Friday 8 April 2016

250 penduduk 'hilang' serangan IS di timur Damsyik


KHAMIS, 7 APRIL 2016 @ 3:54 PM
 TENTERA Syria meronda di bandar al-Qaryatain daripada ancaman Kumpulan IS. - Foto fail AFP


DAMSYIK: Kira-kira 250 orang awam Syria dikhuatiri diculik selepas satu serangan yang dilancarkan militan Kumpulan Negara Islam (IS) ke atas kilang simen di timur Damsyik. "Kami tidak lagi berhubung dengan ahli keluarga kami sejak tengah hari Isnin (kelmarin) selepas serangan anggota IS ke atas kilang," kata seorang penduduk di Pekan Dmeir, 50 kilometer di timur Damsyik. Pengurusan kilang berkenaan berkata, seramai 250 kakitangan tidak boleh dihubungi sejak Isnin lalu. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/141489

Serangan Bom Gas Beracun, 23 Terbunuh


Diterbitkan: Jumaat, 8 April 2016 10:02 AM


ALEPPO: Seramai 23 penduduk terbunuh manakala 100 lagi cedera selepas diserang menggunakan bom gas kimia.
Seorang wartawan tempatan berkata, serangan itu dilakukan pada pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari waktu tempatan.
"Gas yang digunakan dalam serangan ini menyebabkan mangsa terasa kelesuan dan sukar bernafas.
"Ini menunjukkan bahan-bahan beracun telah digunakan dalam serangan tersebut," katanya yang tidak mengetahui pihak yang menyerang.
Video yang dirakam penduduk memperlihatkan kepulan asap kuning selepas bom kimia berkenaan diletupkan.
Jumlah kematian dijangka meningkat berikutan kesan terhadap gas beracun berkenaan.

Tentera AS Mengaku Serang Syria


Diterbitkan: Khamis, 7 April 2016 9:35 AM

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengaku telah melakukan serangan terhadap Al-Qaeda di Syria dan berjaya membunuh jurucakap kumpulan militan itu.
"Saya mengesahkan bahawa AS telah menyerang sebuah kenderaan dan membunuh beberapa anggota militan.
"Hasil serangan ini masih dinilai," kata jurucakap Pentagon, Matthew Allen.
Laporan Washington Post mendedahkan, serangan itu dilakukan pada Selasa lalu.
Pada Isnin, Pentagon berkata, tentera AS telah melakukan serangan udara terhadap kumpulan Al-Nusra yang sedang mengadakan pertemuan di Syria.
Berikutan sewrangan itu, jurucakap kumpulan berkenaan Abu Firas al- Suri disahkan terkorban.