Pasukan tentera dilaporkan, membunuh 47 orang penentang kerajaan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Barisan al-Nusra di bandar Mashara, selatan wilayah al-Qunaitera berhampiran sempadan kawasan yang takhluki Israel iaitu Bukit Golan.
Manakala, 70 lagi penentang kerajaan dibunuh dalam satu operasi berasingan di selatan wilayah Daraa, selain turut mengakibatkan tiga orang awam terbunuh dengan 11 lagi mengalami kecederaan. - AGENSI