Monday 21 April 2014

Syria: Lagi serangan gas klorin

BEIRUT 20 April - Kumpulan aktivis mendakwa tentera Syria melancarkan satu lagi serangan gas klorin di sebuah perkampungan berdekatan bandar Hama.
Rangkaian berita, Al-Jazeera melaporkan, satu rakaman video aktivis yang dimuat naik dalam Internet, kelmarin menunjukkan berpuluh-puluh penduduk kampung Kafr Zeta mengalami masalah pernafasan disebabkan bahan beracun itu.
Satu lagi rakaman video atas talian turut menunjukkan sebutir bom dipercayai mengandungi gas klorin, namun Al-Jazeera tidak dapat mengesahkan imej berkenaan.
Sementara itu, pihak penentang serta kerajaan saling berbalah berhubung kejadian itu, yang merupakan serangan gas beracun ketiga pada minggu lalu.
Gas klorin pernah digunakan secara besar-besaran dalam Perang Dunia Pertama yang mampu membunuh jumlah yang besar penduduk.
Tentera Presiden Bashar al-Assad berulang-kali dituduh menggunakan senjata kimia dalam perang saudara di Syria.
Serangan kimia terburuk berlaku di timur Ghouta pada tahun lalu yang menyebabkan ratusan penduduk terkorban akibat penggunaan gas sarin.
Kejadian itu mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan Syria sehingga memaksa mereka bersetuju menyerahkan bahan senjata kimia yang dimiliki untuk dilupuskan.
Namun, memandangkan gas klorin digunakan dalam industri, bahan itu tidak termasuk dalam senarai senjata kimia yang perlu dihapuskan oleh kerajaan.
Semalam, ketua pasukan anta­rabangsa yang memantau proses penghapusan senjata kimia di Syria melaporkan, Syria telah menghantar atau melupuskan kira-kira 80 peratus senjata kimia.
Penyelaras khas misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), Sigrid Kaag berkata, semua senjata kimia Syria akan selesai dibawa keluar untuk dilupuskan pada 27 April ini sekiranya semua proses berjalan lancar.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140421/lu_05/Syria-Lagi-serangan-gas-klorin#ixzz2zTfKWNVw
© Utusan Melayu (M) Bhd 