Monday 3 February 2014

syria

AlhamduliLlah kelahiran revolusi Syria 2014.Selamat malam semua, teruskan berdoa untuk Bumi Syam 


Assalamualaikum
 

syria berdarah

Semakin dunia membisu = Semakin banyak gambar seperti ini.
Masa untuk bersuara #EnoughWithAssad.

MASIH PERIHATINKAH KITA AKAN NASIB MEREKA?



"Wallah, kami lapar! Lapar!

Dikala seharian suntuk sibuk bekerja mencari rezeki buat keluarga tercinta, janganlah kita abaikan mereka yang mengharapkan kita disana. Tangisan mereka. Jeritan mereka. Luka mereka. Darah mereka. Nyawa mereka!! Jika bukan saudara Islam yang membantu selain Allah swt, siapa lagi yang mereka boleh harapkan? Janganlah kita berputus harapan untuk berdoa buat mereka.

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl

RE-POST : Untuk pertama kali di Malaysia!

RE-POST : Untuk pertama kali di Malaysia!

Syria Care akhirnya membuka pintu untuk menaja Anak-anak Yatim Syahid Syria (dengan syarat tertentu).

Untuk maklumat lanjut anda bolehlah hubungi pejabat Syria Care. Kami akan mulakan dengan menaja 10 orang kanak-kanak sahaja.

Kami menyediakan tempat tinggal, pendidikan, makanan, tahfiz Al-Quran, penjagaan kesihatan, ubat-ubatan, latihan sukan, bantuan psikologi, sekolah Syariah semua di dalam suasana perang di Syria. Anak-anak kami ini tinggal di sekolah-sekolah di dalam Syria atau Turki. Mereka tidak perlu untuk meminta NGO lain bagi mendapatkan wang.

Penaja boleh mendapatkan laporan lengkap tentang anaknya setiap tiga bulan atau berhubung secara langsung jika boleh, bergantung kepada lokasi dan keadaan perang.

Mereka yang menaja selama setahun penuh adalah layak untuk diberi laporan penuh, gambar-gambar, nama dan lain-lain tentang kanak-kanak tersebut. Mereka yang menaja selama sebulan sahaja hanya berhak melihat nama dan gambar kanak-kanak tersebut sekali sahaja kerana kanak-kanak akan ditaja oleh orang lain pula.

Semua maklumat (nama, gambar-gambar dan laporan lengkap tentang kanak-kanak tersebut) adalah rahsia dan hanya boleh didapati di pejabat Syria Care.

Tajaan 150 USD/sebulan = sekitar RM500/sebulan
 

INILAH BUMI SHAM YANG DILIMPAHI DENGAN KHAZANAH ISLAM



Masih ingatkah kita bagaimana peperangan di Syria bermula? Siapakah yang menjadi sasaran? Mampukah kita menikmati saat-saat kegembiraan kita sedangkan mereka di sana bergadai nyawa mempertahankan bumi yang kaya dengan Sirah Anbia' ini? Tidak! Mereka tidak memanggil kita untuk bergadai nyawa bersama mereka! Mereka hanya mengharapkan secebis perasaan perikemanusiaan untuk menghulurkan bantuan buat mereka di sana. Makanan buat anak-anak mereka yang kebuluran. Ubatan buat mereka yang diserang. Gambar ini telah diambil semasa bermulanya revolusi di Syria. Janganlah pernah kita terlupa akan nasib mereka disana..

Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE)
No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Emel: souriacare@gmail.com
Paypal : alehsidek@gmail.com
Akaun Maybank: 562106630487
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank swift Code : mbbemykl

ISIS DITENDANG KELUAR DARI AL-QAEDA, SYEIKH MUHAISINI MULA BERBICARA TENTANG ISIS.



Dalam kenyataan bertarikh 27 Januari 2014 bersamaan dengan 25 Rabi' Al Awwal 1435H,Organisasi Al-Qaeda mengumumkan tentang "pemutusan hubungan mereka dengan ISIS, dan berlepas diri dari segala tindakan ISIS, tidak meresetui penubuhannya, tidak redha dengan segala tindak tanduknya, bahkan sudah menyuruh ISIS memberhentikan segala operasinya,dan mengatakatan ISIS bukanlah satu cabang dari Al-Qaeda, dan ianya tidak ada apa-apa hubungan organisasi dengan Al-Qaeda, dan Al-Qaeda tidak bertanggungjawab atas segala tindakan ISIS.Didalam kenyataan itu juga Al-Qaeda menekankan kesetiaan dan kasih sayang dan sokongan mereka kepada semua Mujahidn, dan memberikan komitmen terhadap persaudaraan diantara Kaum Muslimin dan Mujahidin."

Kenyataan ini tidaklah mengejutkan, kerana sebelum ini juga Syeikh Ayman Al-Zawahiri telah memberi dua kali ucapan audio berkenaan ISIS. Pada bulan Jun 2013 Syeikh Ayman mengatakan bahawa penubuhan ISIS tidak mendapat restu pimpinan Al-Qaeda dan menyuruh ISIS di bubarkan dan pulang ke Iraq. Pada bulan Januari pula Syeikh Ayman menegaskan tentang larangan mengkafirkan Muslimin yang lain, dan menggesa para Mujahidin untuk memilih seorang ketua diantara mereka, secara tidak langsungnya memberi isyarat bahawa bukanlah Al-Baghdadi(Ketua ISIS) sahaja yang layak di beri baiah, seperti mana yang didakwa ISIS.

Tetapi mungkin apabila AL-Qaeda melihat bahawa ISIS langsung tidak mengendahkan bukan sahaja tawaran keamanan dari pihak lain bahkan dari ketua AL-Qaeda sendiri, maka mereka mengambil keputusan untuk memutuskan terus hubungan dengan kumpulan yang semakin di luar kawalan ini.

SYEIKH MUHAISINI MULA BERBICARA TENTANG ISIS

Setelah tercetusnya perbalahan terbaru yang sangat berdarah di antara ISIS dan Mujahidin yang lain di kawasan-kawasan yang telah di bebaskan di Utara Syria, Syeikh Muhaisini, seorang Ulama' yang berjihad di medan telah mengutarakan satu pelan perdamaian untuk memberhentikan pertumpahan darah. Antara yang dicadangkan adalah semua pihak akan diadili oleh Mahkamah Syariah yang bebas untuk memastikan proses penghakiman berjalan secara adil. Rata-rata semua pihak bersetuju, dari Islamic Front(termasuk Ahrar Shams dan Jaish Al-Islam), Jabha An-Nusra, Jaish Mujahideen, Syrian Revolutionary Council dan kumpulan-kumpulan lain. Akan tetapi ISIS tidak menerima secara terus, bahkan meletakkan beberapa syarat yang dianggap hanyalah sebagai alasan untuk menolah proses perdamaian itu.

Akhirnya, selepas pelawaan perdamaian ditolak oleh ISIS, dan ISIS meneruskan kempen menyerang Mujahidin dari belakang dan membunuh komander-komander Mujahidin dan menghantar bom-bom kereta, Syeikh Muhaisini mengeluarkan kenyataan menceritakan apa yang terjadi. Dalam rakaman audio sepanjang 35 minit bertajuk "Sesungguhnya aku telah menyampaikan", Syeikh Muhaisini bermula dengan menerangkan bagaimana konflik terkini tercetus di Atareb(terlalu panjang untuk dicoretkan disini), dan menyatakan kekecewaanya terhadap ISIS yang menolak usaha perdamaian sekalipun Syeikh Muhaisini telah menarkan supaya Ulama'-Ulama' terkenal seperti Shaykh Sulayman Al-Alwan, Shaykh Ibrahim Al-Rabeesh dan lain-lain untuk menjadi hakim di Mahkamah Syariah.

Beliau juga menyatakan bahawa kebencian manusia terhadap ISIS adalah disebabkan kezaliman mereka, dan ianya bukanlah petanda bahawa mereka di Manhaj yang benar. Beliau berkata bahawa dakwaan ISIS berkenaan wanita Muhajirin dirogol adalah tidak benar, dan beliau telah pergi sendiri ke markaz-markaz Mujahidin untuk memastikan kebenaran berita tersebut.Beliau telah melihat sendiri ramai banduan di penjara ISIS yang dipenjarakan tanpa sebab, dan ramai yang di bunuh hanya atas perkara yang shubha. Beliau juga mengecam tindakan bom kereta ISIS yang banyak mengorbankan orang awam yang tidak bersalah.

Beliau berkata bahawa beliau tidak pernah melihata Ulama-ulama jihad menentang sesuatu gagasan Islam sepertimana mereka menentang ISIS.

Dengan perkembangan terbaru di bumi Jihad Sham ini, mari kita doakan agar Jihad dapat dimurnikan kembali dan mencapai sasaran yang sebenar.

Sumber:
Ucapan Syeikh Muheisini : http://www.youtube.com/watch?v=s08_Tm_Mbyg&feature=youtu.be

Kenyataan Rasmi Al- Qaeda :http://justpaste.it/ea9k
 

syria berdarah

Lebih kurang 5 jam yang lalu satu lagi kejadian bom berani mati berlaku, tetapi kali ini melibatkan ketua Liwa’ Al-Fath. Kawarij datang dalam lawatan rasmi untuk berunding tawaran damai dengan Liwa' Al-Fath, wakil Kawarij datang tanpa senjata tetapi beliau memakai tali pinggang yang sarat dengan bom untuk membunuh diri, sebaik sahaja beliau masuk ke dalam bilik ibu pejabat, beliau meletupkan dirinya.

Di dalam bilik ini juga terdapat pemimpin dari Liwa’ yang lain iaitu Liwa Sultan Al-Fatih. Alhamdulillah, semuanya terselamat. Gambar ini adalah gambar Syeikh Mujahid Imad, pemimpin Liwa Al-Fath di sebuah hospital di Turki.

Seperti yang Rasullullah SAW sebutkan mengenai Kawarij, mereka membunuh Muslimin dan memelihara Kafirin. Marilah Kita sama-sama berdoa agar beliau lekas sembuh.

syria berdarah

Raising our hands to God not to a human.

syria berdarah

Aleppo, Today..

Aleppo, Today..

#AssadWarCrimes

Aleppo, Today..

Aleppo, Today..

#AssadWarCrimes

syria berdarah

This is Aleppo!
There are no words...