Monday 21 May 2012

Al-fatihah...

 Al-fatihah...
Sarjan Mahmoud Abdul-Qader, komander Briged Usama bin Zaid telah gugur syahid dalam pertempuran dengan rejim Syria di Idlib.

Ternyata cita-citanya untuk bertemu tuhan-Nya telah dikabulkan dengan pengakiran hidupnya yang begitu mulia, dengan dikurniakan syahid.

Semoga Allah memberkati as-syahid dan memberi kerehatan kepada beliau di syurga sana setelah berhempas pulas berjihad di dunia yang fana' ini. Al-Fatihah.

::Membunuh Basyar Fardhu ‘Ain bagi Setiap Muslim::

::Membunuh Basyar Fardhu ‘Ain bagi Setiap Muslim::


Setiausaha Agung Ikatan Ahlu Sunnah, Dr.Sofwat Hijazi memberikan fatwa supaya Basyar Al-Asad dibunuh bahkan katanya, “Sesiapa yang berpeluang membunuh Basyar tetapi tidak membunuhnya maka dia berdosa.” Hijazi yang juga Ketua Pemegang Amanah Revolusi Mesir itu berkata, “Sesiapa yang dapat membunuh Basyar maka dia akan memperolehi balasan syurga,” katanya dalam pertemuan Khamis lalu anjuran Kesatuan Doktor-Doktor Perubatan dan Ikatan

Ahlu Sunnah di bawah tajuk (Peranan Ummah dan Ulama’ Islam Dalam Membantu Syria dan Palestin).


Kata beliau lagi, “Jika wajah saya tidak dikenali nescaya saya akan pergi membunuhnya (Basyar) dan sesiapa yang mampu membunuhnya maka bunuhlah dia dan aku bertanggungjawab terhadap darahnya.”

Sofwat Hijazi kemudian menjelaskan bahawa fatwa tersebut bukan dikeluarkan oleh dirinya seorang bahkan ia melibatkan fatwa seratus orang ulama’ dari pelbagai pertubuhan Islam termasuk Ikhwan Muslimin, kumpulan Salafi dan lain-lain seraya menguatkan dengan jelas bahawa “membunuh Basyar merupakan fardhu ain ke atas umat Islam hari ini”.

Anak kecil ini bernama Mustafa Said yang berumur 12 tahun ditemui syahid di Deir Al-Zour.

Anak kecil ini bernama Mustafa Said yang berumur 12 tahun ditemui syahid di Deir Al-Zour. 

Pada 20 Januari, anak kecil ini tidak dapat dikesan dan dikhuatiri telah diculik oleh rejim Basyar. Pada pagi 6 Mac 2012, jasad anak kecil ini ditemui di dalam sebuah bangunan terbengkalai dengan badannya terdapat kecederaan yang begitu teruk. 

Beliau disahkan syahid akibat menerima penyeksaan yang teruk daripada rejim setelah sekian lamanya. Al-fatihah.