Sunday 11 October 2015

Turki Didakwa Tembak Jatuh Pesawat Pejuang Rusia


Diterbitkan: Ahad, 11 Oktober 2015 9:25 AM

TENTERA Turki dilapor telah menembak jatuh pesawat pejuang Rusia yang bertindak memasuki ruang udara negara berkenaan, lapor Dailymail Online.
Portal berita itu mendakwa, laporan mengenai pesawat Rusia ditembak menjadi viral di laman sosial selepas saksi mendakwa ternampak berlaku letupan di ruang udara berhampiran Huraytan, utara Syria.
Khabar angin itu tersebar ketika hubungan antara barat dan Presiden Rusia, Vladimir Putin semakin tegang.
Pesawat Rusia yang ditembak jatuh dikatakan dalam misi memyerang kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria.
Rusia setakat ini mendakwa telah berjaya melakukan 55 serangan terhadap sasaran yang menjadi pangkalan IS.