Menurut Pengarah Badan Pemantau Hak Kemanusiaan Syria, Rami Abdel Rahman seperti dipetik Al Jazeera, bedilan itu mengenai pasar di bandar Ariha yang dikuasai beberapa kumpulan penentang kerajaan termasuk Barisan al-Nusra yang anggota gabungan militan al-Qaeda.
Selain pasar tersebut, beberapa lokasi lain turut menjadi sasaran serangan.
Saluran berita tempatan, Ariha al-Youm melaporkan, jet tempur Rusia menggugurkan bom kluster dalam kejadian itu.
Rami bagaimanapun berkata, jumlah kematian mungkin mencecah 60 orang.
Pegawai Kementerian Pertahanan Rusia masih gagal dihubungi untuk ulasan lanjut.
Kumpulan penentang Syria menguasai Ariha pada Mei lalu selepas pertempuran sengit dengan tentera Syria.
Tentera Udara Rusia melancarkan serangan udara sebagai sokongan kepada pentadbiran Presiden, Bashar al-Assad sejak 30 September lalu, namun Moscow menyatakan bedilan dilakukan bagi memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS).