Tuesday 14 April 2015

Rakan Saya Sertai IS di Syria - Pelajar


Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 9:33 AM

EKSKLUSIF
MELAKA: Seorang pelajar sebuah universiti berprestij di Kuala Lumpur mendakwa tiga rakannya berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS).

Pelajar berusia 22 tahun yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dia turut mendakwa cuba dipengaruhi untuk menyertai IS menerusi media sosial.

"Rakaman video yang disifatkan sebagai perjuangan oleh militan IS dimuat naik dalam laman Facebook saya dan rakan saya yang berada di Syria sentiasa meminta saya untuk menyertai mereka," katanya.

Katanya, dia mula bertemu sekumpulan pelajar itu pada 2012 dan mereka sering bercakap tentang memperjuangkan hak pihak yang ditindas di negara lain.

Dia berkata, tiga pelajar dalam kumpulan tersebut berlepas ke Syria untuk menyertai IS tahun lalu.

Pelajar tersebut yang enggan namanya didedahkan berkata, dia berasa malu terutamanya sejak Facebooknya turut ditag bekas rakannya di Syria.

"Saya juga tidak boleh fokus kepada pelajaran kerana mereka sering memujuk saya untuk menyertai mereka disana.

"Saya berhenti menjawab panggilan telefon kerana ada diantara mereka menghubungi saya walaupun saya memberitahu mereka untuk tidak berbuat demikian dan mereka tersilap langkah," katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Pesawat Syria bom sekolah di Aleppo

ISNIN, 13 APRIL 2015 @ 11:38 AM
ANGGOTA pertahanan awam membawa mayat kanak-kanak selepas pesawat tentera Syria mengebom sebuah sekolah di timur bandar Aleppo. - Foto REUTERS 


BEIRUT: Satu serangan udara tentera rejim Syria menyasarkan sebuah sekolah di Aleppo, bandar di tengah negara itu, menyebabkan sekurang-kurangnya lima kanak-kanak dan empat orang awam terbunuh. Ketua Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Karim, berkata pesawat tentera Syria mengebom sebuah sekolah di timur bandar Aleppo. "Lima kanak-kanak, tiga guru wanita dan seorang lelaki terkorban," katanya. Katanya, beberapa orang cedera parah dan angka kematian mungkin meningkat. Serangan berlaku sehari selepas tentera kerajaan dan kumpulan penentang berbalas tembakan di bandar utara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang awam mati. - AFP


Pesawat tentera Syria bom sekolah


Beirut: Satu serangan udara tentera rejim Syria terkena sebuah sekolah di Aleppo, bandar di tengah negara itu, menyebabkan lima kanak-kanak dan empat orang awam terbunuh.
“Pesawat tentera Syria mengebom sebuah sekolah di timur bandar Aleppo. Lima kanak-kanak antara yang terbunuh. Tiga guru wanita dan seorang lelaki juga terkorban,” kata Ketua Pemerhati Hak Asasi Syria, Rami Abdel Rahman.
Beberapa orang cedera parah dan angka kematian mungkin meningkat.
Dalam pada itu, seorang lagi kanak-kanak mati dalam serangan udara yang menyasarkan kawasan kejiranan di wilayah yang dikuasai kumpulan penentang itu.
Kejadian berlaku sehari selepas tentera kerajaan dan kumpulan penentang berbalas tembakan di bandar utara itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang awam mati. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43372#sthash.NsT7l2O7.dpuf