Sunday 10 April 2016

Tentera kerajaan kuasai sebahagian besar Syria

Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov

10 APRIL 2016 MOSCOW - RUSIA. Sebahagian besar wilayah di Syria kini dikuasai tentera kerajaan selepas kumpulan militan IS berjaya disingkirkan dari kawasan yang ditawan oleh mereka.
Kelmarin, jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov memaklumkan kejayaan itu berjaya dicapai sejak enam bulan lalu dengan bantuan ketenteraan dari Moscow.
"Kebanyakan pentadbiran tempatan telah kembali ke wilayah masing-masing. Kejayaan menguasai semula kawasan ditawan IS ini adalah adalah ratusan kali ganda lebih tinggi berbanding Oktober 2015," katanya.    
Difahamkan, seluruh wilayah Latakia dan kebanyakan kawasan di Hama telah dirampas dari IS selepas operasi ketenteraan dipertingkatkan sejak beberapa bulan lalu. - Press TV

Gencatan senjata Syria hampir berakhir - Pembangkang




SEORANG budak lelaki mengambil gambar menerusi telefon bimbitnya gambar bangunan yang musnah di Palmyra, Syria. - Foto Reuters
PARIS: Gencatan senjata di Syria "hampir berakhir", kata seorang pegawai pembangkang dalam temubual yang disiarkan hari ini, beberapa hari sebelum rundingan damai disambung semula di Geneva.
"Sejak 10 hari lalu kami menyaksikan keadaan semakin serius serius dan gencatan senjata hampir berakhir.
"Misi Amerika Syarikat-Russia yang memantau gencatan senjata tidak mampu berbuat apa-apa," kata anggota Jawatankuasa Rundingan Tertinggi pembangkang Syria, Bassma Kodmani, kepada Journal du Dimanche, sambil menambah "penggunaan bom tong sudah bersambung".
Gencatan senjata antara rejim Presiden Bashar al-Assad yang dibantu serangan udara Russia dan pembangkang dianjurkan Amerika dan Russia itu dipatuhi sejak 27 Februari lalu.
Ia tidak meliputi kawasan yang menjadi tawanan militan IS dan Barisan Al-Nusra.
"Ini satu tamparan kepada pembangkang," kata Kodmani, sambil menambah Russia menyerang laluan bekalan briged pembangkang berhaluan sederhana sehingga gencatan senjata ditandatangani Februari lalu. - AFP