Friday 2 May 2014

20 terbunuh serangan udara Syria


DAMSYIK 1 Mei - Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh, termasuk 17 orang kanak-kanak semalam dalam beberapa serangan udara terbaharu di Aleppo, Syria.
Serangan udara itu terjadi sehari selepas sekurang-kurangnya 100 orang, termasuk 80 penduduk maut dalam dua serangan bom kereta di Homs yang didakwa dilakukan oleh Barisan al-Nusra.
Wartawan tempatan, Mohammed al-Khatieb melaporkan, kanak-kanak terbabit sedang menyertai pameran lukisan di sebuah sekolah di penempatan Ansari ketika diserang tentera udara.
Rakaman video amatur oleh pihak aktivis turut menunjukkan barisan mayat kanak-kanak yang terbujur di atas tanah akibat serangan yang berlaku kira-kira beberapa minggu sebelum pilihan raya Presiden Syria. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140502/lu_07/20-terbunuh-serangan-udara-Syria#ixzz30VUPHzGj
© Utusan Melayu (M) Bhd