Tentera Syria Gempur Aleppo, 90 Terbunuh

Diterbitkan: Sabtu, 24 September 2016 10:53 AM

Penduduk Syria mengeluarkan mayat seorang kanak-kanak dari celahan runtuhan bangunan yang musnah akibat bedilan jet pejuang Syria di kawasan penempatan al-Marja, utara Aleppo pada 23 September 2016. - AFP

DAMSYIK: Jet tempur Syria melancarkan lebih 150 serangan udara di utara Aleppo dalam tempoh 24 jam sejak Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh.

Serangan besar-besaran itu merupakan usaha tentera kerajaan untuk menawan semulan bandar berkenaan yang dikuasai kumpulan penentang , tetapi Al Jazeera melaporkan kebanyakan bangunan yang musnah merupakan infrastruktur perkhidmatan kecemasan serta perlindungan bawah tanah yang digunakan orang awam untuk berlindung.

Jelas laporan itu, kira-kira 30 kawasan penempatan menjadi sasaran dan pengeboman berterusan itu menjejaskan usaha pasukan penyelamat memberi bantuan kepada orang awam yang terperangkap dalam pertempuran.

Tiga pusat kumpulan sukarelawan turut dibedil dan dua daripadanya musnah sepenuhnya selain lima kenderaan milik anggota penyelamat termasuk sebuah ambulans turut menjadi mangsa.

Serangan dahsyat itu berterusan sepanjang malam sehingga pagi Sabtu dan penduduk tempatan dapat merasakan gegaran yang kuat pada setiap masa.

"Orang awam tidak lagi selamat berada di kawasan ini walaupun berlindung di pusat bawah tanah.

"Aleppo sedang musnah," kata seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Yassin Abu Raed.

Bandar Aleppo dihuni kira-kira 250,000 orang dan merupakan kawasan tumpuan pertempuran antara kumpulan penentang dan tentera Syria yang disokong Rusia.

Dalam kenyataan rasmi kerajaan, Kementerian Pertahanan mengarahkan penduduk Aleppo berpindah ke kawasan yang dikuasai tentera kerajaan.

Kementerian tersebut turut memberi jaminan bahawa tiada penahanan atau siasatan dibuat kepada mana-mana penduduk yang menuruti arahan tersebut.

Sementara itu, sumber tentera Syria melaporkan, operasi pengeboman tersebut merupakan persediaan sebelum serangan darat dilancarkan.

"Serangan darat bergantung kepada hasil serangan udara dan situasi terkini di Aleppo," jelas sumber itu.

Sejak perang saudara tercetus di Syria, lebih 400,000 penduduk Syria dilaporkan tebunuh manakala 11 juta penduduk lagi menjadi pelarian.

Operasi ketenteraan di Aleppo bermula

24 SEPTEMBER 2016
Operasi ketenteraan di Aleppo bermula

Operasi ketenteraan di Aleppo bermula Anggota Bulan Sabit Merah Syria membantu penduduk semasa operasi pemindahan di kejiranan Waer, dekat bandar Homs. - Foto AFP
DAMSYIK - SYRIA . Tentera Syria mengumumkan permulaan operasi ketenteraan besar-besaran di bandar Aleppo dan memberi amaran kepada orang awam supaya menjauhi kawasan dikuasai pemberontak.

Operasi Tentera Syria memberitahu, kerajaan telah menyediakan kawasan untuk mereka yang ingin meninggalkan timur Aleppo dan kemudahan diperlukan untuk menerima serta menampung orang awam.

"Permulaan operasi ketenteraan telah diumumkan di Aleppo dan semua penduduk digesa supaya tidak menghampiri kawasan pengganas," menurut kenyataan itu yang disiarkan agensi berita SANA.

Pasukan keselamatan akan memudahkan penerimaan orang awam dan beri jaminan sesiapa tiba di pusat pemeriksaan tidak akan ditahan.

Pengumuman dibuat beberapa minit selepas Amerika Syarikat dan Rusia mengadakan pertemuan terakhir di New York untuk menyelamatkan pelan gencatan senjata Syria.

Sementara itu, Pusat Pemerhati Hak Asasi Syria mendakwa, ia adalah serangan berskala besar yang disokong serangan udara Moscow, bertujuan untuk menguasai sebahagian kecil Aleppo. - Agensi

Serangan darat menanti

SEBUAH ambulans musnah dalam serangan yang turut menyasarkan pejabat kumpulan Pertahanan Awam Syria di timur Aleppo, semalam. - AP

Agensi
Aleppo: Tentera Syria dengan bantuan pesawat Russia semalam menghujani bandar ini dengan bom dan peluru berpandu, menyebabkan kemusnahan besar ketika pasukan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad berseiap sedia melancarkan serangan untuk menawannya.

Serangan tanpa henti itu, termasuk penggunaan meriam dan bom tong yang digugurkan dari helikopter membawa penderitaan baru kepada kira-kira 250,000 orang awam yang terperangkap dalam kepungan tentera.

Serangan berkenaan dilancarkan selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry gagal mencapai kata sepakat dengan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov untuk menyelamatkan gencatan senjata.

Saksi di timur Aleppo, kawasan yang dikuasai kumpulan penentang berkata, pengeboman berlaku sepanjang malam hingga ke pagi.

Di daerah Al-Kalasseh, tiga bangunan runtuh dalam satu serangan. Pekerja penyelamat berusaha sedaya upaya untuk mencari mangsa yang tertimbus dengan hanya menggunakan sebuah jentolak dan tangan kosong.

Sementara itu, pejabat kumpulan sukarelawan yang dikenali White Helmet di daerah Ansari juga rosak teruk. Ambulans dan kereta bomba milik mereka juga musnah.

Tidak cukup dengan itu, serangan tentera Syria dan Russia juga menyasarkan sebuah lagi pejabat kumpulan berkenaan.

Kumpulan pemerhati hak asasi Syria berkata, setakat ini 10 orang disahkan mati, dua daripadanya kanak-kanak.

Bagaimanapun, jumlah itu dijangka meningkat kerana ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan.

Serangan besar-besaran itu dilakukan selepas tentera Syria mengumumkan rancangan menawan semula timur Aleppo yang dikuasai penentang sejak pertengahan 2012.

Satu sumber peringkat tinggi tentera mengesahkan, serangan itu adalah persiapan untuk melancarkan serangan darat.

“Serangan darat akan dilancarkan, bergantung kepada hasil serangan udara dan keadaan di kawasan itu,” kata sumber itu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 September 2016 @ 8:52 AM