Wednesday 9 December 2015

6 kanak-kanak Afghanistan lemas di perairan Turki

Istanbul: Sekurang-kurangnya enam kanak-kanak mati lemas apabila sebuah bot yang membawa pendatang Afghanistan karam di perairan Turki ketika dalam pelayaran ke Greece.
Agensi berita rasmi Anatolia melaporkan, pengawal pantai Turki menemui mayat kanak-kanak berkenaan, termasuk seorang bayi dan masih mencari dua lagi pendatang yang dilapor hilang.
Bot getah itu karam selepas dibadai angin kencang dan ombak tinggi berhampiran bandar Cesme di Izmir, wilayah barat Turki.
Ia dipercayai dalam pelayaran menuju ke Chios, sebuah pulau Greece.
Agensi berita Dogan pula melaporkan, lapan pendatang lain, semuanya memakai jaket keselamatan berjaya diselamatkan.
Isnin lalu, mayat Sajida Ali, pendatang berusia lima tahun ditemui di pantai Cesme.
September lalu dunia digemparkan dengan gambar pelarian kanak-kanak Syria berusia tiga tahun, Aylan Kurdi yang ditemui terdampar di pantai Turki, sekali gus memberi tekanan kepada pemimpin Eropah untuk menangani krisis pelarian. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 12:31 PM


PEGAWAI Agensi Perlindungan Sempadan Eropah dari Portugal menyelamatkan 56 pelarian yang sebelum ini dikatakan hilang ketika dalam pelayaran ke Pulau Lesbos, Greece, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98977#sthash.sitgxPav.dpuf

Austria bina penghadang


9 DISEMBER 2015

VIENNA - AUSTRIA. Kerajaan Austria, kelmarin dilaporkan telah mula mendirikan pagar sempadan di Spielfeld, daerah Leibnitz berhampiran Slovenia yang menjadi laluan utama kumpulan pelarian ke negara Eropah.
Langkah itu dibuat selepas Canselor Werner Fayman pada bulan lalu mengumumkan rancangan untuk membina halangan setinggi 2 meter di laluan sepanjang 3.7 kilometer tersebut sebagai langkah untuk mengekang kebanjiran pelarian.
Kerja pemasangan pagar tersebut turut dibantu oleh tentera kerajaan dan dijangka siap menjelang 25 Disember depan.
Sementara itu, PBB melaporkan aliran pelarian telah mula berkurangan sejak beberapa minggu lalu akibat cuaca buruk yang menyukarkan mereka untuk merentasi Mediterranean dari Turki. - Press T
V

Tiga askar Syria korban serangan AS

Damsyik: Syria semalam mengecam serangan yang diketuai Amerika Syarikat hingga menyebabkan tiga tenteranya terbunuh.
Dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon dan Majlis Keselamatan badan dunia itu, Kementerian Luar Syria menyifatkan serangan lewat kelmarin sebagai pencabulan terang-terangan.
Kementerian itu mendesak Majlis Keselamatan bertindak segera, termasuk mengambil langkah bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.
Menurutnya, tiga askar terbunuh dan 13 lagi cedera dalam empat serangan ke atas kem tentera di wilayah Deir Essor, timur Syria.
Bagaimanapun, jurucakap pakatan yang diketua Amerika Syarikat menafikan tuduhan itu dengan berkata, serangan kelmarin hanya menyasarkan kawasan 55 kilometer ke tenggara pangkalan tentera itu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Disember 2015 @ 7:43 AM


ORANG awam dan pasukan penyelamat mengeluarkan seorang kanak-kanak dan mencari mangsa lain di celah runtuhan bangunan selepas serangan udara tentera Syria di utara Aleppo, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/98570#sthash.sdGPV8Bk.dpuf

8 imigran Syria tiba di Malaysia

Oleh SUHANA MD. YUSOP


 NUR Jazlan (baju biru) menyambut ketibaan lapan rakyat Syria yang selamat tiba di KLIA, Sepang semalam.

SEPANG – Kumpulan pertama rakyat Syria yang terdiri daripada lapan orang selamat tiba di Malaysia petang semalam bagi mencari perlindungan di negara ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ketibaan mereka merupakan sebahagian usaha Malaysia dalam membantu rakyat di negara bergolak itu mencari perlindungan yang selamat. Menurut beliau, kumpulan pertama ini terdiri daripada dua buah keluarga yang diterima memasuki negara ini selepas mereka membuat rayuan dengan alasan mempunyai ahli keluarga yang telah empat tahun tinggal di Malaysia. “Mereka yang tiba di sini ialah Mohamed Ibrahim, 29, bersama dua adik, ibu bapa manakala Ali Abdul Nasser, 30, bersama ibu bapa dan dua adik perempuannya,” kata beliau pada sidang akhbar selepas menyambut ke­tibaan rakyat Syria di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini semalam. Katanya, kumpulan lapan rakyat Syria itu selamat tiba di Malaysia pada pukul 4.50 petang dengan menaiki pesawat Turkish Airlines dari Istanbul. Nur Jazlan memberitahu, dalam menyelaras usaha memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria, kerajaan sudah menubuhkan sebuah Pasukan Petugas Khas diketuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dianggotai bersama beberapa agensi kerajaan berkaitan. Jelas beliau, selain permohonan daripada keluarga imigran yang sudah berada di sini untuk membawa keluarga masing-masing, pasukan petugas khas itu juga akan meneliti permohonan daripada Wisma Putra, kedutaan di negara-negara berhampiran Syria selain permohonan-permohonan daripada badan bukan kerajaan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3tm6r3vL0 
Hakcipta terpelihara