Thursday 29 September 2016

Si penyelamat kucing di Syria


29 SEPTEMBER 2016
Si penyelamat kucing di Syria

Si penyelamat kucing di Syria Mohammad Alaa Aljaleel bersama kucing dan kanak-kanak yang diselamatkan oleh beliau.
ALEPPO - SYRIA. Sebelum Syria jatuh ke kancah huru-hara, beliau hanyalah seorang pendawai elektrik, kini beliau menyelamatkan mangsa perang dan haiwan sepenuh masa.

Mohammad Alaa Aljaleel menemui mangsa pertama yang diselamatkan beliau, seorang kanak-kanak ketika Aleppo dibom oleh jet pejuang rejim Bashar al Assad

"Kami berlari dan melihat sekeliling dan kami menjumpai kanak-kanak yang tercampak dari sebuah balkoni dan terjatuh ke jalan raya," kata Mohammad dipetik laporan Malaysian Digest.

Kini Mohammad mempunyai pasukan beliau sendiri dan memandu ambulan buatan sendiri untuk menyelamatkan mangsa perang.

Tak cukup dengan itu, Mohammad dan pasukannya juga bertanggungjawab menyelamatkan haiwan, terutamanya kucing.

Pada mulanya beliau hanya menyelamatkan 20 hingga 30 ekor kucing, kini beliau mempunyai beratus-ratus ekor kucing di bawah jagaannya.

"Selepas semua kawan-kawan saya meninggalkan Syria, kucing-kucing ini menjadi kawan-kawan saya.

"Saya akan berada di sini untuk mereka tidak kita apa jua yang akan berlaku," kata Mohammad.

Sebuah kumpulan lain di Facebook iaitu 'Il gattaro d'Aleppo' (lelaki kucing Aleppo) menyokong perjuangan Mohammad.

Kumpulan berkenaan yang diasaskan oleh seorang warganegara Lebanon, Alessandra Abidin juga bertanggungjawab mengumpulkan derma untuk membantu perjuangan Mohammad.

"Kita perlu cuba untuk tidak lupa diri. Saya kagum dengan kebaikan mereka yang telah membantu kami dan saya rasa bertanggungjawab untuk memberikan contoh yang baik," kata Mohammad kepada Vita International.