Thursday 26 February 2015

Badan hak asasi gesa Syria dikenakan sekatan senjata


Keadaan satu kawasan kediaman di Syria yang musnah teruk selepas
Keadaan satu kawasan kediaman di Syria yang musnah teruk selepas diserang menggunakan bom barel oleh tentera kerajaan Bashar al-Assad. - AGENSI
NEW YORK 25 Feb. – Pertubuhan Hak Asasi Manusia menggesa sekatan senjata dikenakan ke atas Syria bagi menghukum kerajaan Presiden Bashar Al-Assad kerana terus menerus menggunakan bom yang membawa kemusnahan dahsyat dalam serangan-serangan ke atas pemberontak.
Beribu-ribu orang awam dilaporkan telah terkorban atau cedera disebabkan dalam serangan bom barel yang merupakan sejenis senjata yang dihasilkan daripada tong minyak, silider gas dan tangki air yang diisi dengan bahan letupan dan sepihan besi yang digugurkan dari helikopter, kata pertubuhan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu.
Dengan menggunakan imej satelit, pertubuhan itu mengenal pasti sekurang-kurangnya 450 kawasan di 10 bandar dan perkampungan di selatan Daraa selain lebih 1,000 kawasan di bandar Aleppo di utara Syria rosak teruk sejak beberapa tahun lalu ekoran penggunaan bom barel.
Kumpulan hak asasi manusia itu juga meneliti berpuluh-puluh rakaman video yang dimuat naik di laman YouTube menunjukkan kawasan yang mengalami kesan teruk dan helikopter Syria Mi-17 menggugurkan bom barel di kawasan orang awam.
Pertubuhan itu berkata, satu sekatan bekalan senjata akan menghadkan kemampuan rejim Syria untuk melancarkan serangan udara dan menghadkan keupayaan rejim itu untuk membeli helikopter baharu atau menyelenggara pesawat-pesawat pejuang.
Gesaan itu dibuat sejurus selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cuba mendapatkan sokongan Bashar untuk menghentikan serangan ke atas Aleppo dan membenarkan pasukan bantuan kemanusiaan masuk untuk memberi bantuan kepada orang awam.
“Selama beberapa tahun, Majlis Keselamatan PBB masih tidak melakukan apa-apa bagi menghentikan kempen pengeboman udara oleh kerajaan Bashar di kawasan pemberontak yang turut memusnah, membunuh dan menyebabkan orang awam kehilangan tempat tinggal.
“Di tengah-tengah perbincangan bagi menghentikan sementara serangan di Aleppo, persoalannya sekarang ialah sama ada Rusia dan China akan membenarkan Majlis Keselamatan PBB melaksanakan sekatan bagi menghentikan penggunaan bom barel,” kata Nadim Houry, Pengarah Pertubuhan Hak Asasi Manusia di Asia Barat. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/badan-hak-asasi-gesa-syria-dikenakan-sekatan-senjata-1.63585#sthash.jsN5RRrs.dpuf

Wednesday 25 February 2015

Presiden Yemen tarik peletakan jawatan

penunjuk perasaan anti-Huthi mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan
PENUNJUK perasaan anti-Huthi mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan sokongan kepada Presiden Yemen, Abd Rabbuh Mansur Hadi di Sanaa pada 23 Februari lalu. – REUTERS
SANAA 24 Feb. - Presiden Yemen, Abd Rabbuh Mansur Hadi secara rasmi hari ini menarik kembali peletakan jawatannya sebagai ketua negara ini selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai kanan keselamatan dan gabenor wilayah Aden.
Menurut laman web berita Alhadath-Yemen, Abd Rabbuh sudah menghantar surat rasmi berhubung keputusannya menarik balik peletakan jawatannya itu ke Parlimen, hari ini.
Abd Rabbuh dalam surat itu berkata, keputusan tersebut dibuat selepas melihat situasi semakin meruncing di selatan dan utara negara ini yang memerlukan tindakan pemulihan segera.
Kelmarin, Abd Rabbuh bertindak membatalkan segala keputusan dan ketetapan yang telah diambil oleh pemberontak Huthi ketika memegang tampuk kerajaan buat sementara waktu.
“Semua keputusan dan langkah-langkah yang diambil sejak 21 September lalu adalah tidak sah dan sudah dibatalkan,” jelas Abd Rabbuh dalam satu kenyataan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/presiden-yemen-tarik-peletakan-jawatan-1.63116#sthash.MkVrGXkv.dpuf

Monday 23 February 2015

Ibu bapa rayu anak gadis ke Syria pulang


Kadiza Sultana, Shamima Begum
LONDON - BRITAIN. Ibu bapa kepada Shamima Begum yang dipercayai menuju ke Syria merayu supaya gadis tersebut pulang.

Berdasarkan laporan CNN, Shamima, 15, bersama seorang lagi gadis, Kadiza Sultana, 16, dilaporkan berlepas ke Istanbul dari Lapangan Terbang Gatwick, Selasa lepas.

"Kami sangat merinduimu dan sangat bimbangkan awak," kata ibu bapa Shamima melalu satu kenyataan, Sabtu lepas.

Menurut mereka, mereka faham bahawa Shamima ada keinginan untuk membantu mangsa peperangan di Syria.

"Awak boleh membantu mereka dari rumah. Awak tak perlu letakkan diri anda dalam bahaya," tambah kenyataan tersebut.

Serangan bom di Syria ragut empat nyawa


Serangan bom di Syria ragut empat nyawa
DAMSYIK - SYRIA. Empat penduduk awam terbunuh selepas pengebom berani mati yang memandu ambulans menyerang sebuah hospital di pinggir bandar Qardaha, semalam.
Difahamkan, ia adalah serangan pertama disasarkan di kampung halaman Presiden Bashar al-Assad sejak perang saudara meletus di negara rantau Arab itu kira-kira empat tahun lalu.

Serangan itu berlaku selepas Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan bahawa tentera kerajaan menghukum mati 48 penduduk termasuk 10 kanak-kanak di kampung Rityan yang terletak di utara, awal minggu lalu.
“Seorang lelaki yang memandu ambulans sarat dengan bahan letupan memasuki kawasan letak kereta di hospital Qardaha. Seorang lagi lelaki dalam ambulans itu tapi tidak dapat dipastikan sama ada dia turut terbabit atau seorang tebusan," kata pengarah pertubuhan berkenaan, Rami Abdel Rahman.

Sebuah makam menempatkan kubur bapa Bashar, Hafez dan abangnya, Bassil, terletak di Qardaha. - Channel News Asia

Serangan bom di Syria ragut empat nyawa


DAMSYIK - SYRIA. Empat penduduk awam terbunuh selepas pengebom berani mati yang memandu ambulans menyerang sebuah hospital di pinggir bandar Qardaha, semalam.
Serangan bom di Syria ragut empat nyawa
Difahamkan, ia adalah serangan pertama disasarkan di kampung halaman Presiden Bashar al-Assad sejak perang saudara meletus di negara rantau Arab itu kira-kira empat tahun lalu.

Serangan itu berlaku selepas Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan bahawa tentera kerajaan menghukum mati 48 penduduk termasuk 10 kanak-kanak di kampung Rityan yang terletak di utara, awal minggu lalu.
“Seorang lelaki yang memandu ambulans sarat dengan bahan letupan memasuki kawasan letak kereta di hospital Qardaha. Seorang lagi lelaki dalam ambulans itu tapi tidak dapat dipastikan sama ada dia turut terbabit atau seorang tebusan," kata pengarah pertubuhan berkenaan, Rami Abdel Rahman.

Sebuah makam menempatkan kubur bapa Bashar, Hafez dan abangnya, Bassil, terletak di Qardaha. - Channel News Asia

Tentera Turki jaga makam di Syria pulang


23 Februari 2015 1:00 AM


ANKARA 22 Feb. – Sebanyak 572 anggota tentera Turki semalam, memasuki Syria bagi mengiringi pulang 40 orang rakan mereka yang mengawasi sebuah makam di Aleppo, bandar yang dikuasai oleh militan Negara Islam (IS), kata Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu, hari ini.
Menurut portal Mail Online, seramai 40 tentera mengawal kompleks Makam Suleyman Shah, datuk kepada pengasas empayar Uthmaniyyah, Osman 1.
Ahmet berkata, kumpulan besar tentera Turki itu menggunakan 39 kereta kebal, 57 buah kereta perisai, dan lebih 100 buah kenderaan tentera lain dalam operasi tersebut.
Menurut tentera Turki dalam satu kenyataan, seorang anggotanya terbunuh dalam operasi mengawal makam itu di Sungai Euphrates, kira-kira kira-kira 30 kilometer dari sempadan negara ini.
Bagaimanapun, anggota tentera itu terbunuh semasa peringkat awal operasi, dan kumpulan tersebut tidak terlibat dalam sebarang pertempuran dalam misi terbabit.
Tentera berkata, keputusan untuk membawa pulang anggotanya dibuat berikutan keadaan keselamatan yang semakin rapuh di kawasan sebahagian di wilayah Aleppo yang kini berada dalam kawalan IS.
Sementara itu, pihak berkuasa Turki minggu lalu, menafikan laporan yang menyatakan seorang tenteranya telah diculik oleh IS.
Ankara sebelum ini berulang kali memberi amaran akan melancarkan tindakan ketenteraan sekiranya anggota tentera Turki yang menjaga makam itu dicederakan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tentera-turki-jaga-makam-di-syria-pulang-1.62404#sthash.YynD4lTD.dpuf

Sunday 22 February 2015

PBB sedia dedah penjenayah perang


PBB sedia dedah penjenayah perang
GENEVA - SWITZERLAND. Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, mereka bersedia untuk menerbitkan senarai kira-kira 200 individu yang didakwa terlibat dalam jenayah perang di Syria.

Langkah itu adalah bagi membantu untuk mengekang peningkatan dalam kekejaman peperangan selepas hampir empat tahun konflik berlarutan di negara rantau Arab itu.

Penyiasat berkata, langkah itu juga membolehkan individu yang terlibat dalam penyeksaan, pembunuhan dan penculikan disenaraikan dalam senarai antarabangsa. Dalam pada itu, penyiasat turut mendedahkan kes kekejaman di Syria semakin meningkat.

"PBB mempunyai empat senarai individu dan kumpulan yang dipercayai melakukan jenayah perang dan juga jenayah terhadap kemanusiaan, tetapi senarai-senarai itu disimpan di dalam peti keselamatan di Switzerland," menurut salah seorang panel penyiasat PBB.

Angka dikeluarkan PBB menunjukkan lebih 200,000 orang, kebanyakan daripada mereka adalah orang awam terbunuh sejak perang saudara di Syria tercetus sekitar September 2011. - Al Jazeera

Saturday 21 February 2015

Lagi kekejaman IS


Tentera Syria dipukul hingga mati, mayat diseret di jalan

Sebahagian daripada ratusan penyokong IS, menendang dan menumbuk
Sebahagian daripada ratusan penyokong IS, menendang dan menumbuk tiga orang anggota tentera Syria (dalam bulatan) di Raqa, sementara (gambar kecil), memaparkan wajah tiga mangsa yang ketakutan. – AGENSI
ALEPPO 20 Feb. - Selepas melakukan beberapa siri kekejaman, kumpulan militan Negara Islam (IS) sekali lagi memuat naik video terbaharu, kali ini memaparkan tiga orang anggota tentera Syria dipukul sehingga mati sebelum mayat mangsa diseret di jalan raya menggunakan motosikal.
Mail Online melaporkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan kubu kuat IS di Raqa yang ditawan daripada penguasaan tentera Syria di bawah pimpinan Presiden, Bashar al-Assad.
Paparan awal video itu menunjukkan beratus-ratus penyokong IS mengelilingi tiga tentera tersebut, yang ditangkap kelmarin di Kampung Ratyan yang dikuasai kumpulan militan berkenaan selepas satu pertempuran.
Seorang lelaki berjanggut dilihat membacakan hukuman yang dikenakan terhadap mangsa.
Video itu turut memaparkan wajah tiga mangsa yang ketakutan.
Sejurus hukuman dibaca, penyokong kumpulan militan itu bertindak menerajang, memukul, dan menumbuk mangsa, sementara ada dalam kalangan mereka membaling batu dan pelbagai objek keras ke arah tiga anggota tentera berkenaan.
Tidak cukup dengan itu, mayat ketiga-tiga anggota tentera terbabit turut diikat di motosikal sebelum diseret mengelilingi bandar Raqa sambil disambut sorakan gembira oleh penyokong militan IS.
Menurut aktivis, video itu dimuat naik selepas IS berjaya menahan 32 orang tentera Syria dan beberapa orang lelaki bersenjata prokerajaan di utara bandar Aleppo.
Badan Hak Asasi Manusia Syria memberitahu, tentera kerajaan berjaya menawan semula Kampung Ratyan kemudian.
Insiden kekejaman terbaharu IS itu berlaku ketika utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Staffan de Mistura cuba mengadakan rundingan gencatan senjata di Aleppo.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/lagi-kekejaman-is-1.61823#sthash.7rCjZUEB.dpuf

Friday 20 February 2015

AS latih pejuang Syria

AS latih pejuang Syria

20 Februari 2015

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Kira-kira 1,200 pejuang di Syria telah dikenal pasti untuk menyertai program ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang bertujuan memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS), menurut jurucakap Pentagon, kelmarin.



Laksamana Muda, John Kirby berkata, kesemua mereka terlebih dahulu akan menjalani pemeriksaan di beberapa lokasi di luar Damsyik bermula bulan hadapan.



"Lebih 5,000 pejuang Syria akan menjalani latihan pada setiap tahun dan kira-kira 3,000 bakal dilatih menjelang akhir tahun ini. Ia juga akan menggunakan pangkalan data kerajaan AS dan risikan dari negara serantau," katanya.



Difahamkan, Turki, Arab Saudi dan Qatar telah membuat tawaran secara terbuka untuk menyediakan lokasi latihan bagi menjayakan program tersebut.



Sementara itu, beberapa pegawai AS memaklumkan pejuang Syria terbabit juga bakal dilengkapi dengan pelbagai peralatan termasuk trak pikap yang dipasang dengan mesingan, radio dan sistem penjejak GPS.



Selasa lalu, The Wall Street Journal melaporkan radio dan peralatan sistem GPS tersebut membolehkan kumpulan pejuang tersebut memberi isyarat untuk melancarkan serangan udara.



Sebelum ini, Pentagon mengumumkan lebih 400 tentera AS termasuk unit khas akan memberi latihan ketenteraan kepada pejuang Syria terbabit. - Reuters

Thursday 19 February 2015

AS saring 1,200 pemberontak sederhana Syria untuk dilatih


WASHINGTON: Pentagon berkata Amerika Syarikat (AS) sudah menyaring kira-kira 1,200 pemberontak sederhana Syria bagi menyertai program latihan terbaharu agar mereka boleh kembali dan memerangi kumpulan Negara Islam (IS).
Setiausaha Akhbar kepada Panglima Angkatan Tentera, John Kirby, berkata tentera AS akan meneruskan program menyaring dan mengenal pasti calon sesuai untuk ditempatkan di mana-mana tiga pusat latihan tentera AS di Turki, Arab Saudi dan Qatar.
Kirby berkata, pejuang pemberontak berkenaan berasal daripada beberapa kumpulan sederhana di Syria.
Katanya, latihan tertumpu kepada asas latihan dan peralatan ketenteraan dan kemahiran.
"Sebaik pejuang Syria ini sudah dilatih, mereka boleh membantu memberikan maklumat kepada tentera bersekutu yang melakukan serangan udara ke atas militan IS," katanya. - AP

Thursday 12 February 2015

Artis rap Jerman diisytihar pengganas


Cuspert mula terlibat dengan kegiatan militan pada April lalu.
Cuspert mula terlibat dengan kegiatan militan pada April lalu.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan penyanyi rap Jerman, Denis Cuspert atau dikenali sebagai Deso Dogg sebagai ancaman pengganas.

Pengumuman itu dibuat selepas Cuspert, 39, atau Abu Talha al-Almani muncul dalam sebuah video sambil memegang kepala mangsa penggal pada awal November lalu.
"Cuspert juga pernah menyatakan taat setia kepada pemimpin kumpulan militan Negara Islam (IS), Abu Bakr al-Baghdadi dan dipercayai terlibat merekrut anggota baharu untuk kumpulan tersebut," menurut jurucakap Jabatan Negara AS.

Cuspert turut disenaraikan sebagai individu paling dikehendaki oleh pihak berkuasa di Berlin selain dilabel sebagai 'bahaya' oleh Jawatankuasa Sekatan al-Qaeda PBB. - dpa

Presiden Bashar nafi serang sembarangan


12 Februari 2015


DAMSYIK - SYRIA . Presiden Syria, Bashar al-Assad menafikan tuduhan kerajaannya melancarkan serangan membabi-buta di kawasan yang dikuasai pemberontak, susulan pemberontakan terhadap pemerintahannya yang meletus pada 2011.

Dalam temu bual eksklusif bersama Editor Timur Tengah BBC, Jeremy Bowen semalam, Bashar turut menafikan dakwaan penggunaan senjata yang diubah suai termasuk bom tong.

Bashar sebaliknya berkata, pasukan tenteranya menyasarkan pengganas untuk melindungi orang awam.

Pemimpin Syria itu juga mengesahkan bahawa pemerintahnya menerima maklumat umum mengenai kempen tentera pakatan diketuai Amerika Syarikat untuk menentang IS. - BBC

Tuesday 10 February 2015

Suriah Tolak Ada Pasukan Asing di Wilayah Mereka untuk Lawan ISIS

wpq

MENTERI luar negeri Suriah mengatakan negaranya akan menolak pengerahan pasukan asing di wilayahnya dalam upaya memerangi kelompok ISIS, demikian dilaporkan Press TV.
Walid al-Muallem pada hari Senin kemarin (9/2/2015) mengatakan bahwa Damaskus tidak perlu dan tidak akan mentoleransi setiap kehadiran pasukan darat asing di wilayahnya.
“Kami tidak akan mengizinkan siapa pun untuk melanggar kedaulatan nasional kami melalui intervensi untuk melawan ISIS,” kata Muallem dalam konferensi pers bersama dengan timpalannya dari Belarusia, Vladimir Makei, di Damaskus.
Muallem menambahkan bahwa pasukan Suriah yang “terhormat” telah melakukan tugas memerangi kelompok ISIS.
Pernyataan Menlu Suriah ini datang pada saat ISIS merilis video pekan lalu yang konon menunjukkan pembunuhan brutal pilot Yordania, Muadz al-Kassasbeh. Langkah itu menyebabkan adanya pernyataan keras oleh berbagai pemerintahan.
Muallem mengatakan Yordania telah gagal menanggapi permintaan terbaru Suriah untuk melakukan koordinasi dalam kampanye melawan ISIS.
“Sejauh ini, tidak ada koordinasi antara Suriah dan Yordania dalam perang melawan terorisme,” pungkasnya.[fq/islampos]

Monday 9 February 2015

Rampas pasport halang wartawan ke Syria

Tokyo: Jepun semalam merampas pasport seorang wartawan yang merancang ke Syria beberapa hari selepas pembunuhan kejam dua tawanan negara itu oleh kumpulan militan Negara Islam (IS).
Ini kali pertama Tokyo mengambil tindakan seumpama itu atas alasan mahu melindungi pemegang pasport terbabit.
Media Jepun melaporkan, kementerian luar merampas pasport milik jurugambar bebas Yuichi Sugimoto, Sabtu lalu.
Sugimoto, 58, merancang memasuki Syria pada 27 Februari ini untuk membuat liputan di beberapa lokasi termasuk di kem pelarian.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak mempunyai perancangan memasuki kawasan dikawal IS.
“Seorang pegawai dari bahagian pasport kementerian luar datang mengambil pasport saya.
“Apa terjadi dengan hak saya untuk mengembara dan kebebasan media?” soalnya.
Tindakan itu berikutan pembunuhan dua rakyat Jepun, Haruna Yukawa dan wartawan Kenji Goto oleh IS, baru-baru ini. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Februari 2015 @ 5:08 AM


SEORANG wanita menyalakan lilin bagi memperingati dua tawanan Jepun, Kenji Goto dan Haruna Yukawa, yang dibunuh IS.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/29574#sthash.d7rhyt39.dpuf

Sunday 8 February 2015

Seorang tawanan AS maut serangan di Syria

DAMSYIK 7 Feb. – Kumpulan militan Negara Islam (IS) mendakwa serangan udara yang dilancarkan tentera pakatan di Syria mengakibatkan seorang tawanan warga Amerika Syarikat (AS) terkorban, semalam.
IS dalam satu kenyataan yang dimuat turun di laman webnya berkata, warga AS yang dikenali sebagai Kayla Jean Mueller mati selepas tertimbus di bawah runtuhan bangunan, akibat dibedil jet pejuang Jordan di Raqa.
“Pesawat dari tentera pakatan menggugurkan bom di pinggir bandar Raqa selepas selesai solat Jumaat.
“Tiada anggota kami yang cedera dalam serangan itu dan kami dapat sahkan bahawa seorang tawanan AS terkorban,” jelas IS.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak disertakan dengan gambar mengukuhkan dakwaan IS itu.
Keluarga mangsa dalam satu kenyataan memberitahu bahawa Mueller yang merupakan seorang pekerja perubatan ditawan IS pada Ogos 2013 di Aleppo selepas meninggalkan hospital yang dikelola kumpulan sukarelawan, Doctors Without Borders.
Dalam perkembangan sama, jurucakap Majlis Keselamatan AS, Bernadette Meehan berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada dakwaan IS itu benar atau tidak, kerana tiada bukti disertakan.
“Seperti biasa kami akan mengambil berat setiap laporan yang dikeluarkan kumpulan militan tersebut. Tapi dalam kes ini, kami tidak nampak sebarang bukti yang menyokong dakwaan IS,” ujarnya. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/seorang-tawanan-as-maut-serangan-di-syria-1.57085#sthash.iIAa6JTB.dpuf

Saturday 7 February 2015

Bersatu ganyang Israel dari Lubnan, Syria

Gaza City: Seorang pemimpin kanan Hamas menyeru kumpulan pejuang Palestin yang setia kepada gerakan Islam itu di beberapa kem pelarian di Lubnan dan Syria supaya melancarkan serangan ke atas Israel.
Mahmud Zahar - seorang daripada pengasas Hamas - berkata, sayap bersenjata pertubuhan itu perlu menyerang Israel untuk membebaskan Palestin.
Sayap bersenjata itu dikenali sebagai Briged Ezzedine al - Qassam .
Bercakap kepada media semalam, Mahmud juga menafikan pembabitan Hamas dengan keganasan di Semenanjung Sinai di Mesir.
“Senjata kami sentiasa terarah kepada musuh,” katanya.
Hamas dianggap musuh bukan saja oleh Israel, malah Mesir sejak negara itu dikuasai Abdel Fattah al-Sisi.
Sebelum ini, Mesir menjadi antara negara paling banyak membantu Palestin apabila majoriti rakyat negara itu memilih Dr Mohamed Mursi Isa al-Ayyat sebagai Presiden.
Abdel Fattah kemudian menggulingkan Mohamed Mursi pada 2013. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Februari 2015 @ 7:41 AM


PELUNCUR Israel menunggu masa sesuai untuk beraksi bersama ombak dalam pertandingan luncur air di Ashdod, selatan negara itu semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28917#sthash.322QunSd.dpuf

82 terbunuh serangan di Syria


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/82-terbunuh-serangan-di-syria-1.56890#sthash.yAPqCPR6.dpufDAMSYIK 6 Feb. – Sekurang-kurangnya 82 orang terkorban, dengan 18 daripada mereka kanak-kanak, apabila tentera Syria melancarkan serangan udara ke atas beberapa kubu kumpulan pemberontak di sekitar Damsyik, semalam.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, serangan ke atas wilayah Ghouta Timur itu dilancarkan sebagai membalas serangan kumpulan pemberontak yang melancarkan lebih 120 roket ke Damsyik yang mengakibatkan 10 orang terbunuh termasuk kanak-kanak.
Kumpulan pemantau yang berpangkalan di Britain itu berkata, sekurang-kurangnya 140 orang turut cedera dalam serangan balas itu, dan menambah kata, pasukan keselamatan turut melepaskan beberapa peluru berpandu ke arah kubu pemberontak.
Serangan balas itu dilancarkan selepas kumpulan pemberontak melepaskan 70 roket dan motar di sekitar pusat bandar Syria, membunuh tujuh orang awam termasuk seorang anggota polis.
“Dalam beberapa minit sahaja jalan raya yang sibuk menjadi kosong,” kata seorang penduduk di kawasan Baramkeh.
Tambahnya, pengetua sebuah sekolah terpaksa membawa anak muridnya ke tempat perlindungan.
Kumpulan pemberontak Jaysh al-Islam memberi amaran dua hari lalu bahawa pihaknya akan melancarkan serangan peluru berpandu di pusat bandar sebagai serangan balas terhadap serangan udara oleh tentera kerajaan ke atas kubu mereka di Douma di Ghouta Timur.
Ketua kumpulan pemberontak itu, Zahran Alloush berkata, Damsyik kini disifatkan sebagai sebuah kawasan zon ketenteraan dan sasaran pemberontak.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/82-terbunuh-serangan-di-syria-1.56890#sthash.yAPqCPR6.dpuf

Friday 6 February 2015

35 terbunuh dalam serangan udara di Damsyik


DAMSYIK 6 Feb. - Seramai 35 orang terkorban dalam serangan udara di kawasan pembangkang di sekitar Damsyik, semalam selepas kumpulan pemberontak melancarkan berpuluh-puluh serangan mortar di ibu negara itu.
Pertubuhan Badan Pemantau Hak Asasi Manasia berkata, seramai 140 yang lain cedera dan empat kanak-kanak menjadi mangsa dalam serangan udara di Timur Ghouta, wilayah Damsyik.
Serangan itu berlaku selepas pemberontakan melancarkan kira-kira 70 serangan roket dan mortar di sekitar bandar itu menyebabkan lima termasuk anggota polis. - AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/35-terbunuh-dalam-serangan-udara-di-damsyik-1.56288#sthash.ZI9DE8en.dpuf

Thursday 5 February 2015

44 terbunuh serangan tentera Syria


04 Februari 2015 12:45 AM


Seorang kanak-kanak perempuan, meraung kesakitan akibat kecederaan yang dialami berikutan serangan tentera kerajaan Syria di Douma, kelmarin. – AFP

DAMSYIK 3 Feb. – Sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh apabila tentera Syria melancarkan serangan udara di bandar-bandar yang dikuasai kumpulan penentang kerajaan di wilayah selatan negara ini, semalam.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, sebanyak 16 orang awam terbunuh, manakala 25 orang lagi cedera dalam empat serangan udara di Jassem, barat Daraa.
“Seperti biasa, tentera Syria melancarkan serangan ke kawasan penduduk bagi memastikan sokongan awam kepada kumpulan penentang berkurangan.
“Kumpulan penentang semakin menguasai wilayah Daraa. Kebanyakan kawasan di barat wilayah itu kini dikawal kumpulan itu,’’ kata Pengarah badan hak asasi itu, Rami Abdel Rahman.
Penentang kerajaan yang cuba menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad mengalami kekalahan di tangan tentera, namun kekuatan mereka di Daraa masih tidak tergugat.

Advertisement
Penglibatan jaringan al-Qaeda dari Syria, Barisan al-Nusra juga membantu kumpulan penentang menguasai Daraa.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria menyatakan, serangan udara di Douma, timur Damsyik pula menyaksikan 10 orang awam terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi ce-dera.
“Di Khan Sheikhun, Idlib, sebanyak 15 orang termasuk bekas pegawai tentera yang berpaling tadah, maut.
“Sebanyak tiga lagi maut dalam beberapa serangan udara di Aleppo, Damsyik dan Busra al-Sham, Daraa,’’ jelas badan hak asasi tersebut. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/44-terbunuh-serangan-tentera-syria-1.55745#sthash.uN1w8DoD.dpuf