Thursday 11 July 2013

TERKINI

Dilaporkan pihak rejim Basyar berterusan menggunakan bom kimia dalam menghadapi mujahidin dan rakyat awam Syria terutamanya di Homs.

Mereka mengebom beberapa buah bandar di wilayah ini antaranya di Hayyu al-Khalidiyyah dan beberapa buah bandar lagi. 

Dan dunia terus membisu.

#freesyria #pray4syria
 —

Statistik pelarian Syria dan angka ini semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Statistik pelarian Syria dan angka ini semakin bertambah dari sehari ke sehari. 

Sumber : UNHCR

The child of Syria, Jameel Mohammad Haj Talib - ‪#‎Syria‬

The child of Syria, Jameel Mohammad Haj Talib - ‪#‎Syria‬ 

O Allah, please forgive us for letting the child of Syria suffer. 


Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : GABUNGAN SALAM SYRIA
IN MALAYSIA : MAYBANK: 5622-1820-7666
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: malaysia4syria@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057
Paypal: msia4syria@gmail.com

InsyaAllah (If God will) the next mission will be in Ramadhan (Last July)

Mereka takkan biarkan walau secebis roti jatuh ke tanah.

Mereka takkan biarkan walau secebis roti jatuh ke tanah. 

Dan ahli Suriah ini begitu memuliakan makanan mereka. 

Semoga Ramadhan ini membawa keinsafan buat kita semua. Makanlah sekadarnya.

Bayangkan sahaja, yang didukung itu anak kita.

Bayangkan sahaja, yang didukung itu anak kita. 

Hasbunallah wa ni'mal wakiil. 

Video: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=V241MEpZVxM 

‪#‎prayforsyria‬

Gencatan senjata sempena Ramadan


Gencatan senjata sempena Ramadan
Sebuah keluarga Syria menjalani ibadah puasa di kem pelarian susulan tercetusnya konflik berdarah.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon merayu kepada pasukan ketenteraan Syria dan pemberontak meletakkan senjata selama sebulan bagi menghormati bulan Ramadan, semalam..

"Demi rakyat Syria, saya ingin meminta kepada semua pihak untuk menghormati kewajipan agama ini untuk sekurang-kurangnya satu bulan.

"Setiap unit ketenteraan dan askar pembebasan Syria, tolong letakkan senjata anda, hentikan pertempuran selain menyambut keamanan yang dibawa oleh bulan ini," katanya dipetik Al-Jazeera.

Pergolakan berdarah membabitkan pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak tercetus apabila kerajaan Assad digulingkan.

Ki-moon turut menggesa pembebasan tahanan yang dilakukan tentera kerajaan dan gerakan pembangkang.  -

Rusia serah bukti serangan kimia di Syria


Rusia serah bukti serangan kimia di Syria
Bukti menunjukkan FSA menggunakan senjata kimia di Khan al-Assal, Mac lalu diserahkan Rusia kepada PBB. Foto: AP
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Rusia menyerahkan bukti kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menggunakan gas sarin, Mac lalu.

Dipetik AFP, duta Rusia ke PBB, Vitaly Churkin berkata, bukti diperoleh dari lokasi serangan di Khan al-Assal, Aleppo.

"Analisis menunjukkan FSA melancarkan peluru berpandu Bashair 3 mengandungi gas sarin di kawasan terbabit, 19 Mac lalu dan mengorbankan 26 orang termasuk 16 askar," katanya.

Churkin mendakwa, Rusia mempunyai maklumat peluru berpandu itu dihasilkan kumpulan Bashair al-Nasr yang bergabung dengan FSA.

Sementara itu, jurucakap PBB, Martin Nesirky memaklumkan, laporan itu itu akan dikaji kerana bukti diberikan negara Barat tidak boleh dianggap sebagai bukti muktamad.

Mesir kuatkuasa peraturan visa kepada rakyat Syria

BEIRUT 10 Julai - Rakyat Syria yang berkunjung ke Mesir perlu memohon visa ekoran konflik politik yang berterusan di negara berkenaan, umum wakil kerajaan sementara di Kaherah semalam.
Sumber konsulat Mesir di Beirut melaporkan, mana-mana rakyat Syria yang mahu berkunjung ke negara berkenaan perlu memohon visa di Kedutaan Mesir.
"Keputusan sama ada visa diluluskan atau tidak akan diberitahu dalam tempoh 10 hingga 15 hari selepas permohonan dibuat," jelas sumber tersebut.
Bagaimanapun, perubahan terbabit tidak dapat dipastikan akan dikuatkuasakan buat sementara atau kekal.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyebut, hampir 90,000 pelarian Syria yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi untuk Pelarian di Mesir.
Namun jumlah pelarian Syria di Mesir dipercayai lebih tinggi disebabkan rakyat negara tersebut tidak perlu memohon visa sebelum ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130710/lu_10/Mesir-kuatkuasa-peraturan-visa-kepada-rakyat-Syria#ixzz2Ymotse9R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Inilah wajah-wajah kesayangan kita yang telah meninggalkan kita.


Inilah wajah-wajah kesayangan kita yang telah meninggalkan kita. Dunia ini kejam bagi mereka, Syurgalah tempat terbaik buat mereka. Angka-angka anak kecil yang terbunuh meningkat hari demi hari di Syria. Semoga kita semua bersua semula di jannah (InsyaAllah).