DAMSYIK -SYRIA.  Kumpulan militan IS didakwa menghantar gadis sunti ke bandar Raqqa di utara Syria untuk dijual pada harga yang tinggi, menurut wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Wakil khas setiausaha PBB mengenai keganasan seksual, Zainab Bangura memberitahu portal berita Middle East Eye kelmarin, bahawa IS melakukan jenayah dahsyat terhadap wanita terutamanya kepada komuniti etnik Yazidi.

Menurutnya, selepas menyerang kampung-kampung, anggota IS akan menjalankan ujian pengesahan dara ke atas wanita dan kanak-kanak perempuan.

Mangsa biasanya 'disimpan' untuk tempoh beberapa bulan sebelum mereka dijual semula lapor Press TV.

"Kami terima maklumat bahawa seorang gadis telah dijual sebanyak 22 kali. Malah hasil siasatan mendapati, gadis-gadis malang ini dijadikan habuan atau isteri kepada anggota IS yang baharu.

"Ini adalah taktik bagi IS untuk memancing ahli baharu," katanya.