Thursday 10 December 2015

Imigran Syria syukur diterima Malaysia



Najib (dua dari kiri) bertemu kumpulan pertama rakyat Syria yang tiba di negara ini kelmarin di PWTC, Kuala Lumpur semalam. Turut kelihatan Rosmah (kiri) dan Ahmad Zahid (belakang, kiri).


 KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu dengan kumpulan pertama rakyat Syria yang terdiri daripada lapan orang yang selamat tiba di negara ini kelmarin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam. Pertemuan selama 15 minit semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2015 itu turut disertai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Wakil kumpulan itu, Mohamed Ibrahim, 29, berkata, mereka sangat menghargai keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap nasib rakyat Syria yang terlibat dalam konflik peperangan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3trsn07Lq 
Hakcipta terpelihara 

Rusia guna kapal selam gempur kubu IS di Syria


MOSCOW 9 Dis. – Tentera Rusia buat kali pertama melancarkan serangan peluru berpandu dari sebuah kapal selam yang ditempatkan di Laut Mediterranean, ke arah kedudukan militan Negara Islam (IS) di Syria, semalam.
Menteri Pertahanan, Sergie Shoigu dalam kenyataannya berkata, kapal selam Rostov-on-Don melancarkan peluru berpandu Calibre terhadap dua kubu kuat militan IS di Raqqa. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rusia-guna-kapal-selam-gempur-kubu-is-di-syria-1.167157#sthash.gX4trCLl.dpuf

12,000 pelarian 
Syria terkandas


Kanak-kanak pelarian Syria yang telah didaftarkan oleh ibu bapa mereka menunggu di pusat pemprosesan Kanada untuk pelarian Syria di Kedutaan Kanada di Jordan, kelmarin. Reuters
ATHENS 9 Dis. - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan ki­ra-kira 12,000 pelarian Syria kini terkandas di sempadan Jordan.
Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), semalam me­rayu pihak berkuasa Jordan membenarkan mereka memasuki negara itu berikutan keadaan yang semakin buruk di sana.
Badan dunia itu berkata, seba­nyak 11,000 pelarian kini terkandas di Rukban, kira-kira lapan kilometer dari titik pertemuan sempadan Sy­ria, Iraq dan Jordan, manakala 1,000 pelarian lagi terkandas di Hadalat.
“Kawasan-kawasan berkenaan ada­lah gurun, tidak mempunyai tempat berteduh, air atau tumbuh-tumbuhan.
“UNHCR merayu kerajaan Jordan memberikan keutamaan kepada golongan paling lemah termasuk warga emas, bayi di bawah umur enam bulan dan wanita mengan­dung untuk memasuki negara itu,’’ kata PBB dalam satu kenyataan.
UNHCR berkata, keadaan kesihatan pelarian terbabit semakin teruk dengan peningkatan tanda-tanda penyakit termasuk cirit-birit, muntah, dan kekurangan zat dalam kalangan kanak-kanak.
“JIka pelarian tidak dibenarkan memasuki Jordan, bantuan asas perlu disediakan ekoran ketibaan musim sejuk,’’ jelas UNHCR.
Sementara itu di Greece, sekurang-kurangnya 11 pelarian dan pendatang asing termasuk lima kanak-kanak maut, manakala 10 orang lagi hilang apabila bot yang mereka naiki tenggelam di Pulau Farmakonisi di Greece, malam tadi.
Polis maritim Greece berkata, sebanyak 26 orang berjaya diselamatkan dan operasi mencari kini dilakukan di tenggara Laut Aegean untuk mencari mangsa yang terselamat.
“Helikopter tentera Greece dan sebuah kapal agensi kawalan sempadan Kesatuan Eropah (EU), Frontex turut dikerahkan membantu pencarian,’’ kata polis.
Semalam, sekurang-kurangnya enam kanak-kanak terbunuh apabila bot yang membawa pendatang asing dari Afghanistan karam di perairan Turki dalam pelayaran ke Greece.
Agensi berita Anatolia melapor­kan, pengawal pantai Turki me­nemukan mayat-mayat kanak-kanak dan seorang bayi ketika operasi masih dijalankan bagi mencari dua lagi pendatang asing yang masih hilang.
“Bot yang dinaiki mereka karam selepas angin kencang dan ombak kuat berdekatan bandar Cesme, wilayah Izmir,’’ jelas Anatolia. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/12-000-pelarian-8232-syria-terkandas-1.167317#sthash.kop1iSyo.dpuf