Friday 4 November 2016

Penentang Syria desak tindakan terhadap Ahok



SEKUMPULAN lelaki dipercayai anggota kumpulan penentang di Syria menunjukkan mesej menggesa tindakan diambil terhadap Ahok. - Agensi



Jakarta: Selain menimbulkan kemarahan penduduk beragama Islam di Indonesia, Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama turut menerima ancaman daripada kumpulan penentang di Syria.

Satu gambar yang tersebar di Internet menunjukkan sekumpulan lelaki dipercayai anggota sebuah kumpulan penentang di Syria mendesak tindakan diambil terhadap Basuki atau dikenali sebagai Ahok.

Lima lelaki bersenjata itu dipercayai daripada kumpulan Jaisy Al Fath yang menentang pemerintahan rejim Presiden Bashar al-Assad.

Menurut portal Jawapost, lelaki itu memegang beberapa helai kertas yang mengandungi mesej antaranya “Hukum Ahok atau peluru kami yang menghukum.”

“Tangkap Ahok atau jihad di seluruh negara,” kata satu lagi mesej.

Berdasarkan bahasa yang digunakan dipercayai ia ditulis oleh anggota kumpulan penentang yang berasal dari Indonesia. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 November 2016 @ 7:53 AM