Bagaimanapun, kenyataan oleh diplomat tertinggi AS itu segera diulas oleh jurucakapnya yang menegaskan bahawa dasar AS tidak ber­ubah dan Bashar tidak memainkan peranan dalam menentukan masa depan Syria.
Bagaimanapun di Damsyik, kenyataan Kerry itu diputar-belit oleh media sebagai satu dasar terbalik, dan Bashar berkata, beliau masih menunggu sama ada kenyataan Amerika itu akan di­susuli de­ngan tindakan.
“Kami masih mengikuti ko­men-komen yang dikeluarkan dan kami perlu menunggu tin­dakan daripada AS sebelum membuat keputusan,’’ kata pe­mimpin Syria itu kepada televisyen Iran yang disiarkan oleh media negara berkenaan.
Bashar sering me­nuduh Washington ‘me­nyokong keganasan’ ke­rana tindakan mereka menyokong pembangkang kerajaan, dan beliau semalam menegaskan ba­hawa sebarang perubahan pada dasar itu diperlukan bagi menamatkan konflik tersebut.
“Kami tidak mempunyai pilih­an selain mempertahankan negara kami.
“Sebarang perubahan antarabangsa yang berlaku mengikut rangka kerja itu adalah satu perkara yang positif, jika mereka jujur dan membantu menamatkan konflik,” katanya. - AFP