Friday 24 January 2014

syria

syria berdarah

"Jika aku di tempatmu pun aku yakin, 
aku jua tidak sekuatmu... . 
Allah.... seksanya dia menahan kesakitan itu.. 
tapi dunia tidak mendengar... 
Ujian apa yang cuba Kau tunjukkan pada kami di sini ya Allah, 
ampunkanlah kami jua di sini..
Wahai cahaya Syurga, doa yang tidak pernah putusnya aku kirimkan buatmu di setiap sujudku...
Tangan yang takkan berhenti jua untuk menghulurkan apa yang aku ada, hanya buatmu, dan moga apa yang terdaya aku bantu ini akan menjadi jawapan di hadapan Allah..."

Bagi menghulurkan bantuan, anda boleh hubungi kami di :

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE):
No.38B, jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Kami mempunyai tabung khas untuk Syria:
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Akaun Maybank: 562106630487
PayPal: AlEhsidek@gmail.com
Bank swift Code : mbbemykl

~Tangisan Bumi Syam~

syria berdarah

syria berdarah

syria berdarah

Teringat kata-kata sahabat kami di Syria yg pernah menjadi tahanan di dalam penjara rejim Bashar Assad. 

"Penyeksaan oleh rejim di penjara adakalanya adalah sesuatu yg kamu boleh bayangkan dan kebanyakannya yg kamu tak boleh bayangkan"

Lihat sendiri di pautan berikut: http://www.aa.com.tr/ar/mod/photo-gallery/11000

Biar dunia tahu...

Ini antara sebab kami berdiri teguh di belakang perjuangan rakyat Syria. Kami telah melihat dan mengalami sendiri apa yg rakyat Syria alami. Bukan hanya sekadar 3 tahun revolusi tetapi semenjak 40 tahun yg lepas.

Tiada pilihan utk kita terus mendiamkan kezaliman ini. Sama-sama kita angkat kezaliman dan menjunjung karamah insaniah!

syria

"I pledge my support in solidarity with the HUNGER STRIKE in Syria."
Thank you 

Pertempuran penentang kerajaan Syria, 1,400 terkorban


BEIRUT 24 Jan. - Sekurang-kurangnya 1,400 orang terbunuh di Syria sejak pertempuran antara penentang kerajaan dan militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) meletus bulan ini.
"Jumlah korban akibat pertempuran antara ISIL dan kumpulan penentang kerajaan sejak 3 Januari lalu telah meningkat kepada 1.395 orang," kata
Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.
Kata kumpulan itu lagi, angka kematian itu termasuk 760 penentang, 426 militan ISIL, 190 orang awam dan 19 lagi identiti yang tidak dapat dikenalpasti. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140124/lu_12/Pertempuran-penentang-kerajaan-Syria-1400-terkorban#ixzz2rM6zm5LA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rundingan Syria belum tunjuk isyarat positif


Ahmed Jarba
MONTREUX, Switzerland 23 Jan. - Rundingan damai antara kerajaan Syria dan kumpulan pembangkang yang masuk hari kedua, di sini hari ini, tidak menunjukkan sebarang tanda positif selepas kedua-dua pihak enggan berkompromi untuk menyelesaikan konflik di negara itu.
Pertemuan anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mungkin berlanjutan antara tujuh hingga 10 hari itu, bermula semalam dengan menyaksikan wakil kedua-dua pihak saling bertikam lidah tentang nasib Presiden, Bashar al-Assad.
Kekecohan semalam sekali gus memaksa wakil PBB dan Liga Arab, Lakhdar Brahimi mengadakan pertemuan secara berasingan dengan wakil kedua-dua pihak hari ini bagi memastikan rundingan berjalan dengan lancar.
"Saya berharap kedua-dua pihak boleh duduk berbincang di dalam satu bilik menjelang tengah hari esok," katanya.
Walaupun harapan untuk menyelesaikan konflik perang saudara di Syria amat rendah, tetapi ramai pihak percaya kejayaan membawa kedua-dua pihak ke meja rundingan merupakan langkah pertama yang penting dan positif.
Menteri Luar Syria, Walid al-Moualem dalam ucapannya menuduh kumpulan gabungan pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria (SNC) sebagai 'pengkhianat' dan 'ejen asing' serta menegaskan Assad tidak akan berundur seperti yang dituntut oleh musuhnya.
"Mereka (pembangkang) mendakwa mewakili rakyat Syria, tetapi mereka tidak sepatutnya menjadi pengkhianat dan bekerjasama dengan musuh Syria," katanya.
Bagaimanapun ketua SNC, Ahmed Jarba menggesa kerajaan Assad agar segera menandatangani satu perjanjian yang dicapai pada persidangan damai di Geneva pada 2012.
Dalam perjanjian itu, Assad perlu menyerahkan kuasa pemerintahan termasuk tentera dan keselamatan kepada kerajaan peralihan.
"Jika perjanjian terbabit dimeterai, proses itu akan bermula dengan peletakan jawatan Assad dan perbicaraan atas jenayah yang dilakukannya," kata Ahmad.
Kira-kira 40 negara dan pertubuhan antarabangsa menyertai rundingan tersebut, namun tiada dialog secara terus dijangka berlangsung sehingga esok. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140124/lu_05/Rundingan-Syria-belum-tunjuk-isyarat-positif#ixzz2rGGBMYUO
© Utusan Melayu (M) Bhd