NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Jumlah pelarian Syria yang melarikan diri dari konflik di negara itu sejak perang saudara tercetus pada 2011 telah meningkat kepada lebih empat juta orang.

Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres memberitahu krisis pelarian itu adalah yang terbesar dalam tempoh 25 tahun.

"Populasi pelarian ini memerlukan sokongan daripada masyarakat antarabangsa berikutan kebanyakan daripada mereka hidup dalam keadaan serba daif," katanya.

Difahamkan, angka tertersebut adalah rekod terbaharu  menunjukkan kebanjiran pelarian Syria dalam tempoh 10 bulan.  - Press TV