Friday 28 February 2014

Hasbunallah wa ni'mal wakiil

Jika di negeri kita, hari jum'at adalah moment berkumpulnya Kaum Muslimin di Masjid dalam rangka untuk menegakkan Sholat Jum'at..

Tapi di Suriah, hari jum'at adalah moment pembantaian kaum Muslimin dan penghancuran Masjid.

Berkumpulnya Umat Islam, menjadi sasaran empuk bagi rezim Assad, hingga sekarang Kaum Pria Suriah tak lagi sholat jumat dalam skala besar, mereka tak lagi sholat jum'at di Masjid, melainkan di tempat-tempat tersembunyi..

Hasbunallah wa ni'mal wakiil

Tentera Syria gempur penentang kerajaan, 175 terkorban


DAMSYIK 27 Feb. - Tentera Syria membunuh sebanyak 175 anggota kumpulan penentang yang kebanyakannya mempunyai kaitan dengan rangkaian militan al-Qaeda, dalam satu serang hendap, yang digambarkan sebagai salah satu serangan paling dahsyat yang dilancarkan tentera kerajaan di sini, hari ini.
Seorang jurucakap kumpulan penentang berkata, serangan pada subuh itu merupakan satu usaha kerajaan untuk mengawal keselamatan di ibu negara ini. Serangan itu dilakukan oleh kumpulan Hezbollah dari Lebanon.
Kumpulan Hezbollah memainkan peranan penting membantu tentera Presiden Bashar Assad menghalau kumpulan penentang yang berkubu di pinggir Damsyik.
Agensi Berita Tempatan Syria (SANA) memetik seorang komander yang terlibat dalam serangan itu di Ghouta berkata, kebanyakan anggota penentang terbunuh dalam serangan di tasik Oteibah di tenggara Damsyik yang merupakan kubu kuat Barisan al-Nusra Islam.
Menurut laporan itu, kebanyakan mangsa yang terkorban itu merupakan pejuang dari negara luar yang datang ke Syria melalui Arab Saudi, Chechnya dan Qatar.
Tambahnya, operasi itu memberi tamparan hebat kepada kumpulan penentang.
Agensi tersebut turut menyiarkan beberapa gambar di laman webnya yang menunjukkan berpuluh-puluh mayat lelaki yang mengalami kecederaan di kaki dan terbaring di atas tanah yang lapang.
Sebahagiannya memakai seragam tetapi kebanyakannya berpakaian awam dan didapati membawa beberapa buah beg pakaian dan botol air yang dilihat bertaburan di atas tanah, menunjukkan mereka sedang bergerak ke lokasi baharu ketika diserang. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140228/lu_04/Tentera-Syria-gempur-penentang-kerajaan-175-terkorban#ixzz2uYxPHxse
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday 27 February 2014

2,000 kanak-kanak Syria kebuluran


BEIRUT 26 Feb. - Hampir 2,000 orang kanak-kanak pelarian Syria yang berada di negara ini berhadapan dengan risiko maut akibat kebuluran jika mereka tidak diberikan bantuan yang sewajarnya.
"Pemakanan tidak seimbang merupakan masalah baharu yang berlaku secara senyap dalam kalangan pelarian yang berada di Lebanon,’’ kata wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Beirut, Annamaria Laurini, semalam.
Tambahnya, masalah tersebut berkait rapat dengan tahap kebersihan yang rendah, air minuman yang tidak selamat, penyakit, kekurangan imunisasi dan amalan pemberian makanan yang tidak betul kepada kanak-kanak.
Sekurang-kurangnya satu juta pelarian Syria berada di negara ini, termasuklah 200,000 orang kanak-kanak di bawah umur lima tahun. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140227/lu_10/2000-kanak-kanak-Syria-kebuluran#ixzz2uTJpwGGW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday 25 February 2014

Hospital di Syria dibom, 15 maut


Penduduk Syria membawa kanak-kanak yang cedera selepas satu serangan udara tentera kerajaan di utara bandar Aleppo pada 22 Februari lalu. - AGENSI
ISTANBUL 24 Feb. - Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, manakala 65 yang lain cedera dalam satu letupan bom kereta yang menjadikan sebuah hospital medan di bandar Atma, Syria yang bersempadan dengan Turki sebagai sasaran.
Letupan itu hampir memusnahkan hospital kebajikan itu yang diwujudkan oleh seorang ahli perniagaan yang juga penentang kerajaan Syria di bandar yang kini dikuasai kumpulan penentang.
"Mereka yang terbunuh dan cedera merupakan pesakit dan kakitangan perubatan di Hospital Orient,’’ kata seorang aktivis di kawasan itu yang enggan dikenali.
Bagaimanapun, masih tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.
Pihak yang menguruskan hospital itu, Orient Corporation menuduh kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad merupakan dalang di sebalik serangan berkenaan.
Dalam perkembangan berasingan, penentang kerajaan terkemuka yang dikaitkan dengan pemimpin al-Qaeda, Abu Khaled al-Suri dilaporkan terbunuh dalam satu serangan oleh satu lagi kumpulan penentang kerajaan di utara bandar Aleppo, semalam.
Serangan itu dilakukan oleh pengebom berani mati yang menentang kumpulan al-Qaeda, kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Sementara itu, tentera udara Syria semalam menggugurkan tong minyak yang sarat dengan bahan letupan di kawasan perumahan penduduk yang dikuasai kumpulan penentang berhampiran Damsyik mengakibatkan penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Tentera kerajaan turut mengebom kawasan perumahan di Homs mengakibatkan seorang kanak-kanak maut dan ramai lagi cedera.
Keganasan itu menyusul selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara sebulat suara meluluskan resolusi yang menuntut bantuan kemanusiaan dibenarkan memasuki Syria dan menamatkan keganasan di negara tersebut. - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140225/lu_06/Hospital-di-Syria-dibom-15-maut#ixzz2uHbVi3Fs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday 24 February 2014

Ketua Operasi dari Mujahideen Ahrar Syam, Syeikh Abu Khalid As-Suri rahimahullah gugur syahid dibunuh oleh pengebom berani mati ISIS.

Ketua Operasi dari Mujahideen Ahrar Syam, Syeikh Abu Khalid As-Suri rahimahullah gugur syahid dibunuh oleh pengebom berani mati ISIS.

As-Syahid, 45 tahun di medan jihad, termasuklah di Afghanistan. Selama beliau berjihad di Afghanistan, beliau menjadi buruan Amerika yang menawarkan 5 juta USD untuk nyawa beliau. 

Tidak pernah kenal erti penat, tidak pernah berputus asa, tidak pernah dikalahkan, tetapi tangan yang khianat membunuhnya dengan bom bunuh diri.

Kini as-Syahid Syeikh Abu Khalid As-Suri rahimahullah boleh mendapatkan rehatnya dengan tenang di syurga tertinggi, Biiznillah.

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu [kesyahidan], dan mereka tidak merubah janji mereka. (QS. Al-Ahzab [33]: 23)

Pautan berita dari page-page Syria, Mujahideen dan lain-lain:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=596989360392142&set=a.567066786717733.1073741828.565027413588337&type=1

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10154009590330727&set=a.10150397575815727.619133.420796315726&type=1

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=277423115748445&set=a.116123288545096.21956.100004422758966&type=1&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=277407349083355&set=a.116123288545096.21956.100004422758966&type=1&theater

http://www.arrahmah.com/news/2014/02/24/inna-lillah-syaikh-abu-khalid-as-suri-gugur-oleh-serangan-bom-bunuh-diri-di-aleppo.html

http://www.arrahmah.com/news/2014/02/24/belasungkawa-jabhah-nushrah-atas-gugurnya-syaikh-abu-khalid-as-suri-rahimahullah.html

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=596989360392142&set=pb.565027413588337.-2207520000.1393205880.&type=3&theater

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=269482806547087&set=a.114267388735297.20493.100004561091863&type=1&theater

http://www.youtube.com/watch?v=EklGJC7yOlU&feature=youtu.be

Saudi beli senjata Pakistan untuk penentang Syria


Dubai: Arab Saudi kini dalam rundingan dengan Pakistan untuk menyediakan roket antipesawat dan pembinasa kereta kebal kepada pemberontak Syria bagi membantu usaha menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, kata sumber Arab Saudi semalam.

Menurut sumber, Pakistan menghasilkan peluru berpandu dikenali sebagai Anza selain pembinasa kereta kebal yang kini cuba diperoleh Riyadh bagi membantu pemberontak di Syria.


Menurutnya, ketua turus tentera Pakistan Jeneral Raheel Sharif menemui Putera Mahkota Salman Abdul Aziz awal bulan ini, malah putera terbabit juga ada mengetuai delegasi ke Pakistan. - AFP



Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/24

Sunday 23 February 2014

Abu Talha dilaporkan masih hidup di Syria


Damsyik: Penyanyi rap Jerman yang berjuang di Syria dan dilaporkan terbunuh dalam satu serangan udara baru-baru ini, dipercayai masih hidup.

Klip video terbaru menunjukkan Deso Dogg - kini dikenali sebagai Abu Talha - dimuat naik di laman sesawang Islam Jerman, Tauhid-Jerman.

Imej itu dipaparkan dua bulan selepas dia dilaporkan cedera dalam serangan udara tentera Syria di wilayah pemberontak di utara negara itu.

Abu Talha dijangka muncul dalam sesi wawancara bertajuk: Serangan Bacul, Jawapan Bernas: Satu Wawancara bersama Abu Talha al-Almani.

Abu Talha dilahirkan sebagai Denis Cuspert di Berlin pada 1975.

Pada akhir 2010, dia meninggalkan karier muzik dan memeluk Islam sebelum menjadi pendakwah dengan nama Abu Maleeq.


Pada akhir 2011, dia berkawan rapat dengan Mohamed Mahmoud atau Abu Usama al-Gharib, warga Austria berketurunan Mesir.




Abu Usama ialah pengasas Barisan Media Islam Sedunia (GIMF), platform propaganda jihad.

Pada 2008, mahkamah Austria menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atasnya atas kesalahan berkaitan keganasan.

Sejurus selepas dibebaskan pada September 2011, dia dilaporkan meninggalkan Austria untuk ke Berlin.

Dia dan Abu Talha kemudian muncul di North Rhine-Westphalia pada tahun itu dan menubuhkan persatuan Millatu Ibrahim.

Pada Jun 2012, pihak berkuasa Jerman mengharamkan pertubuhan itu berikutan beberapa pertempuran yang tercetus antara golongan Salafi dan polis di Bonn yang menyebabkan dua anggota polis cedera parah.

Abu Talha dilaporkan meninggalkan Jerman ketika larangan terhadap Millatu Ibrahim dikeluarkan.

Sejak ketiadaannya, media di Jerman menyuarakan kebimbangan jika dia mungkin pulang ke negara itu untuk melancarkan serangan di negara kelahirannya itu atau menyerang kepentingan Jerman di luar negara.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23

Saturday 22 February 2014

BERMAIN SYAHID



Seorang anak kecil syria di soal, apakah cita-citanya bila besar nanti?

Dia menjawab: Aku mahu syahid.

Kenapa kamu mahu syahid?

Dia menjawab: Sebab ayahku telah syahid dan aku juga mahu syahid seperti ayahku. 

via Green Project

syria berdarah

Seorang abang menyelamatkan adiknya yang terperangkap di bawah runtuhan rumah mereka.

BUMI JIHAD SHAM



Laluan ke syurga bagi yang berjuang di jalan Allah...
Memberikan laluan ke Neraka kepada yang mengikuti toghut...

SYRIA

Laporan Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia Life Line for Syria di dalam akhbar berbahasa Cina yg dilaporkan oleh Saudara Abdullah a.k.a Chris Jan yg turut sama mengikuti misi. 

Sekalung ucapan terima kasih kami ucapkan kerana mengangkat isu krisis kemanusiaan di Syria ini menjadi isu sejagat.

SYRIA



Menjual pakaian jahitan sendiri, untuk menyara anak-anaknya yang masih kecil. Sesungguhnya mereka di uji, dan tanganilah dengan jalan sabar. Sebaik-baik ganjaran buatmu wahai Ibu... La Tahzan...

TENGGELAMLAH! LEMASLAH ENGKAU DENGAN BASHAR KESAYANGANMU ITU!

SYRIA



Anda boleh membunuh kehidupan, tetapi anda tidak boleh membunuh kemahuan untuk hidup dan bebas.

SYRIA



Mereka dikebumikan hidup-hidup kesan dari runtuhan pengeboman tentera-tentera rejim.

syria

Lebanon tangkap tokoh penting Briged Abdullah Azzam


BEIRUT 22 Feb. - Pihak berkuasa keselamatan di Lebanon berjaya menangkap seorang ahli kumpulan militan Sunni yang disyaki melatih pengebom berani mati dan memasang bom kereta untuk sebuah kumpulan militan radikal di sini, semalam, kata beberapa sumber keselamatan.
Sumber itu berkata lagi, kumpulan radikal terbabit bertanggungjawab terhadap beberapa serangan ke atas aset yang mempunyai kepentingan dengan negara Iran di Beirut.
Katanya, Hassan Abu Afleh ditahan di Beirut pada hari Sabtu lalu selepas dia disyaki menjadi tokoh penting di dalam Briged Abdullah Azzam.
Briged Abdullah Azzam merupakan kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab melakukan dua serangan berani mati berdekatan pusat kebudayaan Iran yang mengorbankan lapan orang awam. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140222/lu_03/Lebanon-tangkap-tokoh-penting-Briged-Abdullah-Azzam#ixzz2tzqzZ3ka
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday 21 February 2014

Letupan bom kereta di sempadan Syria-Turki

#syrianeedsyou



Sempadan ini merupakan salah satu drpd 2 pintu sempadan yg biasa digunakan oleh tim Malaysia Life Line for Syria dan juga badan kemanusiaan yg lain utk keluar masuk Syria menghantar bantuan. 

Ianya juga merupakan antara jalan yg selamat utk rakyat Syria keluar ke Turki utk mendapatkan perlindungan setelah rumah mereka musnah.

Di sempadan ini juga terdapat khemah-khemah pelarian Syria.

Kami menganggap sesiapa sahaja yg cuba utk 'mengacau' dan menggugat keselamatan di pintu sempadan ini sebagai mereka yg tidak berakal. Kerana sempadan ini merupakan talian hayat kepada rakyat Syria.

Terkini, kerajaan Turki terpaksa menutup sementara pintu sempadan ini dan tidak tahu sehingga bila ia akan ditutup. 

Tiada makanan yg akan masuk, tiada jalan utk rakyat Syria mendapatkan perlindungan. Ya Allah. Tindakan kalian tidak ubah seperti rejim yg zalim!

Laporan berita:
http://www.hurriyetdailynews.com/five-killed-at-blast-in-syrian-refugee-camp-near-turkey-monitor.aspx?pageID=238&nID=62744&NewsCatID=352

Video: : http://youtu.be/S6hawqdYbRA

Hasbunallah wa nikmal wakiil.

syria

#Syrian_Network_for_Human_Rights
#SNHR

A photo of Zaatari camp for Syrian refugees in Jordan .

syria

#Syrian_Network_for_Human_Rights
#SNHR

A photo of Zaatari camp for Syrian refugees in Jordan .

syria

syria berdarah



وثقت الشبكة السورية لحقوق الإنسان ليوم الأربعاء 19-02-2014 ارتفاع عدد الشهداء الأطفال حتى اللحظة إلى (9) أطفال في محافظات سورية مختلفة .

Syrian Network for Human Rights documented up to this moment of Wednesday 19-02-2014 , the kill of (9) children by Government Forces in different Syrian Governorates

syria berdarah



وثقت الشبكة السورية لحقوق الإنسان ليوم الأربعاء 19-02-2014 عدد الشهداء (79) شهيد على يد القوات الحكومية في محافظات سورية مختلفة .

Syrian Network for Human Rights documented on Wednesday 19-02-2014 , the kill of (79) victims by Government Forces in different Syrian Governorates

syria berdarah

قالت #الشبكة_السورية_لحقوق_الإنسان، إن قصف قوات النظام المتواصل بالبراميل المتفجرة على مدينة حلب وريفها، شمال سوريا، أسفر عن مقتل 843 شخصا، من بينهم 6 مقاتلين فقط، خلال توثيقها لآخر 18 يوما من القصف أي نهاية 14 شباط/ فبراير الجاري، مشيرة إلى أن 3 أشهر من قصف محافظة حلب دمرت ربعها.

http://www.aa.com.tr/ar/headline/290119

syria berdarah

#Syrian_Network_for_Human_Rights
#SNHR
Syrian network for human rights documented 79 victims killed by Syrian Government's Forces, Wednesday 19/2/2014 all across Syria, including 9 children, 1 lady , and 11 FSA .
-----------------------
Aleppo: 36 victims
Daraa: 13 victims
Damascus and countryside: 11 victims
Idlib: 6 victims
Hama: 4 victim
Homs: 3 victims
Qunaitra: 1 victim
Hassakah: 1 victim
Dier ez Zoor: 1 victim

Not Syrian: 4 victims

Selamat tinggal Aleppo, semoga perjalanan mereka dilindungi dari serangan rejim.

syria

Damsyik, Suriah

Damsyik, Suriah : 19-Feb-2014

Innalillah... Rejim Bashar sekarang menggunakan roket cluster yg brutal yg berkuatan tinggi utk menangani konflik. Roket tersebut tidak pernah dilihat sebelum ini digunakan dlm konflik di Suriah.

Roket tersebut dikenal pasti telah digunakan pada 12 & 13 Feb lepas yg telah menyebabkan beberapa orang terbunuh dan cedera. Roket bom ini telah pun dilarang oleh 113 negara di seluruh dunia.

Dengan penggunaan roket bom ini menunjukkan rejim Bashar sudah semakin terdesak dan berputus asa... Semoga Allah mempercepatkan kejatuhan rejim Bashar ini bersama-sama dgn sekutu mereka... Allahuakbar!!!

Sumber: Nik Abdul Halim

ATTARIB, SYRIA

ATTARIB, SYRIA ~ 19hb FEBRUARI 2014

Usianya hanya 15 hari. Namun kekejaman rejim tidak mengira itu semua. Bayi ini cedera akibat pengeboman rejim.

syria

syria

KELUARGA SYRIA

SYRIA

Kamu berhak hidup bahagia

Keluarga dari Yabrud ini tersenyum gembira selepas mereka menyeberang ke Arsal. Satu kelegaan bagi mereka selepas adegan menakutkan ditinggalkan sebagai kenangan hitam dan berdoa kepada Tuhan untuk tidak melihatnya lagi.

SENYUMAN WIRA-WIRA DARI GHOUTAH TIMUR YANG DIKEPUNG



Bagaimana mungkin kita akan tewas apabila kita mempunyai senyuman mereka dan semangat mereka! 

Bashar berjaya mengepung bekalan makanan mereka tetapi Bashar tidak berjaya mengepung senyuman manis mereka

STAIRWAY TO HEAVEN



Aleppo - Bab Al Nerab
27-7-2013

Photo: Hamid Khatib
Creative: Samer Alkhoury
 

Thursday 20 February 2014

She cries and says “We are hungry.”

#SYRIA

16.02.2014

She cries and says “We are hungry.”

Her tears fell while she was in her wheel chair and repeated the word “Hungry” to remain a mark of shame to humanity that accepted imposing siege on helpless and innocent people.

Damascus Besieged Countryside,Syria: An Old Lady's Suffering due to the Siege in South Damascus

http://youtu.be/En-U43aYadU

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK: 5645-5733-8496
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: donation.mllfs@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

#SyriaNeedsYou

sources : https://www.facebook.com/LanguegesOfTheWorlds?ref=ts&fref=ts

NO ONE CAN BREAK THE SYRIANS SPIRIT!!

#SYRIA

NO ONE CAN BREAK THE SYRIANS SPIRIT!!

#SyriaNeedsYou

Hulurkan tangan anda, ringankan beban mereka. Salurkan sumbangan anda ke / Help in abundance, maximize your contributions :

NAME : SALAM SURIAH RESOURCES
MAYBANK: 5645-5733-8496
SWIFT CODE : MBBEMYKL
EMAIL: donation.mllfs@gmail.com
Tel no: 03 -4141 6732 / +6013-222 6057

Tentera, FSA setuju gencatan senjata

Tentera, FSA setuju gencatan senjata
Wakil FSA berjabat tangan dengan tentera kerajaan ketika rundingan di Babbila, tenggara Damsyik, kelmarin. Foto: Reuters 
19 Februari 2014 BABBILA - SYIRIA. Kerajaan Syria dan Tentera Pembebasan Syria (FSA), kelmarin bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata di beberapa lokasi utama di sekitar Damsyik selepas rundingan damai pada minggu lalu gagal memeterai sebarang perjanjian.

Pelaksanaan gencatan senjata tersebut dibuat selepas pertempuran berlangsung di sekitar ibu negara selama 18 bulan.

Memetik laporan AFP, kedua-dua belah pihak terbabit juga bersetuju untuk membenarkan bekalan makanan dibawa masuk ke kawasan yang ditawan oleh FSA.

Difahamkan, puluhan ribu orang awam di kawasan diduduki FSA terpaksa hidup menderita akibat konflik yang berlarutan di negara itu.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, kira-kira 100 penduduk dilaporkan maut akibat kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan di Moadamiyet al-Sham dan Yarmouk. - AFP

Syria guna bom berangkai baru

Beirut: Tentera rejim Syria didakwa menggunakan bom berangkai baru yang belum pernah digunakan dalam konflik negara itu.
Kumpulan hak asasi manusia Human Rights Watch (HRW) dalam laporannya semalam berkata gambar yang dirakam selepas serangan terbaru di pusat bandar Hama menunjukkan tentera yang setia kepada Presiden Syria Bashar al-Assad menggunakan bom berangkai jenis 300 mm 9M55K buatan Russia. 
Senjata berkenaan dikenal pasti mula digunakan pada 12 dan 13 Februari dalam serangan yang membunuh dua orang awam dan mencederakan sekurang-kurangnya 10 yang lain.

Kumpulan berkenaan memberi amaran, bom berangkai yang digunakan kali ini tiga kali lebih besar berbanding yang sebelumnya dan akan meningkatkan kadar korban orang awam di negara itu.
Foto
SEORANG kanak-kanak Syria duduk bersebelahan dengan mayat seorang remaja yang sudah berkafan di Aleppo, utara Syria, semalam.

“Tindakan tentera rejim Bashar al-Assad masih menggunakan senjata larangan ke atas rakyatnya sangat mengejutkan,” kata pengarah bahagian senjata HRW, Steve Goose.

“Bom berangkai itu membunuh rakyat Syria dan mengancam generasi Syria akan datang,” katanya.

Penggunaan bom berangkai diharamkan oleh 113 buah negara.

Menurut sumber, penggunaan senjata berkenaan menjadi kontroversi kerana ia tidak mengira mangsa dan letupannya boleh menjangkau jarak yang luas dan terus mengancam nyawa walaupun selepas lama digugurkan.

Di samping itu, lebih 140,000 orang terkorban di Syria sejak konflik tercetus pada Mac 2011. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/20

Budak 4 tahun tidak sesat

Budak 4 tahun  tidak sesatMarwan (gambar kecil) dipercayai terpisah seketika daripada keluarganya ketika dalam perjalanan ke kem pelarian. Damsyik: Ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Jordan, Andrew Harper menyifatkan kejadian merentasi sempadan berlaku hampir setiap hari membabitkan penduduk Syria yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka kerana konflik sehingga ada kanak-kanak kecil kadang kala terpisah sementara daripada keluarga mereka.

Kelmarin beliau merakamkan gambar seorang kanak-kanak lelaki, Marwan, 4, yang berjalan seorang diri di tengah padang pasir antara sempadan Syria dan Jordan ketika ditemui sekumpulan kakitangan UNHCR.

Gambar terbabit dikirimkan ke Twitter dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial itu sehingga ia disebarkan secara meluas di internet.


Tetapi gambar sisipan lain yang dikirimkan Harper di Twitter menunjukkan bahawa Marwan sebenarnya tidak jauh daripada keluarganya dan juga berada di belakang sekumpulan pelarian lain ketika kanak-kanak yang kelihatan berjalan berseorangan itu didekati sekumpulan petugas bantuan agensi pelarian itu.

“Dia terpisah seketika tetapi tidak bersendirian,” kata Harper mengenai gambar yang mencetuskan ‘kekecohan dan kekeliruan’ mengenai pelarian yang melintasi sempadan antara Syria dan Jordan itu.

“Marwan didekati dan disatukan semula dengan ibunya kira-kira 10 minit selepas gambar terbabit diambil,” kata Harper yang mendedahkan bahawa setiap hari berlaku kejadian kanak-kanak yang sesat atau terpisah dari keluarga mereka ketika dalam perjalanan ke kem pelarian.

Syria guna bom kluster baharu


BEIRUT 19 Feb. - Human Rights Watch (HRW) hari ini mendakwa, kerajaan Syria melancarkan serangan menggunakan bom roket berangkai baharu yang sebelum ini tidak pernah digunakan dalam konflik berdarah itu.
Badan hak asasi itu menyatakan, gambar yang diambil dalam serangan terbaharu di bandar Hama mencadangkan kerajaan melancarkan roket 300mm 9M55k buatan Rusia dan mampu membawa berpuluh-puluh bom.
Menurut HRW, roket tesebut dikenal pasti digunakan dalam serangan pada 12 dan 13 Februari lalu yang menyaksikan dua orang maut dan sekurang-kurangnya 10 orang cedera.
Badan hak asasi tersebut memberi amaran, roket itu tiga kali ganda besar berbanding bom berangkai lain yang digunakan oleh tentera Syria dan boleh membunuh lebih ramai mangsa. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140220/lu_09/Syria-guna-bom-kluster-baharu#ixzz2toAwoI7J
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Gadis direjam sampai mati kerana Facebook


Gadis Syria bernama Fatoum al-Jassem direjam sampai mati hanya kerana membuka akaun Facebook. - GAMBAR HIASAN
DAMSYIK 19 Feb. - Seorang gadis Syria dijatuhi hukuman rejam sehingga mati kerana membuka akaun laman web sosial, Facebook, menurut satu laporan hari ini.
Mahkamah Syariah di bandar al-Raqqa, di sini menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Fatoum al-Jassem, selepas didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral kerana memiliki akaun laman web itu.
Dia dibawa ke mahkamah oleh militan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap ketika sedang melayari laman web itu.
Laman web berita, examiner.com menjelaskan, mahkamah tersebut yang berada di bawah penguasaan ISIS turut menjatuhkan hukuman sama terhadap kesalahan zina.
ISIS merupakan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan ditubuhkan pada April, tahun lalu.
Kumpulan tersebut merupakan satu daripada pertubuhan yang menentang tentera kerajaan Syria, dan kini menawan bandar al-Raqqa pada Mac, tahun lalu.
Dilaporkan, terdapat penduduk yang menentang kumpulan itu ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara tanpa perbicaraan.
Penduduk wanita pula diarah untuk menutup aurat dan menurut laporan saluran televisyen CNN, mereka dilarang bertemu dengan doktor lelaki dan meninggalkan rumah tanpa ditemani saudara lelaki. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140220/lu_05/Gadis-direjam-sampai-mati-kerana-Facebook#ixzz2toA0dKkv
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday 19 February 2014

Berpisah kasih di sempadan

Voir l'image sur Twitter

View image on Twitter



Kem Za’atari (Jordan): Sambil memegang beg plastik mengandungi barangan miliknya, kanak-kanak Syria berusia empat tahun, Marwan berjalan melintas sempadan untuk masuk ke Jordan.

Kanak-kanak itu ditemui kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sempadan berkenaan selepas dia terpisah dengan keluarganya.


Marwan adalah antara lebih sejuta kanak-kanak Syria yang terpaksa meninggalkan kediaman mereka kerana peperangan.



Tidak dapat dipastikan berapa lama Marwan terpisah dengan keluarganya. Seorang wartawan semalam memetik kenyataan seorang pegawai agensi itu sebagai berkata, Marwan hanya kira-kira 20 tapak di belakang keluarganya apabila mereka terpisah ketika kekeliruan tercetus ketika hendak menyeberang sempadan berkenaan.


Gambar mengharukan itu dirakam oleh Andrew Harper, wakil agensi pelarian PBB di Jordan.


Jurucakap agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) Andrej Mahecic berkata: “Perjalanan merentas padang pasir memakan masa sehari atau beberapa minggu.

“Keadaan amat berbahaya kerana pertempuran yang berterusan dan pada musim sejuk ini, cuaca boleh mencapai tahap beku pada sebelah malam.” Marwan memasuki Jordan berhampiran kem Za’atari yang menempatkan lebih 100,000 pelarian Syria kelmarin.


Menurut UNHCR, terdapat ratusan ribu kanak-kanak menghadapi situasi sama dengan Marwan.

“Konflik bersenjata di Syria kini sudah berlanjutan hampir tiga tahun dan buat masa ini kami menangani lebih 2.4 juta pelarian. “Tetapi, statistik paling penting ialah lebih sejuta pelarian itu kanak-kanak. Kerana mereka tidak dapat bersekolah, kami menggelar mereka ‘generasi Syria yang hilang’.


“Marwan hanya satu daripada generasi itu. Ramai lagi yang sepertinya di luar sana,” kata Mahecic. - Agensi


Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/19

Serangan di Dara'a oelh tentera rejim Bashar Assad yang menyasarkan kanak-kanak.

#syrianeedsyou

Serangan di Dara'a oelh tentera rejim Bashar Assad yang menyasarkan kanak-kanak. 

Hasbunallah wanikmal wakiil...

Lelaki di dalam video ini begitu marah dengan apa yang terjadi. Berikut adalah sedikit terjemahan mengenai apa yang dikatakan oleh lelaki ini seperti di dalam video di pautan ini : http://www.youtube.com/watch?v=ML1-QfRExps&feature=youtu.be

"Inilah hasil Persidangan Geneva!"

"Inilah hasil pertolongan Sauid, Qatar, Kuwait, mereka semua adalah penyembelih!"

"Mereka bertawaf di Mekah, tetapi mereka penipu,semua bersekongkol dengan Amerika dan Assad dan dengan semua orang!"

"Adakah budak kecil ni pengganas? Mana orang-orang Arab? Mana orang-orang Islam?"

"Islam dah hilang dari diri kamu!"

"Kalau pemimpin Arab ada maruah perkara ni takkan berlaku"

Hulurkan bantuan seikhlasnya:

Maybank : Salam Suriah Resources
No. Akaun : 5645-5733-8496
E-mel: donation.mllfs@gmail.com
No. telefon : 03-41416732/013-2226057

Sila klik pada pautan berikut untuk borang sumbangan :
http://form.jotformpro.com/form/40387652728968

Ayuh, sebarkan kebajikan!

Gunakan #tag : #syrianeedsyou bagi sebarang kemaskini mengenai kempen ini.

"Demi Syria, untuk Ummah"

syria

Tareq Al Sad- Daraa



Kanak-kanak merupakan manusia paling hebat diatas muka bumi!!
Mereka didera fizikal dan mental sejak celik mata di atas muka bumi, mereka diserang bedilan bom yang memusnahkan rumah dan keluarga tercinta, disekat sumber makanan sehingga mengalami masalah nutirisi yang akhirnya menjadi penyebab kematian mereka, dan mereka jugalah yang menjadi saksi penyeksaan, kezaliman, tubuh badan bergelimpangan hasil tangan-tangan Kuffar Syiah dan sekutunya selama hampir tiga tahun berlangsungnya Revolusi Syria.

Dan, mereka masih mampu mengukir senyuman paling manis daripada hati yang paling ikhlas meskipun mereka sudah tidak punya apa-apa kerana mereka tahu mereka masih ada Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud :
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” - Surah al-Baqarah : 155-157
 

27 lagi anggota Hizbullat mati di Syria.

Good morning, Good news 
27 lagi anggota Hizbullat mati di Syria.

http://www.yalibnan.com/2014/02/17/27-more-hezbollah-fighters-killed-in-syria/