Thursday 17 October 2013

41 pejuang Kurdis terkorban pertempuran dengan pemberontak


BEIRUT 17 Okt. - Sekurang-kurangnya 41 orang pejuang Kurdis terkorban dalam pertempuran dengan anggota jihad dan pemberontak di timur laut Syria, kata kumpulan pemantauan hari ini.
Pejuang Kurdis yang datang dari beberapa perkampungan di wilayah Hasake yang kaya dengan hasil minyak itu terlibat dalam pertempuran dengan kumpulan sekutu al-Qaeda, dan Barisan al-Nusra. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131017/lu_01/41-pejuang-Kurdis-terkorban-pertempuran-dengan-pemberontak#ixzz2hynT11xm
© Utusan Melayu (M) Bhd 

11 tapak serangan senjata kimia di Syria diperiksa


HAGUE 17 Okt. - Pemerhati senjata kimia dunia hari ini berkata, pasukan pemeriksa sudah memeriksa 11 daripada 20 tapak yang dikenal pasti oleh Damsyik dalam usaha menghapuskan senjata yang diharamkan kepada Syria itu.
"Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) kini sudah menjalankan aktiviti pengesahan di 11 kawasan secara keseluruhannya,’" kata Pertubuhan Larangan Senjata Kimia yang berpangkalan di Hague.
OPCW mendedahkan bahawa terdapat 20 tapak untuk dilakukan pemeriksaan di Syria. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131017/lu_02/11-tapak-serangan-senjata-kimia-di-Syria-diperiksa#ixzz2hyn0eKrw
© Utusan Melayu (M) Bhd 

syria

#Syrian_Network_for_Human_Rights
#SNHR 
Syrian network for human rights documented 56 victims, Tuesday 15/10/2013 all across Syria, including 10 children, 4 ladies, 2 media activists, and 17 FSA.

======================================
* Three children from the same family killed in Hama cause of warplane shelling on Latamna town:

Shifaa: http://youtu.be/2giT7ULlmxM
Ataa: http://youtu.be/2giT7ULlmxM
Baraa: http://youtu.be/2giT7ULlmxM
====================================

Damascus and countryside: 25 victims
Dier ez-Zoor: 9 victims
Aleppo: 12 victims
Daraa: 9 victims
Homs: 1 victims
Hama: 3 victims
Qunaitra: 1 victim
Hasaka: 1 victim

syria

#الشبكة_السورية_لحقوق_الإنسان
#سورية
صورة من مخيم دوميز للاجئين السوريين في كوردستان يوم الثلاثاء 15-10-2013

syria

صورة من مخيم آطمة للاجئين السوريين على الحدود السورية التركية يوم الثلاثاء 15-10-2013

Bom musnah trak, 21 penumpang maut


Damsyik: Satu letupan kuat memusnahkan sebuah trak di wilayah Daraa, selatan Syria, menyebabkan 21 orang terbunuh, termasuk empat kanak-kanak.

“Dua puluh satu orang terbunuh di kawasan Nawa di Daraa.

Antara mereka ialah empat kanak-kanak dan enam orang awam.

“Trak yang mereka naiki musnah apabila bom meletup ketika ia melalui Tal al-Jumua,” kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Syria.

Satu batalion tentera yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad berada di kawasan berkenaan dan dikepung oleh kumpulan penentang.

Aktivis mendakwa tentera rejim Bashar memasang bahan letupan itu,” kata kumpulan yang berpusat di Britain itu.

Daraa ialah tempat bermulanya kebangkitan menentang Bashar pada Mac 2011.

Lebih 115,000 orang terbunuh dalam perang saudara selepas itu.

Kumpulan penentang mencapai kemajuan penting di Daraa sejak beberapa bulan lalu.

Kawasan itu terletak di sempadan Jordan dan berhampiran wilayah Damsyik.

Di wilayah Hasake di timur laut Syria, pertempuran sengit meletus antara pejuang Kurdis dengan penentang Bashar yang ada hubungan dengan al-Qaeda menyebabkan 10 orang terbunuh.

Pertempuran meletus di kawasan majoriti Kurdis sejak beberapa bulan lalu selepas kumpulan penentang itu berusaha menyingkirkan pejuang Kurdis dari kawasan yang mereka kuasai.

Penganalisis berpendapat kumpulan penentang yang ada hubungan dengan al-Qaeda berhasrat memusnahkan persaingan kumpulan bersenjata lain yang aktif di kawasan yang tidak dikuasai tentera Bashar.

Ulama benar makan daging anjing


Damsyik: Sekumpulan ulama Syria dilapor mengeluarkan fatwa kontroversi apabila membenarkan penduduk di pinggiran kota Damsyik memakan daging anjing.

Dalam video yang dipetik stesen televisyen Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), ulama berkenaan berkata, penduduk boleh memakan kucing, anjing dan kera untuk menghilangkan rasa lapar.

Fatwa itu dikeluarkan selepas penduduk di daerah Muadhamiya berdepan dengan kelaparan.

Daerah berkenaan dikuasai kumpulan penentang Presiden Bashar al-Assad tetapi kini dikepung oleh tentera yang setia kepada rejim itu.

Sehubungan itu kumpulan hak asasi manusia meminta kerajaan Syria membenarkan bekalan makanan masuk ke daerah itu kerana ramai orang awam yang terperangkap.

Keadaan di daerah berkenaan begitu teruk sehinggakan ada pihak berkata tidak hairan jika ada penduduk yang akan memakan mayat keluarga atau jiran mereka yang meninggal dunia.

Ini bukan kali pertama ulama Syria mengeluarkan fatwa yang dianggap kontroversi.


Tidak lama dulu, ada ulama mengeluarkan fatwa serupa ketika pertempuran sengit meletus di Homs dan Aleppo.


- Agensi

As-Syahid(in syaa Allah) Jawad Shiyashanah,

As-Syahid(in syaa Allah) Jawad Shiyashanah, anak laki-laki Syria berumur tiga tahun ini tak dapat berkumpul dengan teman-teman dan keluarganya di hari iedul Adha .. Karena ia akan nendahului mereka ke surga.. 

"Tiap-tiap anak kecil yang mati sebelum baligh akan
dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat
Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)


Terjemahan Video:
Hasbunallah wa Ni'mal Wakil... inilah hadiah dari Basyar Al-Assad di hari Iedul Adha! Sniper menyerang anak-anak kecil!! inilah yang dikurbankan Basyar Al-Assad, mereka mengurbankan anak-anak!! hasbunallah wa Ni'mal Wakil.."


VIDEO: www.youtube.com/watch?v=AGI0irnwP9A