Thursday 22 May 2014

syria berdarah

Aktiviti hariannya mencari sesuatu yang boleh digunakan di sebalik runtuhan ini. 
Walaupun dia tahu akan bahaya di sekelilingnya, namun demi mencari rezeki.. dia meneruskan kehendaknya. 
Dalam keadaan ini, bila-bila masa saja bom barrel akan jatuh ke atasnya. Nauzubillah!

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Maybank
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
5621 0663 0487

Sebarang urusan boleh ke pejabat kami:
No. 38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Email: souriacare@gmail.com

syria

Derita mereka semakin menghimpit dengan sekatan bantuan makanan oleh pihak kuffar. 
Mereka mendapat tempat perlindungan dari kerajaan Turki, namun masih kekurangan bekalan makanan. 
Semakin hari, penempatan ini semakin bertambah dengan pelarian dari Syria, dan mereka masih mengharapkan bantuan dari kita. 

Mereka kurang di sana, dan kita di sini dikurniakan rezeki.. sama-samalah membantu mereka. 
Moga sedekah yang walaupun sedikit, ianya menjadi jawapan & pembela kita di hadapan Allah, amin.

Sumbangan boleh disalurkan melalui:
Maybank
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
5621 0663 0487

Sebarang urusan boleh ke pejabat kami:
No. 38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Email: souriacare@gmail.com

Alhamdulillah.



Berita terkini: 
Kumpulan Mujahidin "Liwa Nurddin Zinki" berjaya menawan kawasan Liwa Annujabak dari Syiah Iraq. Tentera Syiah Annujabak ini sudah lama bertapak di beberapa kawasan di Aleppo sehingga Mujahidin dari Liwa Nurddin Zinki membebaskan kawasan itu.

Liwa Nuriddin Zinki adalah salah satu jemaah mujahidin dari 3 kumpulan yang lain yang main peranan besar dalam misi menyelamatkan kempen Sumbangan Rakyat Malaysia/ Indonesia kepada Rakyat Syria dari cengkaman perompak ISIS bulan puasa yang lalu.

Tetapi saudara Abu Ubaidah tidak dapat diselamatkan dan beliau telah gugur Syahid setelah dijatuhkan hukuman bunuh oleh dua anggota ISIS ketika itu.

Lelaki Britain berperang di Syria dihukum


LONDON 21 Mei - Seorang lelaki yang pergi ke Syria untuk menyertai kumpulan penentang menjadi orang pertama di Britain didapati bersalah melakukan keganasan berkaitan konflik di negara itu.
Mashudur Choudhury, 31, pergi ke Syria bersama-sama empat orang lain pada Oktober lalu, namun dia ditangkap apabila dia pulang berseorangan pada akhir bulan itu.
Mahkamah Crown Kingston, di sini semalam mendapati dia bersalah atas dakwaan terlibat dalam persediaan aktiviti keganasan selepas perbicaraan selama 12 hari dan keputusan hukumannya akan diumumkan pada bulan depan.
Keputusan bersalah itu diumumkan ketika polis meneruskan tindakan tegas ke atas penduduk Britain yang pergi ke Syria untuk berperang ekoran tindakan mereka itu memberi ancaman keselamatan kepada negara ini. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140522/lu_09/Lelaki-Britain-berperang-di-Syria-dihukum#ixzz32ON63A5J
© Utusan Melayu (M) Bhd