Monday 26 May 2014

Aleppo

Aleppo, 26 Mei 2014

Seorang ayah menangis ketika anak balitanya yg berusia 3 bulan berhasil diangkut oleh Tim Penyelamat setempat dari reruntuhan yang diakibatkan serangan Birmil yang dilancarkan oleh Pasukan Rezim Suriah pada Senin, 26 Mei 2014 di sebelah utara Kota Suriah, Aleppo dimana beberapa warga sipil tewas dan beberapa lainnya mengalami luka-luka.

"The moment we stop fighting each others, The moment we lose our humanity" | http://www.pedulisuriah.org/

Aleppo

Kabar Suriah | Aleppo | 26 Mei 2014

Nampak seorang warga sudah tak bernyawa tertimbun reruntuhan bangunan yang luluh lantak karena serangan udara rezim suriah di Bustan al Qasrn. sebelah timur laut Kota Aleppo.

Al-Qaeda gempur tentera Bashar


Kumpulan al-Qaeda Syria semalam melancarkan empat serangan bom kereta terhadap kedudukan tentera kerajaan, menyebabkan puluhan askar terbunuh.

Serangan berkenaan adalah sebahagian usaha untuk memutuskan hubungan jalan darat di wilayah Idlib dari kawasan pantai, menurut kumpulan pemerhati hak asasi Syria.

Ia dilancarkan sehari selepas Barisan al-Nusra mengumumkan pembinaan sebuah kilang senjatanya.

“Empat pejuang Barisan al-Nusra melancarkan serangan berani mati pagi ini, merempuh kereta yang sarat dengan bahan letupan di empat sekatan jalan raya tentera Syria di kawasan Jabal al-Arbaeen, berhampiran bandar Ariha,” kata kumpulan pemerhati itu.

Kumpulan itu menyatakan, ramai tentera terbunuh atau cedera tetapi tidak memberikan jumlah sebenar.

Pertempuran sengit tercetus di kawasan itu membabitkan pasukan tentera yang disokong militan pro- rejim dengan kumpulan penentang.

Tentera udara Syria juga melancarkan serangan di kawasan berkenaan menyebabkan dua terbunuh dan 15 lagi cedera.

Tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad mengawal bandar Idlib dan Ariha, namun banyak kawasan luar bandar dikuasai kumpulan penentang.

Kumpulan penentang bertekad untuk menghalang pilihan raya presiden yang dijadualkan pada 3 Jun dan hanya dipertandingkan di kawasan yang dikuasai rejim.

Pembangkang yang disokong Barat mengecam pilihan raya itu yang dianggap ‘sandiwara’ Bashar untuk kekal berkuasa.

Serangan semalam dilakukan sehari selepas kumpulan pejuang mengumumkan mereka sudah melancarkan projek pembinaan senjata menerusi Twitter.

Dalam perkembangan lain, satu serangan bom kereta menggegarkan penempatan golongan prokerajaan di Homs semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan 40 cedera.

Letupan yang berlaku di daerah Zahra yang diduduki majoriti masyarakat Alawi dan Kristian menggegarkan bandar Homs yang menyaksikan puak penentang dan kerajaan menandatangani dua perjanjian genjatan senjata bulan ini.

Gabenor wilayah itu, Talal Barazzi berkata, serangan itu menyasarkan usaha perdamaian di Homs.



Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/26

10 maut dalam letupan bom kereta di Syria


HOMS 26 Mei - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam letupan bom kereta semalam yang menyasarkan kawasan penyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad, di sini.
"Seramai 10 orang maut dan 22 orang lagi cedera dalam serangan bom kereta di sebuah perhentian teksi di Zahraa," menurut gabenor wilayah, Talal al-Barazi, manakala Pemerhati Hak Asasi Syria melaporkan seramai 12 orang terbunuh.
Sementara itu, bom kedua meletup di daerah berlainan dan mencederakan tiga orang, namun tiada mangsa terbunuh, kata Talal. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140526/lu_01/10-maut-dalam-letupan-bom-kereta-di-Syria#ixzz32lmogvqG
© Utusan Melayu (M) Bhd