Monday 8 April 2013

Kanak-kanak terus jadi mangsa kekejaman rejim Bashar

kanak-kanak terkorbanImej yang diperoleh dari YouTube menunjukkan seorang wanita mengangkat mayat anaknya yang terkorban dalam serangan terbaru di Aleppo, kelmarin.

DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 15 termasuk sembilan kanak-kanak terkorban dalam serangan udara dilancarkan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad di kawasan kejiranan Sheikh Maqsoud, menurut aktivis, kelmarin.

Kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria berpusat di Britain mendakwa kawasan di utara bandar Aleppo itu mungkin menjadi sasaran, berikutan ia dikuasai Tentera Pembebasan Syria (FSA), minggu lalu.

Sebuah rakaman video amatur memaparkan keadaan huru-hara di lokasi tersebut dan beberapa mayat budak turut bergelimpangan di jalan.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri baru yang dilantik Perikatan Kebangsaan Syria, Ghassan Hitto dilaporkan mula menilai senarai calon untuk menerajui 11 kementerian di bawah kerajaan sementara di negara itu.
Di bawah syarat ditetapkan Hitto, calon yang akan dilantik sebagai menteri atau timbalannya perlu berumur 35 tahun ke atas. - AFP

PBB siasat pengunaan senjata kimia di Syria



08/04/2013 6:24pm

THE HAGUE, Belanda - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon akan menemui ketua Pertubuhan Untuk Larangan Senjata Kimia (OPCW) di sini hari ini.
Pertemuan mereka antara lain adalah bagi membincangkan secara terperinci tentang misi untuk menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia di Syria.
“Pengunaan senjata kimia tanpa mengira oleh mana-mana pihak, memberikan kesan yang amat buruk dan merupakan jenayah kemanusiaan,” kata Ki-moon kepada wartawan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz2PsYTNB2W 
Hakcipta terpelihara 

Singa kita di Syria... Doakan mereka

Ya-Allah-Selamatkanlah-Bumi-Syria

Gadis kecil yang indah, cantik, manis ini adalah Amani. Dan dia berasal dari Kherbat Ghazaleh Daraa, Syria. Namun dukacita dimaklumkan bahawa dia telah mendapat syahid pada 3hb April yang lalu. Ini semua angkara Bashar al-Kafir. Syurga tempatmu sayangku 


via Ya-Allah-Selamatkanlah-Bumi-Syria

Salam kepada penyokong Syria care,

Salam kepada penyokong Syria care,

Sesiapa yang berminat untuk turut serta bersama kami dalam konvoi baju dan mengambil gambar dari sekolah Syria di Shah Alam ( ِAamat: Jalan Mihrab1 u8/12A Bukit Jelutong seksyen u8, 40150 Shah Alam, Selangor ) ke KLIA-kargo, kami dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran anda semua. 

Tentatif: Esok (Selasa 9.4.13)
Waktu : 6.00 PM

Doakan kami sepanjang usaha menghantar baju-baju tersebut ke Syria. InsyaAllah.

Kanak-kanak terus jadi mangsa kekejaman rejim Bashar

kanak-kanak terkorban
Imej yang diperoleh dari YouTube menunjukkan seorang wanita mengangkat mayat anaknya yang terkorban dalam serangan terbaru di Aleppo, kelmarin. DAMSYIK - Sekurang-kurangnya 15 termasuk sembilan kanak-kanak terkorban dalam serangan udara dilancarkan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad di kawasan kejiranan Sheikh Maqsoud, menurut aktivis, kelmarin. Kumpulan pemerhati hak asasi manusia Syria berpusat di Britain mendakwa kawasan di utara bandar Aleppo itu mungkin menjadi sasaran, berikutan ia dikuasai Tentera Pembebasan Syria (FSA), minggu lalu. Sebuah rakaman video amatur memaparkan keadaan huru-hara di lokasi tersebut dan beberapa mayat budak turut bergelimpangan di jalan. Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri baru yang dilantik Perikatan Kebangsaan Syria, Ghassan Hitto dilaporkan mula menilai senarai calon untuk menerajui 11 kementerian di bawah kerajaan sementara di negara itu. Di bawah syarat ditetapkan Hitto, calon yang akan dilantik sebagai menteri atau timbalannya perlu berumur 35 tahun ke atas. - AFP