Saturday 10 January 2015

670,000 kanak-kanak di Syria terjejas dalam pendidikan


GENEVA 7 Jan. - Kira-kira 670,000 kanak-kanak di Syria tidak meneruskan persekolahan selepas militan Negara Islam (IS) mengarahkan penutupan sekolah bagi menukar kurikulum sekolah.
Menurut jurucakap Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF), Christophe Boulierac, kanak-kanak yang mendaftarkan diri di sekolah rendah dan menengah di Raqqa, pedalaman Deir al-Zor dan wilayah Aleppo terjejas berikutan penutupan sekolah. - REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/670-000-kanak-kanak-di-syria-terjejas-dalam-pendidikan-1.45397#sthash.EkHM1X5H.dpuf

OPCW sahkan kerajaan Syria guna senjata kimia

Kanak-kanak Syria dibawa menaiki sebuah lori pikap dari kawasan
Kanak-kanak Syria dibawa menaiki sebuah lori pikap dari kawasan perumahan Bab al-Hadid di Aleppo, utara Syria selepas kawasan itu menjadi sasaran serangan roket pada 2 Januari lalu. – AFP
NEW YORK 7 Jan. – Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) dalam laporannya membuat rumusan ‘dengan keyakinan yang tinggi’ bahawa kerajaan Syria bertanggungjawab menggunakan gas klorin semasa melancarkan serangan di tiga buah kampung di negara itu pada tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 13 orang daripada kira-kira 500 penduduk terbunuh dalam serangan itu, me­nurut laporan menerusi misi mencari fakta oleh OPCW yang diperolehi agensi berita AFP, semalam.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membincangkan laporan itu, semalam mencetuskan perdebatan antara Britain, Perancis, Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.
Duta AS ke PBB, Samantha Po­wer berkata, laporan terbaharu itu menyediakan ‘lebih banyak saksi tentang bukti penggunaan gas klo­rin oleh kerajaan Syria’.
“Syria mesti menjelaskan bahawa adalah tidak cukup dengan hanya memusnahkan senjata kimia yang diisytihar sahaja, tetapi mesti menghentikan menggugurkan bahan letupan kimia ke atas orang awam,’’ kata Power dalam tweet beliau.
Laporan OPCW, bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab melancarkan se­ra­­­ngan gas klorin di Kampung Talmenese, Al Tamanah dan Kafr Zita yang bermula dari April hingga Ogos tahun lalu.
Power memetik laporan yang menyatakan 32 saksi melihat atau mendengar bunyi helikopter sebelum bom digugurkan dan 29 penduduk terhidu klorin.
Duta Chile ke PBB, Cristian Barros Melet yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan yang dianggotai 15 negara itu pada bulan ini menolak untuk menyediakan butiran tentang perbincangan itu dengan menyatakan bahawa majlis berkenaan akan terus menerima laporan daripada badan itu. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/opcw-sahkan-kerajaan-syria-guna-senjata-kimia-1.45576#sthash.3dwJs5XU.dpuf