Sunday 29 March 2015

440,000 rakyat Syria hidup dalam kepungan


28 Mac 2015

 440,000 rakyat Syria hidup dalam kepungan
440,000 rakyat Syria hidup dalam kepungan Penduduk yang tinggal dalam kepungan meningkat dua kali ganda bulan lalu.

NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Bilangan penduduk Syria yang tinggal di kawasan kepungan meningkat dua kali ganda bulan lalu kepada 440,000 orang selepas kumpulan militan IS merampas kawasan yang sebelum ini dikawal kerajaan.

Ketua hal ehwal kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Valerie Amos memberi amaran kepada Majlis Keselamatan PBB bahawa kumpulan militan telah menguasai Deir ez-Zor, sekali gus menghalang 228,000 orang mendapatkan bantuan kemanusiaan.

"Orang ramai yang terperangkap di kawasan kepungan menjadi semakin terdesak. Kita mesti dibenarkan masuk untuk menyampaikan bantuan. Masa semakin suntuk dan lebih ramai akan meninggal dunia," katanya.

Sebelum ini, seramai 212,000 orang hidup dalam kepungan termasuk 185,000 orang yang dikepung kerajaan Syria. - dpa