Tuesday 13 October 2015

AS hantar senjata kepada pejuang anti-IS di Syria

SELASA, 13 OKTOBER 2015 @ 9:12 AM

BEIRUT: Tentera regim Syria dibantu serangan udara Russia terbabit dalam pertempuran hebat dengan kumpulan penentang pada Isnin. Pada masa sama, tentera pakatan diterajui Amerika Syarikat (AS) menggugurkan peluru dan persenjataan kepada kumpulan pejuang di utara negara itu yang dikatakan berjuang menentang militan Negara Islam (IS). Seorang pegawai berkata, bantuan yang disalurkan tentera AS semalam termasuk 50 tan peluru. Dalam konflik yang kompleks membabitkan beberapa negara asing, Moscow pada hujung bulan lalu memulakan serangan udara bagi menyokong regim Presiden Bashar al-Assad menentang musuhnya yang digelar Moscow sebagai 'pengganas'. Washington dan Eropah menuduh Moscow menyasarkan kumpulan 'sederhana' yang menentang regim Bashar, bukannya IS. Bagi AS, menamatkan regim pimpinan Bashar adalah kunci ke arah menamatkan perang saudara yang sudah berlarutan selama empat tahun di Syria. Pada Isnin, para menteri luar Kesatuan Eropah (EU) mendesak Russia menamatkan serangan terhadap pejuang bukan IS manakala wakil keamanan PBB ke Syria akan ke Moscow untuk merumus mandat politik bagi menamatkan konflik di negara itu. Moscow berkata, tentera udaranya menyerang 53 sasaran di Syria dalam tempoh 24 jam lalu di empat wilayah - Hama, Homs, Lakatia dan Idlin yang didakwanya berjaya memutuskan rantaian bekalan IS. Dalam pada itu, AS berkata tentera bersekutu menggugurkan senjata kepada Kesatuan Arab Syria (SAC) yang berjuang menentang militan IS di kubu kuat mereka di Raqqa sejak beberapa bulan lalu. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/88592

Kedutaan Russia di Damsyik dibedil 2 roket

Menurut jurugambar AFP yang berada di lokasi kejadian, kira-kira 300 orang mula berkumpul dalam demonstrasi itu untuk mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Russia kerana campur tangan mengenai perang di Syria, ketika roket berkenaan merempuh kedutaan di kawasan kejiranan bandar Mazraa.
Kejadian itu mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk tempatan, namun maklumat mengenai mangsa yang terkorban atau cedera masih belum diketahui. - AFP
ORANG ramai membawa bendera Russia dan Syria berkumpul di hadapan kedutaan Russia di Damsyik tanda sokongan terhadap serangan udara Moscow di Syria. - Foto AFP

Pesawat Russia terus serangan, tentera Syria mara

RAKAMAN video yang disediakan di laman web rasmi Kementerian Russia menunjukkan pandangan udara letupan bom dijalankan oleh pesawat perang Rusia di wilayah Syria. - Foto EPA

BEIRUT: Tentera darat Syria dan pasukan sekutu yang disokong pesawat Russia meningkatkan kemaraan dan serangan terhadap kumpulan pemberontak dalam pertempuran sengit hampir seminggu.
Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia menyatakan pesawat Russia melakukan 30 serangan udara di bandar Kafr Nabuda di negeri Hama di barat Syria manakala ratusan bedilan meriam dilepaskan tentera darat Syria dan pejuang Hezbollah.
Sejak beberapa hari lalu, tentera yang setia dengan Presiden Bashar al-Assad menawan semula wilayah yang hampir dengan pusat pemerintahan di barat Syria susulan campur tangan Russia, daripada puak pemberontak.
Moscow menyatakan kempen serangan udaranya itu menyasarkan IS tetapi kebanyakan mengenai kumpulan pemberontak yang menentang Assad, sebahagiannya disokong AS. - Reuters

Rusia Sasar IS, Bom 53 Lokasi Di Syria


Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 10:43 AM

MOSCOW: Kempen pengeboman tentera udara Rusia terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) diteruskan dengan menyasarkan 53 lokasi di Syria dalam tempoh 24 jam.
Moscow menerusi kenyataan Kementerian Pertahanannya mengesahkan jet pejuang Rusia melancarkan serangan udara di wilayah Hamas, Homs, Latakia dan Idlib serta memusnahkan sebilangan pos kawalan, kubu pertahanan, kem latihan dan depot simpanan senjata pengganas.
Menurut negara itu, siri serangan udara itu telah menjejaskan rangkaian bekalan kepada pejuang IS.
“Sejak beberapa hari lalu, pengganas terdesak untuk menyeludup masuk senjata, peluru, bahan api dan peralatan ketenteraan lain dari wilayah Raqa ke barisan hadapan untuk digunakan dalam pertempuran dengan tentera Syria.
“Serangan udara oleh Rusia telah memusnahkan sebahagian besar senjata, peluru dan bahan api IS,” kata kementerian itu. -- AFP