Sunday 17 June 2012

Syiah benci Salahuddin Al-Ayyubi.

 Ini kubur di Damsyik
..............
Syiah benci Salahuddin Al-Ayyubi.
Kain Kafan Pahlawan Besar Salahuddin Al-Ayyubi

Kekayaan negara-negara Islam yang dapat dibebaskan, digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan pertahankan negara dari serangan musuh. Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari satu kilometer. Di Damaskus, didirikan rumah ‘Takiyah’ atau tempat pemeliharaan orang-orang miskin. Demikian juga diSudan, Yaman, dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh Panglima besar ini terdapat banyak bangunan kebajikan untuk rakyat.

Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan perang melawan tentera salib, tibalah saatnya Salahuddin kembali ke hadrat Allah. Pada waktu kewafatan pahlawan dan pemimpin besar ini terjadilah sesuatu yang menyedihkan sekali. Orang-orang besar dan kerabat diraja yang menyaksikan kewafatkan itu sama-sama mengalirkan air mata. Ini bukan sahaja kerana pemergiannya untuk selamanya tetapi sangat terharu apabila membuka tempat penyimpanan harta panglima besar itu kosong sahaja.

Demikian juga harta kerajaan yang dipimpinnya juga kosong, semua harta yang ada digunakan sepenuhnya untuk perang dan kesejahteraan rakyat.

Semasa berjihad Salahuddin al-Ayyubi selalu membawa sebuah peti tertutup yang amat
dijaganya. Orang terdekat menyangka terdapat berbagai batu permata dan benda berharga
tersembunyi di dalamnya.

Tetapi selepas wafatnya apabila peti dibuka
maka yang ditemui hanyalah sehelai surat wasiat
dan kain kafan yang dibeli dari titik
peluhnya sendiri dan sedikit tanah.

Apabila surat itu dibuka tertulis
" Kafankanlah aku dengan kain kafan
yang pernah dibasahi air zam-zam ini,
yang pernah mengunjungi kaabah
yang mulia dan makam Rasulullah s.a.w.
Tanah ini ialah sisa-sisa masa perang,
buatkanlah darinya ketulan untuk alas kepalaku di dalam kubur"

Dari tanah tersebut dapat dibuat 12 ketulan tanah
yang hari ini terletak di bawah kepala Salahuddin
al-Ayyubi. Setiap kali Salahuddin al-Ayyubi kembali
dari berperang yang dimasuki bertujuan berjihad kepada Allah, beliau akan berusaha mengumpulkan tanah-tanah yang melekat pada muka dan
pakaiannya dan meletakkannya di dalam peti
rahsia itu.

Beliau telah berjaya mengumpulkan tanah yang
boleh dibuat 12 ketulan, kiralah berapa banyak pertempuran yang dihadapinya kerana berjihad
bagi menegakkan kalimah Allah!!

Salahuddin al-Ayyubi meninggal dunia pada 7 Safar
589 hijrah, kira-kira dua tahun selepas berlakunya peperangan Hutain yang berjaya membebaskan
Baitil Maqdis. Umurnya ketika itu 56 tahun

--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan
matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"

Ternyata Penglima besar itu sudahpun tidak memikirkan sama sekali akan harta untuk dirinya. Semua tenaga dan fikirannya hanya dicurahkan untuk Allah semata. Allahu Akbar. Semoga Allah tetap mencucuri rahmat ke atasnya.