Saturday 6 September 2014

18 ahli jihad terbunuh dalam serangan udara Syria

AMMAN: Kira-kira 18 warga asing yang menyertai pergerakan jihad Negara Islam (IS), termasuk seorang rakyat Amerika terbunuh dalam serangan udara Syria di sebuah bandar berhampiran kubu kuat militan terbabit di Raqqa di timur Syria.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria, yang memantau keganasan yang berlaku di semua pihak dalam konflik tiga tahun itu, berkata sumber yang layak dipercayai melaporkan bahawa pemimpin tertinggi IS yang berada di bangunan perbandaran Ghabiya adalah antara anggota asing yang terbunuh.
Bangunan itu digunakan sebagai ibu pejabat pergerakan terbabit, menurut badan pemantau berkenaan.
Satu lagi serangan semalam berlaku di bekas ibu pejabat perisikan di bandar Abu Kamal berhampiran sempadan Iraq, yang digunakan oleh IS, juga mengakibatkan sebilangan anggotanya terbunuh. - Reuters