DAMSYIK - SYRIA. Seorang bayi berusia dua bulan selamat dikeluarkan daripada celah runtuhan bangunan di Aleppo selepas terperangkap selama 16 jam, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Menurut laporan AFP, anggota Pasukan Pertahanan Awam Aleppo turut merakamkan detik cemas bagaimana bayi perempuan yang diliputi debu tersebut dibawa keluar oleh seorang penduduk tempatan.

"Ia adalah satu keajaiban dan bukti kekuasaan ALLAH SWT!" kata seorang daripada anggota pasukan penyelamat terbabit.

Difahamkan, ibu bayi perempuan tersebut yang cedera akibat bedilan tentera kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad juga berjaya diselamatkan dalam insiden itu.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan kesahihan video berdurasi 30 saat itu masih belum dapat dipastikan.