Thursday 28 November 2013

KANAK-KANAK DI SYRIA



Mujahideen sangat menyayangi mereka, berusaha sebaiknya bagi melindungi dan menghadirkan senyuman diwajah setiap anak kecil.

Manakala tentera rejim dan sekutunya pula berusaha menghapuskan anak-anak kecil ini, menyeksa dan menghadiahkan mereka dengan darah dan airmata.

Doakan Mujahideen, Doakan saudara-saudara kita di Syria
 

SYRIA



Perasaan si Ayah sukar digambarkan dengan kata-kata apabila melihat anak kesayangan telah pergi meninggalkannya. Berbahagialah disana wahai kesayangan kami.

SYRIA



Dia telah keluar untuk mencari sesuap nasi buat anak-anaknya. Dan setelah berhasil, dia pulang membawa makanan.

Malangnya beliau tidak sempat memberikan makanan itu kerana telah ditembak tentera rejim sejurus sampai di muka pintu.

Hasbunallahu wa ni'mal wakil.



Tiada kata yang boleh diluahkan lagi, pandanglah dengan jiwa dan hati, mereka tidak merayu untuk mendapatkan pertolongan kita, tetapi adakah kita sanggup membiarkan mereka menderita sebegini rupa?

Tiada makanan yang halal untuk mereka menjamah bagi meneruskan kehidupan, malahan mereka terpaksa menjamah daging kucing untuk teruskan kehidupan, dan sekarang mereka terpaksa memakan daging anjing pula, dimana kita untuk mereka?

Ghutah, Syria

Mari sama-sama memberikan harapan kepada rakyat Syria. Sekurang-kurangnya mereka tahu, ada mereka yang di luar sana prihatin dengan kepayahan mereka.

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan:
http://form.jotformpro.com/form/33257849419971

Resit pengecualian cukai disediakan.

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke:

MAYBANK GABUNGAN SALAM SYRIA
MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Terima kasih.

---------->
They are direly in need our attention.

Please click the link for the donation form: http://form.jotformpro.com/form/33257849419971

Your donation can be exempted for tax.

Help in abundance, maximise your contribution. Your donation can be channeled to:

MAYBANK GABUNGAN SALAM SYRIA
ACCOUNT NO: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Peralihan kuasa politik tanpa Bashar ditolak

Peralihan kuasa politik tanpa Bashar ditolakPersidangan keamanan di Geneva dilihat sebagai satu peluang baik untuk penyelesaian politik di Syria.

DAMSYIK - SYRIA. Kerajaan Syria membantah sekeras-kerasnya proses peralihan politik di negara itu yang mengecualikan penglibatan Presiden Bashar al-Assad.

Sumber Kementerian Luar turut menegaskan era penjajahan telah berakhir sebagai respons terhadap cadangan beberapa negara Barat dan sekutu mereka di rantau Arab yang tidak mahu Bashar terlibat dalam peringkat peralihan kuasa tersebut.

"Kami tidak perlu menghadiri persidangan Geneva II pada 22 Januari depan jika mereka tetap dengan keputusan untuk mengetepikan Bashar," kata jurucakap di kementerian tersebut lagi.

Dalam perkembangan lain, pembangkang Syria, Gabungan Kebangsaan Syria (SNC) mengumumkan bahawa mereka akan merampas kerusi milik kerajaan di Liga Arab selepas organisasi itu menggantung keanggotaan Damsyik pada 2011.

Ketua SNC, Ahmad Jarba berkata, mereka akan membuat pengumuman dalam masa terdekat selepas menganggotai Liga Arab secara rasmi. 

"Matlamat kami semakin hampir selepas menubuhkan kerajaan wilayah seperti yang dikehendaki oleh organisasi tersebut," jelasnya.

Selain itu, laporan dipetik dari Press TV, Jarba turut mengulangi pendirian bahawa SNC hanya akan menghadiri persidangan keamanan terbabit jika Bashar dikecualikan daripada proses peralihan kuasa tersebut.

Benar dan Fakta, hanya di Syria!!!

Anak ini cuma mahukan sehelai kertas kerana terlalu rindukan zaman sekolah tetapi dia hanya jumpa secebis kertas sahaja..

Anak kita tidur dalam kesejukan, hilangkan letih dan hanya terlena sebentar demi mencari rezeki..

Assalamualaikum dan selamat pagi..Mari kita sama-sama doakan kemenangan islam dan ummat Islam di seluruh dunia..