Wednesday 11 January 2017

Dua militan Daesh di Syria dibunuh


 RABU, 11 JANUARI 2017 @ 10:03 AM Dua militan Daesh di Syria dibunuh WASHINGTON: Dua anggota militan Daesh yang beroperasi di Syria dan Iraq berjaya dibunuh pasukan komando diketuai Amerika Syarikat (AS) dalam satu serbuan hujung minggu lalu, kata pegawai pertahanan AS yang mengesahkan perkara itu, hari ini. Operasi dilakukan di wilayah timur Deir Ezzor, Syria pada Ahad lalu, menarik perhatian antarabangsa selepas Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) melaporkan seramai 25 pelampau dibunuh. Pegawai pertahanan AS yang dihubungi, berkata dua anggota militan Daesh yang terbunuh itu termasuk Abu Anas al-Iraqi, iaitu 'pegawai kanan' kumpulan terbabit. Rangkaian televisyen AS, ABC News memetik seorang pegawai pasukan antipengganas yang mengesahkan bahawa Abu Anas al-Iraqi adalah pemimpin tertinggi Daesh. Sementara itu, seorang pegawai yang enggan dikenali memberitahu, dua lelaki itu dibunuh ketika berada di dalam sebuah kenderaan di lebuh raya yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar Deir Ezzor. - AFP.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/233033

Monday 9 January 2017

Assad beri bayangan sedia berundur



ISNIN, 9 JANUARI 2017 @ 9:01 PM Assad beri bayangan sedia berundur PRESIDEN Syria, Bashar al-Assad. BEIRUT: Presiden Syria, Bashar al-Assad berkata, kerajaannya bersedia berunding 'pelbagai perkara' dalam cadangan rundingan damai di Kazakhstan namun tidak jelas siapa wakil pembangkang dan tiada tarikh diputuskan. Assad juga berkata, gencatan senjata dibantu Turki dan Russia, sekutu kuatnya, dicabul dan tenteranya akan menawan keseluruhan Syria termasuk kawasan dikawal pemberontak berhampiran Damsyik di mana bekalan air utama diserang. Kenyataan itu dibuat dalam komen kepada media Perancis diterbitkan agensi berita Syria, SANA. Russia berkata bulan lalu, ia bersetuju dengan Assad, Iran dan Turki bahawa ibu kota Kazakhstan, Astana menjadi tempat rundingan damai baharu selepas pemberontak mengalami kekalahan terbesar perang selepas diusir dari timur Aleppo. Russia dan Turki, penaja utama penentangan anti-Assad, membantu usaha damai sebagai langkah ke hadapan memulihkan diplomasi, walaupun pihak bertelagah saling tuduh menuduh melakukan pencabulan. Assad berkata, delegasi kerajaan sentiasa bersedia berunding di Astana "apabila tarikh persidangan ditetapkan." "Kami bersedia berunding mengenai segala-galanya," katanya. Ditanya jika ia termasuk kedudukannya sebagai presiden, Assad berkata "ya namun kedudukan saya dikaitkan dengan perlembagaan." "Jika mereka mahu membincangkan perkara ini, mereka perlu membincangkan perlembagaan," katanya memberi petunjuk mana-mana perlembagaan baharu perlu melalui pungutan suara dan terpulang kepada rakyat Syria memilih presiden. - Reuters

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/232332

Tuesday 3 January 2017

PBB terima pakai resolusi sokong gencatan senjata Syria

PBB terima pakai resolusi sokong gencatan senjata Syria
2 JANUARI 2017

PBB terima pakai resolusi sokong gencatan senjata Syria

PBB terima pakai resolusi sokong gencatan senjata Syria Anggota UNSC sepakat menyokong gencatan senjata yang telah berkuatkuasa di Syria sejak malam Khamis lalu.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Majlis Keselamatan PBB (UNSC) sebulat suara menyokong gencatan senjata berkuatkuasa di Syria, malam Khamis lalu dan pelan rundingan damai yang akan berlangsung di ibu negara Kazakhstan bulan ini.

Resolusi itu diluluskan, kelmarin yang turut menggesa penghantaran bantuan kemanusiaan yang cepat, selamat dan tidak berdepan halangan ke seluruh negara.

Minggu lalu, gencatan senjata diusahakan Turki bersama Rusia bertujuan membuka jalan bagi rundingan damai di Astana.

Duta Rusia ke PBB, Vitaly Churkin turut menyambut baik pelaksanaan tersebut dan menggesa negara anggota UNSC tidak merumitkan keadaan di Syria.

"Resolusi menunjukkan keperluan untuk hentikan sengketa dan kepentingan rundingan di Kazakhstan di mana delegasi pembangkang dan kerajaan bertemu untuk pertama kali," katanya.

Sementara itu, dua anggota keselamatan maut dalam serangan bom di bandar Tartus. - Agensi