Wednesday 10 December 2014

‘Keluarga dah tahu bulan lalu’

Oleh Muhamaad Razis Ismail
RUMAH keluarga Ahmad Affendi yang terkorban di Syria.
razis@hmetro.com.my

Tumpat: "Gelap...saya rasa gelap, macam nak pitam," kata adik kepada Ahmad Affendi Abdul Manaf, 27, sebaik dimaklumkan mengenai kisah abangnya yang menjadi pengebom berani mati di Syria yang tersiar dalam akhbar semalam.
Sebaik dimaklumkan wartawan, lelaki berusia lingkungan 20-an yang enggan dikenali itu hampir rebah kerana terkejut apabila dimaklumkan akhbar menyiarkan gambar abangnya yang meninggal dunia awal bulan lalu.
Bagaimanapun, dia kembali tenang selepas dipujuk wartawan.
"Saya terkejut apabila anda memberitahu gambar abang tersiar dalam akhbar, walaupun kami sekeluarga sudah mengetahui apa yang berlaku kepadanya sejak bulan lalu," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Akhbar semalam melaporkan seorang lagi rakyat Malaysia terbunuh di Syria selepas dipercayai menjadi pengebom berani mati dengan merempuh kem tentera sehingga membunuh 50 yang lain kebanyakannya tentera kerajaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Disember 2014 @ 5:15 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/15026#sthash.yMUAUm1N.dpuf