Friday 12 August 2016

20 orang awam maut dalam serangan udara di Raqqa

KHAMIS, 11 OGOS 2016 @ 10:02 PM

BEIRUT: Aktivis Syria berkata, serangan udara menyasarkan ibu kota de facto IS di Raqqa hari ini mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang awam dalam pusingan baharu pengeboman ketika Turki menggesa Russia menyertai operasi bersama menentang militan itu.

Tawaran oleh Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, itu susulan pertemuan antara pemimpin Russia dan Turki yang bersetuju memulihkan hubungan keduanya.

 Cavusoglu juga mengumumkan, negaranya akan meneruskan serangan udara ke atas sasaran IS di Syria, beberapa bulan selepas ia digantung di tengah pertikaian besar-besaran dengan Moscow.

Dalam satu temuramah dengan stesen televisyen persendirian Turki, NTV, beliau berkata, Ankara "akan sekali lagi, secara aktif bersama jet pejuangnya mengambil bahagian dalam operasi menyerang sasaran IS.

" Turki menggantung seketika penyertaan terhadnya dalam kempen serangan udara oleh pakatan diketuai Amerika Syarikat, susulan hubungan tegang dengan Moscow selepas jet pejuangnya menembak jatuh pesawat perang Russia di sempadan Syria, November lalu. - AP  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/182210