DAMSYIK - SYRIA.  Tentera Syria dan Kumpulan Pembebasan Syria (FSA)  di bandar purba Homs bersetuju melaksanakan gencatan senjata sepanjang Ramadan.

Stesen televisyen Arab al-Mayadeen melaporkan, gencatan senjata akan dilakukan di daerah al-Waer iaitu kawasan kubu kuat FSA sebelum ini.

Bulan lalu, kerajaan Syria mengisytiharkan Homs adalah daripada kawasan pemberontak selepas termeterai perjanjian antara tentera rejim dan FSA.

Memetik laporan Al Ahram, perjanjian itu ‘berjaya’ selepas kerajaan bersetuju membebaskan beberapa aktivis yang dipenjarakan di daerah itu manakala FSA pula mengeluarkan semua sayap kumpulannya di kawasan terbabit.

Kini, keseluruhan Homs berada di bawah kawalan kerajaan kecuali kejiranan al-Waer dan tiga bandar di kawasan utara iaitu al-Dar al-Kabira, Talbiseh dan al-Rastan.