Bashar berkata, imej negatif mengenai dirinya yang dipaparkan oleh Barat telah diputarbelitkan.
“Rakyat, negara-negara di rantau ini dan Barat menentangnya, namun dia masih berkuasa.
“Sama ada anda menipu kami atau jika anda bercakap tentang Superman, namun Superman tidak wujud, saya hanya seorang Presiden biasa, bermakna saya mampu bertahan selama empat tahun hanya dengan menerima sokongan rak­yat,’’ katanya dalam temu bual dengan badan penyiaran Portugal, RTP.
Kerajaan Assad berdepan pelbagai masalah termasuk perang saudara dan ancaman daripada kumpulan militan Negara Islam (IS) selepas meletus kebangkitan rakyat di Syria pada Mac 2011.
Dipercayai lebih 220,000 orang terbunuh dalam konflik di Syria, namun Assad menafikan jumlah korban berkenaan.
Assad juga menafikan pentadbiran Syria mengalami kegagalan.
“Institusi negara ini masih berfungsi, kami masih membayar gaji (kepada kakitangan kerajaan), walaupun di kawasan yang dikawal pengganas.
“Syria masih belum tumbang,’’ katanya.
Beliau menyokong satu penyelesaian politik kepada konflik di negara ini, namun kebanyakan parti pembangkang menerima sokongan asing termasuk dari negara-negara Teluk. – AFP