Tuesday 9 July 2013

Gambar salah seorang yang syahid tersenyum di akhir kematiannya.


Gambar salah seorang yang syahid tersenyum di akhir kematiannya. As Syahid terkorban selepas serangan yang dilakukan oleh Polis Ketenteraan di sekitar Bangunan Pengawal Republik. Beliau syahid ketika sedang menunaikan solat Subuh. Subhaanallah! Sumber : شبكة نبض الاخوان

WAHAI UMAT ISLAM!!! DI MANA KAMU!!!


Beliau adalah ibu kepada 4 orang anaknya yang telah syahid. Seorang kakak kepada adik yang telah syahid. Nenek kepada 3 cucu yang telah syahid. Ibu saudara kepada dua orang anak saudara yang juga telah syahid. Beliau juga berjuang di jalan Allah menentang tentera-tentera kuffar. Beliau adalah Ibu Tua Syria. Ibu Tua yang lebih percayakan janji Allah dari anak-anak muda yang masih hanyut. WAHAI UMAT ISLAM!!! DI MANA KAMU!!!

Dr. El-Gawady : Kemelut dalaman Pimpinan Tentera menunjukkan ada kemungkinan kuasa presiden akan dapat dikembalikan.


Dr. El-Gawady : Kemelut dalaman Pimpinan Tentera menunjukkan ada kemungkinan kuasa presiden akan dapat dikembalikan. Pengkaji politik Dr El-Gawady menegaskan bahawa ada kemungkinan kuasa presiden Dr Mursi yang dipilih rakyat akan dapat dikembalikan dengan syarat penyokongnya dapat bertahan dalam perhimpunan di medan-medan utama. Menurut kenyataan beliau kepada AlJazeera.net, sejarah membuktikan perpecahan dalaman tentera seperti yang pernah berlaku di Venezuela akhirnya membolehkan pengembalian kuasa kepada presiden yang dipilih rakyat. Beliau juga menyifatkan bahawa terdapat perpecahan dalaman tentera melihat kepada beberapa kenyataan tentera. Beliau menjangkakan tentera akan berundur sekiranya penunjuk perasaan pro-Mursi dapat terus bertahan. Sumber : IkhwanOnline

HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKEEL


Tubuh yang sakit, hati yang parah dan jiwa yang terluka. Inilah tanah yang dipenuhi dengan kekejaman dan kezaliman, selagi pemerintah yang memusuhi saudara-saudara kita tidak dihapuskan. Kepada Allah kita berdoa semoga segala kesakitan, penderitaan dan kezaliman ini segera berakhir. Islam akan menang akhirnya. HASBUNALLAH WA NI'MAL WAKEEL