Monday 5 January 2015

Lubnan laksanakan sekatan visa ke atas Syria


5 Januari 2015

BEIRUT -LUBNAN. Lubnan mula mengenakan sekatan visa ke atas rakyat Syria buat pertama kalinya selepas menerima kemasukan lebih 1.1 juta pelarian di negara itu.

Peraturan baharu berkuat kuasa hari ini, disiarkan melalui laman web agensi Keselamatan Negara dan dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk pelancongan serta rawatan perubatan.

Difahamkan, langkah itu diambil dalam usaha negara terbabit untuk membendung kebanjiran warga Syria yang melarikan diri daripada kekejaman perang saudara di negara mereka.

Rakyat di kedua-dua negara sebelum ini bebas merentasi sempadan yang dikongsi bersama sejak Lubnan mencapai kemerdekaan pada 1943. - AFP