Tuesday 6 September 2016

Rejim Assad kuasai semula Aleppo dengan bantuan Russia


September 6, 2016 Berita Dunia

syria_army_aleppo

syria_army_aleppo
ALEPPO, Selasa – Aleppo sekali lagi dikepung selepas tentera rejim Basyar menawan semula bandar itu dengan bantuan sokongan tentera udara Russia.

Bandar kedua terbesar di Syria itu telah menjadi medan pertempuran utama antara tentera rejim Basyar Assad dan kumpulan pejuang sejak konflik bermula pada tahun 2011.

Bulan lalu, kumpulan pejuang berjaya menawan kawasan kejiranan di timur Aleppo yang merupakan tempat tinggal kepada kira-kira 300,000 penduduk daripada kawalan rejim Basyar.

Wartawan Al Jazeera, Hashem Ahelbarra melaporkan bahawa sebahagian besar kawasan di kompleks besar telah dikawal oleh tentera rejim Basyar.

“Tentera kerajaan telah berjaya mengawal banyak kawasan di dalam kompleks besar yang menempatkan pangkalan tentera dan kumpulan pejuang menegaskan bahawa mereka akan bersatu kembali untuk melancarkan serangan balas.

“Kawasan Aleppo ini adalah penting untuk semua pihak. Ia penting bagi tentera rejim kerana ia akan membuka jalan untuk mengelilingi kawasan dikuasai pemberontak dan ia juga penting untuk pemberontak kerana ia adalah satu-satunya talian bekalan,” katanya. – Agensi

Serangan bom gegar Syria


6 SEPTEMBER 2016
Serangan bom gegar Syria

Serangan bom gegar Syria  Tentera Syria berkawal di lokasi kejadian pengeboman di Homs. - Foto Reuters
DAMSYIK - SYRIA. Sekurang-kurangnya 30 maut, manakala 45 lagi cedera dalam serangan bom berkembar di wilayah Tartus, menurut media tempatan, semalam.

Kejadian keganasan itu melibatkan letupan kereta di jambatan di luar wilayah tersebut sebelum disusuli dengan pengeboman berani mati ketika orang ramai berkumpul membantu mangsa serangan pertama.

Dalam kejadian berasingan, sebuah kereta meletup di laluan masuk kejiranan al-Zahra menempatkan puak Alawite di tengah bandar Homs turut meragut sekurang-kurangnya dua nyawa.

Selain itu, satu lagi serangan bom turut dilaporkan di laluan di barat Damsyik, namun jumlah kematian tidak dinyatakan. - AFP

Serang enam lokasi




ASKAR dan orang ramai meneliti lokasi serangan di Jambatan Arazona. - EPA

AFP
Damsyik: Enam serangan bom dilancarkan Daish di kawasan dikawal tentera kerajaan Syria dan wilayah Kurdis, semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 48 terbunuh termasuk 35 di Tartus, kubu kuat Presiden Bashar al-Assad.

Media kebangsaan melaporkan puluhan lain cedera dalam serangan bom berkembar di Tartus yang juga menempatkan pangkalan tentera laut Russia.

Serangan lain berlaku di Homs, pos kawalan tentera di jalan raya di pinggir Damsyik dan pos kawalan pasukan keselamatan Kurdis di Hasakeh serta Qamishli.

“Di Tartus, dua serangan menyasarkan jambatan Arzuna. Serangan pertama bom kereta dan yang kedua penyerang berani mati yang meletupkan tali pinggang dipakainya apabila orang ramai datang membantu mangsa cedera,” lapor media tempatan.

Memetik ketua hospital di Tartus, laporan itu berkata, 35 orang terbunuh dan 43 cedera dalam serangan berkenaan.

Tartus setakat ini tidak pernah menjadi sasaran serangan sejak konflik bermula di Syria pada Mac 2011. Malah, ia menjadi tempat perlindungan untuk kebanyakan penduduk yang melarikan diri dari pertempuran.

Sementara itu, di timur laut Syria, sekurang-kurangnya lapan terbunuh dalam serangan pengebom menaiki motosikal di Hasakeh - bandar yang umumnya dikuasai pejuang Kurdis.

Media melaporkan mereka yang maut terdiri daripada enam anggota pasukan keselamatan Asayesh serta dua orang awam.

Sementara itu, Hasakeh kerap disasarkan Daish, termasuk pada Julai lalu apabila seorang pengebom bermotosikal membunuh sekurang-kurangnya 16 orang di luar kedai roti.

Agensi berita Daish, Amaq melaporkan kejadian di Hasakeh, tetapi tiada pengakuan kumpulan itu bertanggungjawab.

Kejadian semalam susulan kejayaan serangan oleh tentera Turki dan penentang kerajaan Syria yang bersekutu dengannya mengusir Daish dari sempadan dua negara berkenaan.

Selain itu, di Homs, media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya empat terbunuh akibat bom kereta di laluan masuk ke kejiranan Al-Zahraa, yang penduduknya dari etnik Alawite sama seperti Bashar.

Satu lagi bom diletupkan di jalan Al-Sabura di barat Damsyik yang melihat seorang maut dan tiga cedera.

Sementara itu, Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) Rami Abdel Rahman berkata, serangan di Homs dan Al-Sabura nampak diselaraskan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 September 2016 @ 10:18 AM

5 terbunuh letupan bom di Syria

DUNIA ISNIN, 5 SEPTEMBER 2016 @ 3:11 PM


 GAMBAR fail, letupan bom di wilayah Tartus, Syria. - Foto www.cbc.ca 

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya lima terbunuh hari ini dalam dua letupan bom di wilayah Tartus yang dikuasai kerajaan Syria, lapor televisyen negeri.

"Dua pengganas meletupkan bom di atas jambatan Arzuna, ledakan pertama adalah sebuah bom kereta dan yang kedua pengebom bunuh diri yang meletupkan bom tali pinggangnya ketika orang ramai berkumpul untuk menyelamatkan mereka yang tercedera," katanya

. "Setakat ini mengikut laporan awal lima orang terbunuh." - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/189953

Lebih 40 terbunuh serangan bom di Syria S

DUNIA SELASA, 6 SEPTEMBER 2016 @ 7:26 AM


SEKURANG-KURANGNYA 47 orang terbunuh dalam beberapa serangan bom - Foto EPA

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya 47 orang terbunuh dalam beberapa serangan bom di kawasan yang dikuasai kerajaan dekat sini, lapor media tempatan semalam.

Empat serangan berlaku serentak dalam masa sejam di Tartous, Homs dan di pinggir bandar Damsyik serta satu di Hassakeh, kawasan yang dikuasai tentera Kurdis.

Kenyataan polis yang dipetik agensi berita rasmi Syria, Sana melaporkan letupan pertama, sebuah bom kereta diletupkan dekat sebuah jambatan di Arzoneh.

 Ketika orang ramai menghampiri tempat kejadian untuk membantu mangsa, satu lagi bom diletupkan oleh pengebom bunuh diri.

Sementara itu, 30 orang awam terbunuh dan 45 yang lain cedera di luar bandar Tartous.

Kawasan yang menempatkan pangkalan tentera laut Russia dan kediaman pengikut mazhab Alawie, Presiden Bashar al-Assad.

Di tengah bandar Homs, empat orang terbunuh dan 10 yang lain cedera dalam letupan bom kereta di pintu masuk daerah Bab Tadmour. Gabenor wilayah Homs mengakui serangan itu mensasarkan pusat pemeriksaan tentera dan mereka yang cedera terdiri daripada tentera.

 Polis memaklumkan Sana, seorang terbunuh dalam serangan bom di jalan raya, dekat Saboura.

Manakala di Hasssakeh, beberapa motosikal diletupkan dekat bulatan Masho, mengorbankan lima orang awam dan mencederakan dua yang lain. Militan IS menerusi agensi berita Amaq dalam satu kenyataan, mengaku bertanggungjawab melakukan serangan sekitar jam 8.00 dan 9.00 pagi waktu tempatan itu. - AGENSI

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/190139

Siri pengeboman di Syria ragut 23 nyawa






AFP - anggota pasukan keselamatan dan orang ramai berkumpul di lokasi pengeboman di jambatan Arzuna, pinggir bandar Tartus, Syria semalam.

BEIRUT – Sebanyak 23 orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam siri serangan bom yang menyasarkan beberapa kawasan yang dikuasai kerajaan Syria semalam, lapor media rasminya.

Siri letupan itu berlaku di kawasan kerajaan di bandar Tartus dan Homs di samping Hasakeh yang sebahagian besarnya dikuasai pejuang Kurdis tetapi masih mengekalkan kehadiran tentera Syria.

Media kerajaan melaporkan, sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 45 lagi cedera dalam dua serangan bom di Tartus yang merupakan kubu kuat rejim Presiden Bashar Al-Assad.

“Dua letupan pengganas berlaku di jambatan Arzuna. Serangan pertama merupakan letupan bom kereta, manakala letupan kedua melibatkan seorang pengebom bunuh diri meletupkan bahan letupan pada tali pinggangnya ketika orang ramai berkumpul untuk membantu mangsa yang cedera,” kata stesen televisyen kerajaan.

Bandar Tartus terlin­dung daripada keganasan sejak perang saudara Syria tercetus pada Mac 2011. Bandar itu menjadi tempat berlindung ramai penduduk Syria yang menjadi pelarian di negara sendiri.

Media kerajaan juga melaporkan, sebanyak lapan orang maut dalam pengeboman di bandar Hasakeh, timur laut Syria.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, serangan itu menyasarkan sebuah pos pemeriksaan pasukan keselamatan Kurdis, Asayesh. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz4JQcQ8QXL
Hakcipta terpelihara 

48 maut, lima letupan di Syria


06 September 2016 12:13 AM
PENDUDUK awam berkumpul di luar bangunan yang musnah akibat serangan


PENDUDUK awam berkumpul di luar bangunan yang musnah akibat serangan bom di Syria, semalam. AGENSI
BEIRUT 5 Sept. – Sekurang-ku­rang­nya 48 maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam lima siri kejadian letupan di kawasan yang dikuasai tentera kerajaan di bandar Tartous dan Homs serta di sebatang jalan di luar Damsyik dan Hasakeh hari ini.
Menurut agensi berita SANA dan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, dua letupan secara berturut-turut memusnahkan kawasan berhampiran jambatan Arzouna di pintu masuk bandar Tartous yang menempatkan pangkalan udara utama Rusia.
Televisyen Syria memaklumkan, letupan pertama merupakan letupan bom kereta manakala letupan kedua berlaku apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya ketika beberapa anggota penyelamat cuba membantu mang­sa di kawasan ber­kenaan.
Dalam pada itu, sebuah bom kereta meletup di bandar Homs di pintu masuk Bab Tadmur yang terletak berhampiran bandar ter­sebut.
Menurut pihak pemantau, le­tu­pan di kawasan berkenaan mengenai pusat pemeriksaan tentera, menyebabkan dua pegawainya terbunuh.
Letupan juga dilaporkan berlaku dekat bandar al-Saboura ia­itu dekat sebuah jalan yang me­nuju ke lebuh raya Beirut-Damsyik.
Sebuah motosikal turut mele­tup di bandar Hasakeh yang di­kuasai kumpulan Kurdish menyebabkan tiga anggota gabu­ngan kumpulan yang dikenali sebagai Asayish maut manakala beberapa lagi cedera.
Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap letupan di Hasakeh yang berlaku antara pukul 8 dan 9 pagi itu.
Dalam perkembangan berlai­nan, Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim mendakwa, tentera Turki yang dibantu kumpulan pemberontak Syria berjaya me­ngusir kumpulan pengganas dari kawasan sempadan negara itu.
BBC News melaporkan, Yildirim membuat pengumuman itu menerusi satu siaran televisyen semalam. – AFP/AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/48-maut-lima-letupan-di-syria-1.379081#sthash.jRIkN8v2.dpuf

Serangan bom gegar Syria


6 September 2016
Serangan bom gegar Syria


Serangan bom gegar Syria
Tentera Syria berkawal di lokasi kejadian pengeboman di Homs. - Foto Reuters
DAMSYIK - SYRIA. Sekurang-kurangnya 30 maut, manakala 45 lagi cedera dalam serangan bom berkembar di wilayah Tartus, menurut media tempatan, semalam.

Kejadian keganasan itu melibatkan letupan kereta di jambatan di luar wilayah tersebut sebelum disusuli dengan pengeboman berani mati ketika orang ramai berkumpul membantu mangsa serangan pertama.

Dalam kejadian berasingan, sebuah kereta meletup di laluan masuk kejiranan al-Zahra menempatkan puak Alawite di tengah bandar Homs turut meragut sekurang-kurangnya dua nyawa.

Selain itu, satu lagi serangan bom turut dilaporkan di laluan di barat Damsyik, namun jumlah kematian tidak dinyatakan. - AFP