Mangsa
Mangsa mengalami cedera parah selepas terkena bedilan mortar di jaraman, Damsyik.
BEIRUT - Seramai tujuh maut manakala 25 cedera dalam serangan dua bom mortar di Damsyik, Syria.

Agensi berita Sana melaporkan, serangan itu menyebabkan pejabat perbandaran dan sebuah bangunan sekolah di Jaramana, pinggir bandar pro-Assad dikawal oleh tentera rejim musnah teruk.

Menurut laporan itu, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut namun yakin serangan itu dilakukan kumpulan Tentera Pembebasan Syria (FSA) berikutan peningkatan terhadap usaha menggulingkan Presiden Bashar al-Assad semakin memuncak.

Jurucakap Pemerhati hak Asasi Manusia Syria berkata, tentera FSA telah menawan di sekitar pinggir bandar selatan dan timur Damsyik.

“Pejuang pembangkang meningkatkan serangan mortar di tengah ibu kota. Mereka cuba untuk mewujudkan laluan ke Damsyik dari Jaramana,” katanya.

Menurutnya, mangsa kebayakan adalah penduduk Jaramana terdiri daripada wanita dan kanak-kanak dengan enam individu berada dalam keadaan kritikal.

“Kami menganggap mereka mendapat syahid dan kami mengutuk serangan berkenaan kerana mangsa terdiri daripada kanak-kanak berusia seawal enam tahun,” katanya dipetik daripada laporan Reuters.