Saturday 16 February 2013

syria berdarah

Ibu ini tidak akan lagi membawa puterinya bermain di taman atau membawanya membeli baju baru kerana dia adalah seorang ibu Syria, yang akan membawa anaknya bersama beliau ke Jannah (InsyaAllah).

Semoga Allah menempatkan mereka di tempat kebahagiaan abadi, jauh dari tempat yang penuh kezaliman. Amin Ya Rabb
 

KEJAM!



Dilaporkan pada hari Rabu yang lalu, tentera rejim telah melakukan pembunuhan ngeri beramai-ramai di Jobar, timur Dimasyq. Mereka mmbedilnya menggunakan meriam berat dan pelancar roket dalam usaha untuk memaksa mujahidin berundur.

Tindakan tersebutb sekali gus membunuh sekurang-kurangnya 16 orang termasuk dua kanak-kanak. Penembak tepat yang ditempatkan di atas bumbung balai polis terus menembak sewenang-wenangnya ke arah orang awam.

Sementara itu dalam perkembangan lain, mujahidin FSA telah mengeluarkan senarai 55 tentera Basyar yang telah ditangkap di Tabqa untuk pertukaran banduan.

~ Sumber dari Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria